Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Rabu, 17 Mac 2010

Susahnya Nak Ku Lupa



“I can forgive but I can’t forget.”

Begitu pulak bunyinya. Oh susah sungguh nak hapuskan ingatan sakit hati kita tu pada seseorang. Terbayang dimata kita perbuatan buruk dia pada kita. Tiap kali terkenang perbuatannya, sama ada kita akan sedih atau kita akan marah. Rasanya dah berbuih mulut kita kata “aku dah maafkan kesalahan kau”, tapi ingatan masih tebal. Silap-silap haribulan kita ungkit balik kisah yang pernah terjadi.

Jadi kalau macam ni, ikhlaskah pemberian maaf kita itu. Hati seseorang sukar dipaksa. Orang lain tak boleh beritahu kita untuk melupakan sesuatu yang pernah berlaku dalam hidup kita. Memaaf dan melupakan hanya akan terjadi bila ia datang dari keredhaan kita sendiri.

Dalam pada itu kita kena juga ingat sebagai orang Islam memaafkan seseorang amat dituntut. Allah ada berfirman dalam Surah Ali Imran ayat 133-134:

“Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa. Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik.”

Begitulah indahnya ayat-ayat Allah meminta kita memaafkan kesalahan orang.

Bila keadaan ini terjadi rasanya kita harus ingat Rasulullah sendiri memaafkan kesalahan umatnya. Jadi siapalah kita begitu sukar untuk memberi kemaafan.

Rasulullah SAW ada mengajar kita bahawa salah satu adab sebelum tidor setelah kita membaca “4 Qul”, doa tidur dan zikir-zikir yang lain ialah kita hendaklah memaafkan kesalahan orang lain kepada kita yang terjadi pada hari itu.

Beginda juga ada bersabda yang maksudnya: “ Sesiapa yang ada sebarang kesalahan dengan saudaranya maka hendaklah diselesaikan sekarang, kerana sesungguhnya di sana (di akhirat) tiada lagi wang ringgit untuk dibuat bayaran, (yang ada hanyalah) diambil hasanah (kebaikan) yang ada padanya, kalau dia tidak mempunyai kebaikan, diambil keburukan orang itu lalu diletakkan ke atasnya.

Semoga kita sama-sama menjadi seorang yang pemaaf.

18 ulasan:

piewahid berkata...

stuju dgn akak 100%. dh maaf, maaf je lah, apa nk ingat ingat2 lagi...
tak ikhlas namanya tu

Kunang-Kunang berkata...

Betul tu, silap2 kita jadi manusia pendendam kerana tidak dapat melupakan. Maaf pun tak datang dari hati yang ikhlas.

a kl citizen berkata...

assalammualaikum kak

kena didik kepala kita untuk melupakan...
saya pun masih mengajar diri juga untuk ikhlas memaafkan

white rose berkata...

salam kak ani...

betul tuh...
kita memaafkan orang, kita xrugi apa21 langsun...malah Allah membuka ruang hati kita dgn lebih luas...

semoga kita sentiasa memaafkan orang...

Abd Razak berkata...

Salam kak ani...

Terima kasih sudi beri komen kat blog saya...syukran..:)

Memaafkan orang adalah sifat yang sangat mulia.

kakpah berkata...

salam pagi kunang-kunang. nampak air dalam cawan kopitiam tu, nak teguk sikit boleh? hehe..

Yelah.. kalau hati dah disakiti susah nak kita lupa. saki baki tetap tinggal walau kita kata dah maafkan.

qaseh masyitah berkata...

Salam kak,
Maaf itu memang dendam yang terindah kan kak. Banyak kisah maaf: memohon maaf,enggan memaafakan adan ada yang langsung enggan memohon maaf sehingga orang yang tak bersalah itu sanggup merendah hati memohon maaf kerana tidak mahu silaturrahim putus..

INTAN RH berkata...

Kak, this is my weakness. Blh memaafkan org tp sukar utk melupakan apa yg telah dibuat. Cuma tak la smp menyimpan dendam. Mgkin kak dan kwn2 lain ada tips yg lebih baik.

Aida Ali berkata...

Salam singgah. Sefaham saya, once kita kata kita ikhlas, kita sebenarnya tak ikhlas.Ikhlas hanya boleh dirasai tapi tak boleh dilafazkan. Bila kita berniat untuk memaafkan, hakikatnya kita sudah mempunyai peribadi yang luhur...

Kunang-Kunang berkata...

Sebenarnya pie, memang bukan mudah untuk melupakan kalau hati dah pernah terguris.

Tapi memaafkan tu dengan maksud hati dah memaafkan perlakuan seseorang tu tapi kenangan peristiwa tu yang sukar dilupakan.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumusalam Cikgu normah,

Kita kenalah berusaha kearah itu untuk mendapatkan hati yang murni.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumusalam White Rose,

Berusahalah kearah tu.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumusalam Abd Razak,

Hati kena didik kearah mazmudah.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumusalam Kak Pah (Tak tulah siapa yang kakak yer)

Terima kasihlah sudi singgah blog kak ani.

Memang sukar mendidik hati supaya melupakan sesuatu yang pernah melukakan hati kita, tapi kenalah berusaha walaupun mengambil masa yang panjang.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumusalam Ummu masyitah,

Kita berusaha memohon maaf seandaikan kita tahu kita dipihak yang salah.

Brdosa dengan Allah, kita boleh bertaubat dengan Allah dan Allah Maha Pengampun, tapi kalau sesama manusia, kalau dia tak memaafkan kita sukar juga.

Tapi pada kita yang dah tahu ini betapa memaafkan orang amat dituntut dalam Islam, kita maafkan jerlah, tak ada masa kita nak berkira di Padang Mahsyar besok kan ummu.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumusalam Aida,

Terima kasih sudi singgah blog kak ani ni.

Mungkin masih ingat setelah memaafkan kita dimaksudkan supaya tidak terkena 2 kali. He he.

Kunang-Kunang berkata...

Salam Intan,

Ada kawan akak kata, orang yang minat sejarah atau suka pada subjek sejarah akan sukar melupakan sesuatu perisiwa yang berlaku dalam hidup dia.

Reasonnya dia kata, sebab itu dah jadi sejarah.

Tak aperlah intan, bukan senang nak padamkan sesuatu ingatan pahit dari otak kita. Maklumkan otak kita bukannya komputer yang boleh di delete2, komputer pun dah delete kadang2 masih tersimpan dalam dustbin.

shafida berkata...

hehehe, dalam rumah tanggapun kena saling maaf memaafi kan, k. ani.tapi rasanya sebagai isteri...isteri banyak yang kena bersabar, kena mengalah...kena memendam rasa.hik hik hik...org tua-tua kata kekalnya rumah tangga sebab kesabaran dan keteguhan iman si isteri...yerla, suamipun main peranan jugaklaa

rasanya ada juga kebenaran tu..k.Ani, sila komen n3 saya terbaru plk.hehehehhe....kadang kala nasihat dari orang yang berpengalaman nie nak kena dengar jugak, walaupun dah tahu, tapi kena orang peringatkan jugak, kadang2 hati taknak dengar akal sendiri.hehehhe
salam perkenalan

kawan-kawan blogger lainpun bolehlah bagi komen sekali n3 terbaru saya