Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Rabu, 3 Februari 2010

Jemput-jemput Bilis & Puding Caramel

Sarapan Pagi



Inilah rezeki sarapan pagi kami berdua pagi ni. Jemput-jemput ikan bilis dengan bawang.

Sesekali teringin nak makan menu nostalgia ni. Asyik makan nasi lemak, roti, mee goreng dan lain-lain jemu juga. Jadi pagi tadi gorenglah jemput-jemput ni. Petang-petang kalau teringin nak makan saya akan masak juga jemput2 ni. Ada kalanya saya masukkan isi ikan (yang dah direbus) ataupun udang. Lebih sedap kalau dimasukkan daun bawang dan daun sup. Wangi.

Kami pun tinggal berdua saja. Apa nak buat tangan dah terbiasa masak banyak, akhirnya untuk 2 orang pun sepinggan jugak. Bukan boleh habis tu.


Puding Caramel



Ini puding caremel pertama masakan Sakinah. Okeylah tu, cantik jugak nampaknya, rasa ta tau lagi.

Hari Jumaat lepas Sakinah beria-beria minta saya ajarkan dia buat puding caramel ni. Selalunya dia tolong-tolong saja bila saya membuatnya. Dia tak pernah buat sendiri.

Akhirnya dapatlah empat loyang kecil puding ni. Cucu saya Izati cukup suka dengan puding ni. berbaloi kalau membuatnya seronok tengok dia makan.

Rupanya sakinah buat banyak sebab dia ingat Salam balik minggu ni sebab puding ni faveret dia jugak. Sayangnya Salam tak balik rumah minggu.

Baguslah ada ingatan pada orang lain bila makan.

2 ulasan:

white rose berkata...

salam kak ani...
wah...sedapnye puding caramel tuh...
leh x pos kt sy...
heee...

rajin wat jemput ikan bilis bila anak2 buah balik kmpg je...

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalm White Rose,

Anak-anak kak ani suka dengan puding caramel ni, kalau beli mahal, rm2.00 kecik jer sedangkan membuatnya sekejap jer.

Nak pos pada ros rasanya dalam perjalanan hancuss habis.