Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Khamis, 11 Mac 2010

Muzium Purba Di Mekah


Masjilharam di Waktu malam, pemandangan
dari Hotel tempat tinggal


Dah lama saya ingin kongsi gambar-gambar semasa kami mengerjakan umrah pada bulan Mac tahun lepas. Tapi bila nak kongsi cerita tu, berdetik pulak dalam hati takut timbul riak tanpa sedar.

Sekarang dah setahun berlalu, perasaan teruja semasa di sana dah berkurang. Apa yang ingin saya kongsikan di sini ialah pengalaman dan gambar semasa kami melawat sebuah Muzium Purba di Mekah. Saya tidak tahu dengan pasti nama tempat terletaknya Muzium ini.


Muzium Purba


Muzium ini milik peribadi seorang wartawan arab. Beliau mengumpul artifek-artifek di dalam muzium tu lebih kurang 40 tahun barulah beliau berani membukanya kepada orangramai.

Kami dikira bertuah kerana Travel Agency yang membawa kami ke Mekah kali ini tahu tempat ini. Menurut mutawif yang membawa kami katanya tidak ramai Travel Agency yang tahu tempat ini.

Untuk masuk ke Muzium ini kita dikenakan bayaran sebanyak 10 Rial. Duit inilah digunakan untuk penyelenggaraan Muzium berkenaan disamping wang yang disumbangkan oleh orang-orang berseorangan


Tuan Punya Muzium Sedang Memberi
Penerangan Dalam Bahasa Inggeris


Mana yang tak tahu berbahasa Inggeris tak apa ramai translatornya di antara kami. Inilah artifek-artifek yang sempat saya ambik gambar:






Senjata-senjata Perang Zaman Rasulullah.



Ini Pakaian Askar zaman Rasulullah.


Satu kejadian menarik berlaku ketika kami melihat senjata ini. Semasa berdekatan dengan senjata-senjata ini, Pemilik Muzium itu melarang kami menyentuh senjata berkenaan.

Selepas semua orang lain beredar, anak saya Salam dan Dzulkarnain masih berdiri berdekatan dengan senjata tu. Saya juga berdiri tidak jauh dari situ. Tiba-tiba Salam nampak salah satu senjata tu bergerak-gerak. Dia cuit Abangnya Dzulkarnain menunjukkan senjata tu bergerak-gerak. Sedang mereka memandang senjata yang bergerak-gerak tu, seorang Pembantu Muzium datang dan memberitahu anak saya supaya jangan lagi menyentuh senjata di sini.

Mungkin dia sangka anak saya yang mengoyangkan senjata tu. Salam cepat-cepat datang dekat saya dan beritahu peristiwa berkenaan. Masa tu senjata berkenaan masih bergerak perlahan-lahan. Hakikatnya anak saya tidak pun menyentuh senjata-senjata berkenaan. Angin ker fikir saya tapi dalam Muzium tu dipasang penghawa dingin. Tingkap pun tak nampak. Apa yang pasti Allah Maha Berkuasa. Kami tidak memberitahu sesiapa. Inilah baru beritahu. He he




Pakai Pengantin Zaman Kegemilangan Islam Dulu



Tarbus Pengantin Lelaki



Antara barang-barang di Bilik
Pengantin - Minyak Wangi agaknya


Ada beberapa al quran lama tulisan tangan juga dipamerkan. Batu-batu yang ditulis ayat-ayat Alquran juga ada dipamerkan. Antaranya:


Al Quran Tulisan Tangan Berusia
Lebih Dari 100 Tahun





Batu Bertulis Alquran


Di bawah ini ada gambar-gambar yang sempat diambil semasa di Muzium berkenaan.


Gambar Ketika Mekah Banjir Satu Ketika Dulu



Gambar-gambar Selipar Dan Pakaian Zaman Rasulullah





Radio dan Speaker Lama









Gambar-gambar Keadaan dalam Muzium



Berehat di depan Muzium


Semoga diberi rezeki, kesihatan dan kesempatan untuk berkunjung lagi ke Rumah Allah.

11 ulasan:

white rose berkata...

salam kak ani...

wah, berbaur2 hati ni nak kesana...dari tahun lepas lagi, mudah2an hajat saya Allah perkenankan...insya'Allah...

kejadian aneh memang selalu ada tanpa diduga...Allah Maha Mengetahui setiap perkara...

ramai jugak ye ikut kak ani g ke mekah...bagusnya ada anak2 yg ikut...

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam white rose.

Insyallah hajat tu akan termakbul tak lama lagi. Tahun lepas kami kesana 5 beranak.

Kunang-Kunang berkata...

Mie seronok tengok benda2 antik ni

piewahid berkata...

slm kak.
alhamdulillah sy pernah smpai ke situ. ada la beli sbentuk cincin buat kenangan..

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Pie,

Hasben kak hanim juga ada beli cincin di sini. Sehingga sekarang nampaknya batu putih berikut perak tu serasi dengan dia sebab perak tu tak bertukar warna.

Rasanya dia beli 50 rial, Ikat perak bukan besi. Batunya pun makin berkilat. Hasben kak hanim kalau pakai cincin ikat suasa, suasa jadi hitam.

Pn Kartini berkata...

Salam sis..:):)
Bila laa tinie ada kesempatan blh ke sana yaaa...
InsyaAllah....:):)

Sis..nanti jgn lupa singgah ke blog..ada award utk akak..:):):)

Moga akak sihat2 dan ceria selalu:)

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam sis tinie,

IsyaAllah sampailah seruan Allah untuk tinie ke sana. Masa muda ni seronok kalau dapat ke sana kan.

Terima kasih berikan akak award tu.

syahbandar87 berkata...

bilalah rasanya saya boleh berpijak kaki ke sini ye kak..huhu

Kunang-Kunang berkata...

InsyaAllah Syah, muga2 Allah akan memperkenankan doa Syah untuk kesana tu.

anismi berkata...

Salam kak ani..

cantik2 semua gambar2 tu...
bila lah saya nak sampai ke sana... mudah-mudahan ada kesempatan...

qaseh masyitah berkata...

Salam kak Ani
khazanah beharga semua tu kan kak yang ada kat sana tu..