Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Isnin, 22 Februari 2010

Semoga Allah Berkati Hidup Kita



Bulan Februari.

Birthday Kak Ju

Birthday Abang Ain

dan last sekali birthday mama

Tahun ni kita raikan hari lahir ketiga-tiga orang ahli keluarga ni sekaligus yer. Jimat belanja. Sekarangkan zaman barang mahal. Lagi pun abah dan mama dah pencen.

Malam Sabtu lepas semua orang ada dirumah, Salam dah cuti, Inah balik cuti hujung minggu, jadi kami ambik kesempatan, dinner bersama-sama. Walaupun tarikh hari lahir orang bertiga ni tidak sama, tak aper, bulannya sama dan berturut-turut minggu.



Wah dah habis makan baru nak ambik gambar. Tak ada kek birthday yer. Tak aperlah kek birthday tak penting, yang penting kita dapat berkumpul satu keluarga. Kak Tie pun ada, Alhamdulillah. Mama doakan semoga Allah lindungi kita selalu dan berkati hidup kita.




Birthday Kak Ju 19 Februari. Mama dan abah doakan semoga hidup Kak Ju sekeluarga diberkati Allah selalu.



Hari ini 22 Februari, hari lahir abang Ain, Happy birthday Dzulkarnain, semoga Allah memberkati hidup Ain dan bahagia selalu, serta murah rezeki.



Posing nampak. Perut dah kenyang, senyum lebarlah.

16 ulasan:

white rose berkata...

salam kak ani...

Salam kelahiran buat mu..."Ya Allah, jagalah sahabatku ini, kuatkan kakinya dijalanMU, kuatkan jasadnyadengan rohMU, buatkan dia tersenyum hingga ke syurgaMU...bahagiakan dirinya bersama2 org tercinta...

Kunang-Kunang berkata...

Walaikumussalam white rose,

Amin. Terima kasih doakan akak. Semoga white rose pun begitu juga.

qaseh um masyitah berkata...

Salam kak Ani,selamat hari lahir ya.semoga Allah berkati usiamu dalam redhaNya selalu.
Bila anak2 dah besar panjang,memang sukar nak kumpulkan semuanya dalam masa yang sama kan, kak? Mak saya pun akan terpnacar gembira di wajahnya bila smua dapt kumpul serentak,hilang penat dan sakitnya (adik saya yang report pada saya)

Miecyber @ Sudu berkata...

Kak Nim, Ogenki de nee..

piewahid berkata...

smoga berbahagia dunia & akhirat...

INTAN RH berkata...

waaahhh kak meriah nmpak! :)

hepi beday to all

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam ummu

Bukan saja susah nak kumpulkan semua anak-anak malah rumah pun dah jadi sunyi bila anak-anak tinggal di rumah sendiri dan 2 orang yang masih belajar tinggal di asrama.

Dari riuh rendah dengan anak-anak, jadi kesuyian. Bila cucu2 datang seronoknya. Alhamdulillah

Kunang-Kunang berkata...

Mie, itu mesti ertinya selamat hari lahir yer. Akak belajar jepun dengan mie tak tamatlah.

Terima kasih mie.

Kunang-Kunang berkata...

Terima kasih pie, begitulah yang selalu kita semua doakan semoga kita semua diberkati Allah sentiasa.

Kunang-Kunang berkata...

Intan, terima kasih kak ani ucapkan bagi diri kak ani dan anak-anak.

Itulah keluarga kak ani sekarang. Tak boleh kenang banyak2. Bersyukur dengan apa yang kami milikan sekarang.

IKRAB family berkata...

Akak epy belated b-day.Epy bday juga pd anak2 akak yg menyambutnya.wah sama dgn mak saya kak bulan feb juga :)
Moga sentiasa diRahmati Allah dan berjaya di dunia n akhirat kak.Amiin.
p.c.

Kunang-Kunang berkata...

Terima kasih shima, birthday akan pd 26 Februari ni. Sama dengan Maulud nabi.

Mak shima berapa hari bulan.

Az berkata...

Selamat Hari Lahir kak ani..
May Allah cherishes you with everlasting happiness.

IKRAB family berkata...

Kak, mak saya 20 hb yg lalu.Kak, saya pun b.day jumaat ni, tu bday kalendar Islam tiap tahun :)
p.c.

Kunang-Kunang berkata...

Ya Allah shima, kita saya tarikh lahir. MasyaAllah, akak tak tahu selama ni. Sayangnya kak ani tak ada di sini pada hari tu kalau tidak kita boleh selebret birthday kita sama2.

Anyway happy birthday in advance. He he

Kunang-Kunang berkata...

Salam Az, terima kasih. Rindunya pada Az, semoga Az sihat dan gembiran selalu.