Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Selasa, 16 Februari 2010

Kenduri Kahwin



Akhirnya kami sampai juga di Air Molek Melaka



Wah ada orang sempat posing tuuu







Suasana Di tempat Kenduri. Best sangat
nampak tetamu yang sedang berteduh bawah pokok tu


Hari Sabtu lepas selepas memeriahkan sama suasana jem di Lebuhraya Utara Selatan sempena Sabutan Tahun Baru China, akhirnya tiba juga kami di Air Molek Melaka. Ada jemputan anak kawan kawin. Pertama kali ke Air Molek. Kata orang makan buah langsat (sesat) berkilolah jugak baru jumpa rumah pengantin. Masa tu jam dah hampir pukul 3 petang. Perut dah lama nyanyi lagu keroncong.

Tak sempat tengok pengantin. Pengantin dah berehat bila kami tiba tetapi tetamu masih ramai.

Lepas makan dan dah bercerita sikit-sikit dengan tuan rumah, mana boleh cerita lama-lama tuan rumah sebok, kami ke Banda Hilir, Melaka sambil cari masjid nak sholat zohor dan asar. Akhirnya kami tiba di Masjid Selat Melaka. Rasanya masjid baru siap, sebab segalanya nampak masih baru.




Masjid Selat Melaka

Masjidnya bersaiz sederhana saja. Ia terletak di persisiran laut selat melaka. Cantik pemandangannya.




Berlatarbelakangkan Laut Yang Tenang


Lepas sholat jamak zohor dan asar kami terus bergerak balik. Berubah betul Banda Hilir sekarang, jauh beza semasa saya dan keluarga datang ke sini beberapa tahun dulu. Hotel-hotel bertaraf bintang tinggi ada dua tiga buah. Shopping Mall pun ada. Tapi sayang kami nak balik sebelum malam dan badan pun dah leteh, jadi tak adalah kami singgah di situ.

Semoga satu hari dapat datang lagi ke sini dalam suasana yang tidak terburu-buru.

10 ulasan:

white rose berkata...

salam kak ani...

wah, cantiknya masjid nih...unik, lain dri lain laa...

sonoknye duk tpi laut tuh...bahagia je rasanya...

sy suke laut...

tunbegia berkata...

laut yang tenang jangan sangka tiada buaya mak,

salamm,

piewahid berkata...

dapat juga sesekali btukar suasana...

endiem berkata...

melaka akan jadi tuan rumah sukma 2010.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam white,

Hari tu cerita tak habiskan. Dulu2 bila kita ke Banda Hilir kita selalu bayangkan gerai orang melayu yang menjual macam2 peralatan orang melayu sehinggalah ada kereta lembu.

Sekarang ni tuan punya gerai dulu tu rasanya dah ditempat disatu bangunan batu yang besar.

Sayang tak sempat explore hari tu.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam TB,

Laut yang tenang ada buaya maa.

Ingatkan ikan jaws saja ada.

Kunang-Kunang berkata...

Tulah Piewahid, pegi kali ni tak adalah terperangkap dlm jem. Mungkin sempena Tahun Baru China.

Melaka ni memang kuat jem, tiap kali ke sana mesti tersangkut, lebih parah dari KL rasanya.

Kunang-Kunang berkata...

Salam endiem,

Pesat sungguh nampaknya pembangunan di melaka ni.

qaseh um masyitah berkata...

salam Kak Ani
wah bestnya.saya tak pernah lagi masjid tu kak.dulu rajin juga jejalan kat Melaka.Kalau saya balik Johor lalu hiway Utara selatan,selalau juga jammed.balik kut Bahau yang tak jammed,tapi banyak lah lori pula.
p/s:Kak Ani,saya dah pindah rumah baru.tapi belum habis 'cat'.pindah dari blog lama,erm tak sempat lagi nak buang entry2 dari blog yg bergabung dulu...
http://myraudhatulukhuwah.solihin.net/

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Ummu,

Akak dah singgah ke rumah baru tu. Alhamdulillah dapat balik membaca coretan ummu.

Selamat berblogging kembali.