Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Isnin, 22 Mac 2010

Cerita Pagi



Pagi tadi kira-kira jam 8.00 pagi kami ke Restoran di Seksyen 17. Restoran ni memang tempat kegemaran kami. Di sini kadang-kadang saya jumpa kawan-kawan saya. Tapi selalunya suami sayalah yang akan jumpa kawan-kawan sekerja dia sebelum dia pencen. Bekas Pejabatnya berdekatan dengan Restoran ni. Di sini rezeki boleh dikatakan, give and take. Kadang-kadang kami belanja orang sarapan, kadang-kadang orang belanja kami sarapan tanpa sedar. Bila nak bayar casher kata orang dah payah.

Pagi tadi seperti biasa restoran ni penuh dengan pelanggan. Masuk saja ke restoran saya terpandang 2 orang wanita dalam usia 40an. Seorang bertudung nampak jambul dan seorang lagi tanpa tudung. Kebetulan selepas ambik makanan hanya meja bersebelahan mereka saja yang kosong. Kami pun duduk di situ.

Dua sekawan ni asyik bercakap, mula-mulanya saya tak dengar biji butirnya. Lama kelamaan percakapan mereka makin kuat Mereka berbincang dalam bahasa orang putih. Memang nampak merekapun macam orang educatedlah. Akhirnya saya dapat tangkap isi cerita mereka.

Bukanlah saya nak dengar sangat cerita mereka tapi dia orang bercakap kuat. Mula- mula saya dengar mereka berbicang mengenai 'quality'. Suara mereka dah macam orang bermesyuarat. Tegas, yakin dan bersemangat. Tak taulah pulak kalau-kalau mereka sedang meeting secara tak formal di restoran ni.

Masa tu saya terfikir, ini orang SIRIM agaknya sebab bercakap pasal quality, dan kebetulan pun SIRIM dekat juga dengan tempat tu. Tapi akhir-akhirnya mereka bercakap mengenai 'teaching'. Jadi saya ubah fikir cikgu agaknya, tapi terfikir pulak kalau cikgu takkan macam tu punya serius berbincang hal 'quality'. Akhirnya saya pun naikkan sikit tekaan profesyen mereka, mungkin pensyarah UiTM agaknya sebab UiTM pun tak jauh.

Sekarang nampaknya bukan orang lelaki sahaja berbincang (bukan bersembang yer) di kedai kopi atau restoran tetapi wanita juga. Moral ceritanya kalau cerita di kedai kopi atau restoran, jangan cakap kuat-kuat melainkan kalau memang nak suruh orang dengar.

Balik dari sarapan, beli surat khabar, Harian Metro, baca jer muka depan, naka terpampang cerita



Cerita ni berlaku di Ipoh pulak. Apalah nak jadi dengan masyarakat kita sekarang. Hilangkah sudah rasa kemanusiaan. Hemmmm, entahlah.

Malam tadi kami hantar Sakinah balik ke Asramanya. Abahnya bimbang dia pandu kereta sendiri waktu malam, dalam hujan lebat pulak tu. Akhirnya abah dia pandu kereta Sakinah dan Sakinah naik kereta yang saya pandu. Hantar dia ke Cheras.

Tiba di rumah lebih kurang jam 11 malam. Tak berapa lama Sakinah hantar sms, bunyinya:

Biarkan Berlalu Semua Kepedihanmu
Lelapkanlah Mata Mu
Biarkan Mimpi Membawa Mu
Kemana Mu Mahu

Selamat Malam
Tidurlah Sayang Ku
Siang Tiba Bercahaya
Bermula Baru Semua Untuk Mu

Gudnite mama abah.


Terkedu hati keibuan buat seketika.



Terima Kasih Wahai Anak
Memahami Erti Nestapa ini
Yang Tak Bisa Ku Bisikkan
Pada Kamu Anak-anak ku

Andai Kudrat ini
Tak Terdaya Lagi
Teruskan Jalan mu anak-anakku
Sendiri
Redah Onak Duri
Hidup ini
Berbimbingkan Redha Ilahi

27 ulasan:

piewahid berkata...

berbagai variasi emosi bila mmbaca n3 akak kali ni. itu lah kelebihan org² lama. t kasih kak. ada sesuatu utk difikirkan...

white rose berkata...

salam kak ani...

alahai, romantiknya anak kak ani...

saya nak bgi sms mcm tu kat mak abag saya, tapi dorang xtau nak guan hp la...abah pula xreti baca msj...

huhuhu...

isu buang anak ni makin berleluasa laa kak ani...
perasaan serba salah xde dalam diri manusia skrg nih...

endiem berkata...

semakin dibincangkan isu qualiti, agaknya semakin tak berkualiti.. hingga sanggup membuang bayi.

qaseh masyitah berkata...

Salam Kak Ani
kak,sekarang ni macam dah jadi visus pula buang baby sesukanya.
wah saya pun nak copy SMS anak akak,boleh?rindu kat ibu ayah saya. :(

pB berkata...

itu Restoran Jayantieeeeee

INTAN RH berkata...

kak, kedai makan adalah tmpt yg sesuai utk berdiskusi tentang apa saja, kecuali hal rmh tgga..hehe

tinta kasturi berkata...

alhamdulillah

ada anak yang baik, solehah

insyaAllah , amin

ummzaid berkata...

sembang2 kedai kopi kak ani...mmg mcm2 topik kita blh dgr..

akak pun kreatif jugak ye..

Miecyber @ Sudu berkata...

Perasaan sadis dan marah bercampur baur jika bersembang pasal buang anak nie.

Kerajaan mesti serius mengenai permasalahan ini.

tunbegia berkata...

sungguh comel,

salamm,

Abd Razak berkata...

Salam...

Bimbang anak luar nikah makin bertambah di negara kita, dan sekian hari bilangannya terus meningkat.

Apa akan jadi dengan anak cucu kita nanti?

Kunang-Kunang berkata...

Terasa hiba bila melihat gambar2 baby dibuang macam tu. Bukankah sekaran ni banyak tempat2 yang memberi perlindungan kepada ibu2 yang mengandung tanpa izin ni.

Dah buat dosa berzina tak payahlah ditambah dosa membunuh pulak.

Kunang-Kunang berkata...

Walaikumusalam white Rose,

Kadang2 emosi kita bermacam-macam, mungkin anak kak ani ni faham mood mama dia kurang gembira hati tu, itulah dia hantar sms macam tu.

Kunang-Kunang berkata...

Memang betul endium kita takut melihat kegiatan buang bayi ni. Lagi diambil tindakan lagi menjadi2, dah macam mengada2 pulak

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumusalam Ummu masyitah,

Kes buang bayi ni menjadi2 sungguh.

Kunang-Kunang berkata...

Salam PB, memang betul itu Restoran Jayati. Saja tak nak bagi iklan percuma.

PB tinggal di sekitar Shah Alam jugak ker

Kunang-Kunang berkata...

Tulah Intan, dulu2 perempuan segan borak kedai kopi kan, sekarang dah berubah.

Kunang-Kunang berkata...

Itulah jugak doa saya setiap hari semoga anak-anak ini menjalani hidup mengikuti jalan yang betul

Kunang-Kunang berkata...

Itulah ummuzaid, sembang-sembang tempat terbuka ini kena pandang kiri kanan jugak ada orangkan.

Kalau MLM tu memang selalulah nampak di Restoran2 ni, siap bawak laptop lagi.

Kunang-Kunang berkata...

Itulah Mie, sedihkan, baby yang tidak berdosa dibuang, dibunuh, kejamntya manusia.

Kunang-Kunang berkata...

TB, Dia dah tak tengok rupa babynya tu, hinggakan tak ada belas kesian langsung.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalm Abd Razak,

Betul tu, esok-esok bila anak-anak kita nak kawin, cuak jugak yer.

Dah terlalu banyak anak-anak tidak sah taraf ni.

si para para berkata...

manusia semakin kejam...

Pn Kartini berkata...

Salam my dear Kak Ani..:):)
Kesayuan bila berdepan dgn kekejaman mereka yang tidak mengenal erti dosa..

Kesayuan jua bila mempunyai anak yg menghargai kasihsayang ayahbondanya..yang sudah pasti menebal sayang di sanubari...:):)
Moga akak sekeluarga dilindungiNya selalu..:):)

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Si Para-para

Itulah kata orang dalam kehidupan binatang tidak ada manusia, tapi dala kehidupan manusia ada binatang iaitu sifat kebinatangannya.

Terima kasih sudi singgah blog kak ani.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Sis tinie,

Kadang-kadang hati rasa marah atas kekejaman mereka terhadap bayi2 yang tidak berdosa ini.

Itulah doa kita sebagai ibubapakan mengharapkan kasih sayang anak sebagaimana kita menyayangi dia juga.

HAFIZAL berkata...

org syg anak...dia plak buang anak...tak geti menghargai pemberian allah. Insaflah...