Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Ahad, 28 Mac 2010

Pengubat Jiwa Lara


Masjid Terapung Tengku Intan Zaharah Tengah,
Kuala Terengganu


Sekembali dari melawat bapa saudara suami yang sedang sakit di Hospital Sultanah Nurzaherah, Kuala Terengganu hari Rabu lepas, sempat juga kami singgah di Masjid terapung ni di Batu Buruk di waktu zohor.

Kami pulang ke Dungun hari selasa lepas secara emergency apabila mendapat khabar yang bapa saudara suami tidak sihat dan dimasukkan hospital.

Nak dijadikan cerita sebaik kami tiba di hospital lebih kurang jam 1.00 tengahari, rupanya dia dah discharged dan dah tiba di Dungun masa yang sama dengan waktu kami tiba di Hospital. Jadi kami pun berpatah balik ke Dungun untuk jumpa dia di Dungun saja. Alhamdulillah nampaknya dia ada perubahan positif. Mudah-mudahan dia sembuh segera.




Sepanjang perjalanan di Rantau Abang


Setiap kali saya berulang alik dari Dungun ke Kuala Terengganu atau sebaliknya saya selalu kagum dengan kecantikan pemandangan di sepanjang perjalanan ini. Kata orang Hati yang lara boleh terhibur dengan ciptaan Allah yang sangat cantik ni. Sayangnya mungkin kecantikan ini tidak disedari oleh penduduk setempat untuk menghargainya.

Atas urusan yang agak mendesak, kami pulang semula ke Shah Alam hari Khamis esoknya.

12 ulasan:

piewahid berkata...

slm kak,
moga saudara kakak segera smbuh dan tabah.

"Sayangnya mungkin kecantikan ini tidak disedari oleh penduduk setempat untuk menghargainya"

itu lah yg biasa tjadi kat mana2 pun... :(

ummzaid berkata...

doa saya jg utk bapa saudara suami akak...

.."Kata orang Hati yang lara boleh terhibur dengan ciptaan Allah yang sangat cantik ni. Sayangnya mungkin kecantikan ini tidak disedari oleh penduduk setempat untuk menghargainya"

mungkinkah jg hanya org yg lara shj yg nampak kecantikkan alam itu?

Kunang-Kunang berkata...

Terima kasih pie atas doa pie untuk bapa saudara suami kak ani.

Biasalah pie, sesuatu yang didepan mata memang kita tak nampak sangat, itulah terjadinya, laman orang kita nampak rumputnya hijau, laman kita sendiri, kita selalu nampak rumputnya tak cantik walaupun hijau.

Kunang-Kunang berkata...

Terima kasih ummuzaid atas doa tu. Kami juga mengharapkan beliau sihat segera.

Ummu, he he, satu persoalan yang wajar difikirkan, mungkin juga hanya jiwa lara yang boleh menghargai ciptaan Allah kerana dia sedang mencari pengubat kelaraan hatinya.

pak long berkata...

salam buat kak ani...
nanti cuti sekolah nak gi makan angin kat gannu....

Ros Illiyyuun berkata...

Rindunya Tganu kite :)

white rose berkata...

salam kak ani,

wah, memang cantik laa pemandangan tuh...sejuk hati je...mcm tempat sy g di 1 perkampungan orang asli...mereka sungguh menghargai kampung mereka...

semoga ayah sedara kak ani cepat2 sembuh ya...

Kunang-Kunang berkata...

salam cikgu (Pak Long).

Kalu gitu gok jumpa mung dinunglah kata orang teranung kite.

Kunang-Kunang berkata...

Salam Ros.

Tak lama lagi cuti sekolah bulehlah balik lepaskan rindu

Kunang-Kunang berkata...

Salam white rose. Kawasan perkampongan memang cantik.

Terima kasih atas doa ros.

Abd Razak berkata...

Salam..

Mudah-mudahan bapa saudara suami cepat sembuh...

Suka tgk masjid terapung tu..:)

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Razak,

Kalau kebetulah ke semenanjung datanglah ke Kuala Terengganu.

Terima kasih doakan untuk bapa saudara suami kak ani tu.