Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Selasa, 23 Februari 2010

Kenapa Kucing Dapat Ikan



Sedang bercerita, tiba-tiba kawan saya tanya

"Hang tau kucing makan apa", kawan saya tanya

"Makan ikan, itu pun dulu sekarang dia makan friskies" jawab saya heran, fasal apa pulak tiba-tiba tanya kucing makan apa, macam tak tau.

"Macam mana kucing tu dapat ikan", kawan saya tanya lagi,.

Walaupun rasa pertanyaan tu bodoh, tapi saya jawab jugak sebab suspen. Ni nak berteka teki ker pulak. Fikir hati saya.

"Tuan dialah beri, takkan dia pergi mancing sendiri atau beli sendiri kat pasar", jawab saya sambil senyum.

"Tau pun hang, macam mana boleh tuan kucing tu terasa nak beri kucing tu ikan", dia tanya lagi.

"Yerlah tuan dia tahulah kucing tu suka ikan", jawab saya terasa diperbodohkan.

"Mesti kucing tu baik kat tuan dia kan, sebab tu tuan dia sayang pada dia, sanggup beri dia makanan kegemaran dia dan tak biarkan dia kelaparan. Jaga dia supaya sihat sentiasa dan lain-lain lagi kebajikan kucing tu. Rasanya kalau kucing tu jahat, tentu tuannya akan biarkan kucing tu kelaparan, silap-silap kena hentam" sambungnya lagi.

Saya angguk. Dia sambung lagi



"Cuba tengok kucing. Ia akan menggesel2kan badannya dengan manja kepada tuannya. Dengan cara tu tuannya akan meyanyangi kucing tu dah tak sanggup melihat kucing tu kelaparan."

Saya masih terpinga-pinga, apa kena mengena kisah kucing dengan aku ni, fikir saya. Kawan saya sambung lati

"Begitu juga kita. Untuk mendapat kehidupan yang baik, mendapat kasih sayang Allah, mengharapkan perlindungan dan keberkatan dari Allah, maka kita kena buat macam kucing. Dekati TUAN kita iaitu ALLAH yang Maha Agung, Maha Pengasih Maha Penyayang kepada seluruh maklukNYA di alam ini. Kita mesti mengenali, mendekati dan cubalah ‘bermanja’ kepadaNYA.

Mudah-mudahan kita akan disayangi dan dirahmati olehNya. Pastinya kita akan dikurniakan rezeki yang tidak disangka-sangka, kesihatan yang baik dan lain-lain hajat kita sebagaimana kucing dapat percuma ikan dengan senang tanpa perlu bersusah payah.

Kita kena ingat walau sekuat mana pun kita bekerja tanpa belas ihsan dan rahmat daripada Allah, kita tidak akan dapat mengecapi kesenangan dan kekayaan. Kita tidak mungkin mendapat rezeki dan keberkatan tanpa izin TUAN kita iaitu Allah.

Jika amalan baik yang kita buat, baiklah balasannya, tapi kalau kita melakukan perkara yang tidak diredhai Allah, Allah akan menghukum kita sebagaimana kucing akan dikejar dan diburu oleh tuannya sekiranya ia mencuri ikan. Walaupun mungkin kucing tu dapat ikan, tapi tuannya tidak redha, marah dan benci padanya."

Panjangnya penjelasan kawan saya tu. Jadi saya buat kesimpulannya bahawa berbuat baiklah kepada Allah dengan membuat apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang.

18 ulasan:

IKRAB family berkata...

satu kisah yang amat bermakna, kak,Tq.lagi kita belai dan manjakan kucing tu lagi dia rapat dan dtg kpd kita kan.tp mausia kdg2 lupa dan makin jauh pulak dgn Penciptanya.Nauzubulliah ye kak.
p.c.

pak long berkata...

salam buat akak...
pak long minat sangat kucing kunin tu....

a kl citizen berkata...

assalammualaikum kak

saya geli kalau kucing gesel2 kat saya

Kunang-Kunang berkata...

Manja kucing pada manusia ada juga kadang2 tersilap, dan manusia secara fitrahnya tidak sempurna.

Tapi harapan yang disandarkan kepada Allah, InsyaAllah dimakbulkannya.

Kunang-Kunang berkata...

Salam cikgu, saya tidak berapa suka dengan kucing, tapi taklah pulak menyiksa kucing-kucing ni. Kalau datang ke rumah dalam kelaparan diberikan juga makan friskies yang memang sentiasa ada di rumah. Sedekah.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumusallam cikgu normah,

Akak sendiri tak berapa manjakan kucing, takut kena gigit.

piewahid berkata...

t kasih. kdg2 dlm berdakwah & mmberi nasihat, analogy begini lebih bkesan...

white rose berkata...

salam kak ani...

wah, satu pendekatan yg bgitu baik skali...pandangan ini begitu bermakna dlm diri sy...

memahami setiap perbuatan hamba2NYA membuatkan diri kita berfikir beribu kali...

terima kasih atas penceritaan ini...

fzi berkata...

Salam kak ani...
Ohh hari ni sempat blog-walking...banyak masa...anaknda keje shif pagi..so saya sorang je kat rumah, boley le round... :)

Kak ani, cerita kak ani ni buat saya terfikir akan peristiwa pasal kucing yang di alami sendiri. Saya perasan, tiap kali kita orang nak menjamah hidangan, terus bunyi suara kucing mengiau kat luar tingkap. Suami cepat2 remind, Allah hantar kucing tu sebab nak bagi pahala pada kita... tanpa berlengah, terus saya hulurkan makanan buat kucing yang sedang menanti tu...

Kunang-Kunang berkata...

Sama piewahid, sebenarnya ia juga untuk menjadi ingatan kepada saya.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikummussallam white rose.

Satu ketika dulu saya pernah mendengar ceramah dari ustazah Aminah isteri kepada bekas mufti kuala lumpur dulu iaitu Dr. Hashim Yahya, dalam ceramah tu kata, kita bermanjalah dengan Allah, merayulah, mintalah apa yang kita hendak dariNYa.

Agaknya ini pun konsep kucinglah jugak ni kan.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussallam Fzi,

Saya ada pernah mendengar orang cerita, katanya restoran mamak selalu menabur makanan untuk burung merpati dengan harapan sedekah kepada burung merpati tu akan mendapat balasan dari Allah. Wallahuwaalam.

Miecyber @ Sudu berkata...

Ada pengajaran di sebalik citer kucing ni kann....

tunbegia berkata...

sungguh panjang penjelasan,

salamm,

syahbandar87 berkata...

saya fikir saya faham pengajarannya..maka hendaklah bersangka baik terhadap Allah,malah menunaikan segala tanggungjwb kita kpdNya.ya mungkin juga kita tidak dapat pembalasan di dunia..namun di akhirat lah lebih besar lagi..

hmm..kadang2 orng mengeluh juga,walaupun sdh bwt apa yg disuruh dan juga berdoa tapi tak banyak yang dia dapat dari Allah..Tapi kadang2 dia lupa yang dapat menghirup udara itu bukankah nikmat,dan tidak keterlaluan juga untuk saya katakan bila dapat buang air kecil mahupun besar dengan sempurna itu bukankah suatu nikmat Allah juga..jadi selagi kita hidup di dunia ni dan sentiasa pandai bersyurku,maka kita sebenarnya orng yg sngt beruntung..:)

cuma pendapat semata-mata,x semestinya tepat.lagipun sy masih orng muda..masih bnyk x tau.akak lebih mengenal kehidupan berbanding sy..

Kunang-Kunang berkata...

Begitulah mie, kucing antara binatang dikasihi nabi kita s.a.w.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam TB,

Itulah agak panjang sikit, tak pandai nak ringkaskan.

Kunang-Kunang berkata...

Salam syah, betullah tu pendapat yang syah berikan tu.

Sebenarnya kadang-kadang kita cuma fikir wang ringgit sahaja sebagai rezeki Allah pada kita.

Sedang udara yang kita sedut, angin yang mendamaikan kita adalah tanda kasih Allah pada kita. Tanpa rahmat dan kasihNYA siapalah kita ini.