Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Rabu, 3 Februari 2010

Bunga Wangi Anika Warna



Dulu-dulu saya selalu fikir memberi bunga pada orang sakit adalah kerana bunga adalah satu benda yang cantik dan boleh mengembirakan pesakit.

Kadangkala ada juga terfikir buat apa beri bunga membazir saja, bunga tak boleh di makan lebih baik berikan orang sakit buah-buahan. Kalau orang sakit tu tak boleh makan, anak-anak dan orang lain dalam keluarganya boleh makan.

Jalan terakhir saya akan beri keduanya sekali, bunga dan buah. Boleh makan dan juga boleh mengembirakan.

Pagi tadi di TV dalam program 'Anjakan Paradigma" Datuk Dr. Fadhilah Kamsiah telah membincangkan tentang pentingnya melawat orang sakit selain mengembirakan orang yang sakit kita juga dapat pahala.

Saya tertarik dengan saranan beliau supaya memberi bunga kepada pesakit. Katanya bunga ni banyak fungsinya. Katanya bawalah bunga yang mempunyai ciri-ciri




Warna-warna bunga yang beranika warna

Mempunyai bau-bauan yang wangi
>
Bunga yang cantik


Semua ini InsyaAllah merupakan terapi yang boleh menyihatkan dan mengembirakan pesakit. Allah Maha Kaya semua kejadian makhluknya ada kegunaannya.

Saya ada juga terbaca satu artikel yang mengatakan bahawa jika kita tiada mood, cubalah menghidu bauan aroma bunga-bunga wangi seperi bunga melur, mawar dan lain-lin bunga yang wangi kerana ia boleh membangkitkan mood kita. Itulah sebab agaknya ada kawan-kawan cadangkan kita sapu sikit minyak wangi kalau kita rasa 'down'. Rupanya ini rahsianya.

Disamping itu kecantikan bunga juga mampu memberikan keceriaan kepada orang sakit sebab itulah kita digalakkan membawa bunga ketika melawat orang sakit. Warna bunga yang ceria mempunyai daya untuk mengubah mood kepada yang lebih baik.

10 ulasan:

IKRAB family berkata...

kak taknak lawat saya ke..saya nak bunga orkid hutan hehehe.
p.c.

fzi berkata...

Salam kak ani...
Waa.. lajunya kak ani, saya dah miss dua tiga n3 kak ani yang lepas...hehe

Betul tu, bau wangi bunga boleh kembalikan mood yang hilang...hehe..bercakap dari pangalaman kak ani, saya hari2 pegi letak hidung dekat okid2 yang ada kuar bau tu...aduss terus senyum sampai ke pipi... :))

endiem berkata...

bawah benih bunga boleh juga.. nanti bila dah sehat bolehlah nanam..

Kunang-Kunang berkata...

Salam shima, nak bunga orkid hutan kena tunggu suka hati dia nak berbunga bila.

Kat rumah sekarang ada dendro jer yang rajin berbunga.

Kunang-Kunang berkata...

W'salam Fzi,

Sekarang ni abang selalu keluar ada urusan, jadi kak ani tinggal sorang-sorang kat rumah, dah beres semua kerja-kerja lain mana yang patut, tu yang mengadap pc tu.

Kat rumah tu orkid yang berbau si phall bellina tu yang rajin berbunga, selalunya dok cium bau dia lah.

Kunang-Kunang berkata...

endiem tu satu idea yang baguskan. Tapi bagi benih tak nampak cantiknya, mana nak datang terapinya tu.

Apa pun pemberian ikhlas itulah ubat segala-galanyakan.

tunbegia berkata...

sungguh cantik bunga-bungaan,

salamm,

Kunang-Kunang berkata...

Terima kasih TB.

white rose berkata...

salam kak ani...
saya adalah orang yg paling suke dgn bunga...nak2 lagi bunga ros...xkesah warna ape, asalkan bunga...

wangian bunga adalah terapi untuk sy setiap pagi...andai ade bunga yg sy beli, sy letakkan dlm bilik, sblm pergi sek, sy akan menciumnya...
selalunya bunga2 di sek laa menjdi mangsa sy...hikhikhik...

Kunang-Kunang berkata...

Kalau ada tanam bunga ros, daripada membiarkan bunga ros tu layu bertabur saja, cuba ambik dan masukkan dalam air mandian, best sangat buat mandi, segar badan.