Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Ahad, 28 Mac 2010

Konvokesyen Orang Dewasa


Konvokesyen di Oditorium SIRIM
Kumpulan Nasyib menyanyi sebelum Majlis bermula


Semalam di pagi Ahad, kami pelajar-pelajar Pengajian Bersijil di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (Masjid Negeri) Shah Alam telah berkumpul di Oditorium SIRIM di Seksyen 2, Shah Alam untuk majlis konvokesyen kami.


Antara yang Akan menerima Sijil Pengajian


Pelajar-pelajar yang menerima sijil di konvokesyen ini adalah terdiri dari pelajar yang lulus dalam pelbagai bidang pengajian seperti Pengajian Talaqi Alquran, Pengajian Taranum, Pengajian Syariah dan Pengajian Bahasa Arab. Pelajar-pelajar ini terdiri dari peringkat asas, pertengahan dan tinggi.

Kami yang lulus pengajian Bersijil Talaqi Alquran Peringkat Tinggi memakai Jubah Konvokesyen ketika mengambil sijil. Cheeeeh wah. Bukan main lagi.

Geli hati pun ada, dulu semasa masih bekerja di UM matian-matian tak beri pinjam jubah kepada mereka yang bukan nak konvo untuk menerima ijazah. Tapi sekarang apa-apa saja penyampaian sijil, diploma waima pelajar akademi fantsia memakai jubah ketika menerima sijil. Bezanya cuma, pemakaian jubah untuk orang yang bukan menerima ijazah ialah hanya memakai jubah sahaja tanpa selendang dan mortar board.


Ini Mak Chik Penulis Blog ni


Sekarang pengajian guru alquran dah bermula. Kelasnya berjalan di hari Sabtu dan Ahad. Untuk Pengajian Talaqi Alquran pula pada malam Isnin, untuk Bahasa Arab malam Selasa dan Jumaat. Jadi nampaknya tak bolehlah nak jengok blog kawan-kawan dan blog sendiri sekerap dulu. Minta maaflah yer kalau jarang-jarang kak ani dapat singgah tapi akan cuba sedaya upaya.

20 ulasan:

piewahid berkata...

slm kak ani,

tahniah ya...
comeinya nampak gambar kak ani pakai jubah tu...:D

Ros Illiyyuun berkata...

Tahniah! :)

pak long berkata...

salam buat kak ani...
amboi jeliternyer akak pakai jubah..

white rose berkata...

salam kak ani,

wah, beshnye...

semangat seorang ibu, seorang isteri & seorang nenek...

tabik springg laa kat kak ani...

dahsyat laaa...

semoga kak ani terus berjaya ye...
kami doakan tuk kak ani...

nice laa pic kak ani berjubah convo... :)

kakpah berkata...

ani, nampak cun lagi tu. Rajin ye ambil kelas lagi.
Kakpah dulu ambil kelas bahasa arab tapi sampai sekarang tak reti reti. adui....

Abd Razak berkata...

Salam kak...

Tahniah dan moga terus berjaya dalam usaha yang murni itu..:)

endiem berkata...

tahniah .. semoga lebih berjaya dunia akhirat..

Kunang-Kunang berkata...

Salam Pie,

Jubahnya comelkan. Terima kasih.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Ros,

Terima kasih.

Doakan semoga akan boleh menerima pelajaran yang sedang diikuti sekarang iaitu kursus guru alquran. Hasil temuduga hari tu 15 orang berjaya untuk ikut kursus ni.

Ada 3 semester, yang paling rasa berat bagi akak yang dah berumur ni ialah hafazan, yang lain tu rasanya InsyaAllah. Semoga Allah memberikan akak ingatan yang baik.

Kunang-Kunang berkata...

Terima kasih Cikgu (Pak Long). Memenuhi masa lapang bagi orang-orang pencen macam akak ni.

Dulu masa muda2 sebok mencari rezeki dan membesarkan anak-anak sekarang barulah boleh menambah ilmu untuk bekalan ke sana nanti. InsyaAllah

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam White Rose,

Terima kasih White Rose, begini kehidupan kita kan. Masa dulu kita mencari ilmu untuk mendapat pekerjaan, sekarang dah pencen cari ilmu untuk menambah apa yang ada untuk bekalan ke sana nanti.

Doakan otak akak ni boleh menerima pelajaran lagi. Mudah2an.

Kunang-Kunang berkata...

Salam Kak Pah,

Memenuhi masa sebagai seorang pesara. Dulu macam kak ani kata di atas, masa muda sebok dengan anak-anak dan kerjaya, masa untuk menambah ilmu agama yang ada terlalu terhad.

Saya juga rasa pelajaran Bahasa Arab sangat susah. Rasa2nya belajar bahasa English tak susah sangat, yer ker atau pun kerana kita terdedah bertahun2 dengan bahasa tu dari belajar hingga bekerja bahasa itu yang kita dok tuturkan menjadi kita fikir begitu.

Memandangkan bahasa arab bahasa Alquran ditebeng (usahakan) jugak kata orang terengganu. Boleh tapi lambatlah sikit. He he.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Razak,

Terima kasih. Macam nilah orang macam kak ani ni kena kerja keras setelah pencen memandangkan dulu2 sebok mencari pelajaran lain.

Doakan semoga hati kak ani terang untuk menghadapi pelajaran di masa akan datang.

Kunang-Kunang berkata...

Terima kasih endiem,

Itulah juga doa kak ani semoga bahagia di dunia dan di akhirat.

IKRAB family berkata...

Tahniah kak.All the best kak, Insya-Allah.
p.c.

Miecyber @ Sudu berkata...

Tahniah Kak Nim....:D

Kunang-Kunang berkata...

Terima kasih shima. Doakan akak terang hati yer.

Kunang-Kunang berkata...

Terima kasih Mie.

IKRAB family berkata...

Amiiin.Sama2 kak.
p.c.

Kunang-Kunang berkata...

Terima kasih shima.