Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Selasa, 2 Februari 2010

Pinggan Mangkok

Dah 2 minggu Salam tak dapat balik rumah kerana dah dekat nak exam. Jadi kamilah ke Asrama dia di UIA Petaling Jaya dan bawa dia keluar makan tengahari. Kebetulan Sakinah pun ada sekali. Dan dah 2 minggu jugalah saya ke Amcorp Mall di PJ.

Hari Ahad baru-baru kami ke Amcorp Mall lagi. Tujuan asalnya untuk makan temgahari di salah sebuah Restoran di situ. Meriahnya Amcorp Mall ni pada hujung minggu. Dengar cerita di pagi Ahad ada pasar tani di kawasan letak keretanya. Tak tahulah betul ker tidak. Kawan-kawan yang beritahu.

Lepas makan kami saja jalan-jalan dan jengok-jengok kedai dan gerai-gerai yang ada di dalam Mall tersebut. Tersinggah kedai jual pinggan mangkok. Belek-punya belek macam serupa dengan koleksi saya di rumah. Harga murah saja. Akhirnya belilah mug ni.


Mug Di Amcorp Mall



Jug dan Cawan Di Nilai3


Saya perhatikan mug yang saya beli di Amcorp Mall ni sama bunganya dengan set terdahulu yang saya beli di salah sebuah kedai pinggan mangkok di Nilai 3. Sebenarnya yang saya beli tu tak boleh dikatakan set sebab saya pilih-pilih mana yang berkenan saja. Mug tersebut dibuat di China dan harganya jauh lebih murah dari set cawan dan satu dua pinggan yang saya beli di Nilai 3. Se yang dibeli di Nilai 3 ini dibuat di Jepun. Harga juga berlainan.

Masa terjumpa di salah satu kedai di Nilai 3 dulu, saya berkenan dengan bunga dan paten set bunga ros ni sebab set pinggan mangkuk ni macam bunga zaman dul-dulu. Saya berhajat juga nak kumpul pinggan mangkuk dulu-dulu seperti set bunga kangkong dan lain-lain tapi susah nak dapat sekarang. Kalau ada pun harganya dah mahal. Jadi terjumpa yang ni saya terus beli serba sikit.



Inilah set permulaan yang saya ada. Set di bawah ni pun salah satu set cawan yang lama yang ada saya simpan.





Inilah almari kecil tempat saya simpan koleksi tu. Dah penuh nampaknya tu, kena beli lain. He he projek 2010 tak tau bujet lulus ker tidak.

13 ulasan:

white rose berkata...

salam kak ani...
wow...syoknye dpt membeli ye...
sy suke gak...
tpi masih blm berkesempatan nk beli..

p/s: kak ani amik award dr blog sy ye...jgn lupa tau...sy bgi kak ani bunga...

Mybabah berkata...

Salam Rohani. Saya pun baharu berjinak-jinak dengan Amcorp Mall, walaupun ofis saya dekat sahaja, iaitu di PJ. Di aras paling bawah ada jual laptop secondhand yang harganya RM300 je. Siap ada warranty lagi. Barang-barang di Amcorp Mall "not bad". Nanti saya nak cari set macam rohani beli. Walaupun lelaki saya suka juga barang-barang yang nampak antik.

MrsNor berkata...

salam kak hanim
beli jgn tak beli ....simpan duit berat umah aje baik simpan barang hahahaha lama lama amal kepalasampah sy tu, papa kedana ler jadinya

Tapikan kak hanim, pompuan ni tak habis2 dgn shopping tambah brg2 pingganmangkuk. Sy dok gila kolek roy kirkham lak sekarang ni...royal albert, portmerion dah stop dulu..nak cukupkan roy kirkham lak.. sampai bila pun tak boleh kaya kalau ikutkan nafsu kan?

Miecyber @ Sudu berkata...

Lawolah set-set tu Kak Nim...
Kot-kot yang Made In China tu dah ciplak yang Made In Japan tu kot.
China memang pakar bab-bab ciplak nie...

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam white ros.

Pertama sekali terima kerana beri award pada kak ani dan InsyaAllah akak akan ambil.

Pinggan mangkok ni harga murah-murah saja dan mampu akak beli. Tu yang beli sikit2. Banyak lagi sebenarnya barang2 kalau nak cukupkan setnya.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam En Din

Tak tau pulak disitu ada jual laptop terpakai. Nanti kalau ada masa mahu juga tengok. Saya tengok ditingkat 3 tu ada dijual barang-barang antik tapi tengok jerlah.

Kedai pinggan mangkok di di tingkat bawah. Macam2 ada disitu kalau minat.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Nor.

Inilah minat yang timbul setelah melihat koleksi 'Mok Nik' dan member kita di salah satu forum yang kita pernah memeriahkannya dulu.

Saya balik kampong, saya cari juga dirumah mak dan mak mertua, tapi nasib tak ada, barang2 tu dah pudar warnanya. Jadi cuba2 juga cari di Taiping masa ke sana dulu tapi tak jumpa kedai.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam mie. Mungkin juga china dah ciplak jepun punya paten.

Tapi tak kisahlah sebab yang penting pada akak bunganya bukan kualitinya. Tapi di kedai di Nilai 3 tu lagi banyak pilihan dan macam pinggan mangkok sehinggakan bekas kuih raya pun ada dengan corak bunga yang sama.

Dan ikhtiar yang terbaik 'akak sabar dulu'. He he

Kunang-Kunang berkata...

Nor,
Akak nak tambah sikit pasal beli pinggan mangkok.

Kak ani kalau kebetulan ke Kelantan, kadang2 tu sengaja pujuk cik abang untuk ke Kota Bharu kalau balik terengganu, akak akan ke Pengkalan Kubur, cari pinggan yang ada nama sikit sebab disitu murah sikit rasanya.

Akak kumpul sikit2, nak beli banyak2 sekali gus tak berkemampuan. Tapi yang frust tu kalau kebetulan pegi dgn MPV atau 4X wheel drive akak selalu kena cukailah 10%. Kalau dengan kereta dia orang tak berkeras sangat.

Kaseh NazLieza berkata...

amboi...cntiknyer koleksi...

MrsNor berkata...

salam kak anim...
memang kastan di PK tu kadang2 mabuk, kadang2 waras. Tika mabuk abis dikenakan cukai... tp alhamdulillah sy selalu terlepas..heheh jampi jampi sikit ler dgn ayat 9 surah yassin tu...insyallah lepas

Kunang-Kunang berkata...

Salam Nazlieza,

Terima kasih sudi singgah blog saya.

Kunang-Kunang berkata...

He he Nor akak ni selalu kena masa dia mabuk agaknya. Terutama yang perempuan.

InsyaAllah lain kali nak trylah baca tu, tahu tapi tak ingat...