Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Jumaat, 5 Februari 2010

Ikan Bakar Di Belakang Istana Negara




ikan-ikan sedang dibakar


Dulu masa masih bekerja di UM saya dan kawan-kawan sering ke sini waktu makan tengahari untuk menikmati ikan bakar. Tempatnya ialah di belakang Istana Negara iaitu berhampiran dengan pintu masuk belakang istana berkenaan. Jelasnya di Jalan Bukit Petaling. Ada beberapa kedai di sini yang menjual ikan bakar iaitu menu utamanya di samping lauk pauk yang lain sebagai sampingan.

Kebetulan semalam hasben saya ada urusan di KL. Saya ikut sekali. Selesai semua urusan dia, kami ke sini. Memandangkan kami tiba di sana lebih kurang jam 11.45 pagi jadi banyaklah tempat yang masih kosong disitu. Kalau datang waktu makan tengahari, penuh dan parking pun susah. Selalunya bila ke sini kami akan makan dikedai yang paling depan.



ikan-ikan yang dah siap dibakar





gaya sipembakar ikan




Kedai faveret


Di sini juga ada dijual sotong bakar, udang bakar dan kerang. Memandangkan hasben saya tak boleh makan 'sea food' sangat jadi semalam kami makan ikan bakar saja beserta dengan air asam boi.

10 ulasan:

IKRAB family berkata...

bestnyer kak. saya lum penah ke sini.kwn2 ada gak cdgnkn tempat ni.
p.c.

endiem berkata...

terbukak selera, kalau dtg kuantan ada ikan bakar kat tg.lumpur.

Kunang-Kunang berkata...

shima, kedai ni dibuka pada hari isnin hingga jumaat tengahari hingga 9.00 malam rasanya. Hari Sabtu half day.

Public holiday dan ahad - tutup.

Kunang-Kunang berkata...

endiem, kak ani kalau ke kuantan memang tak sah kalau tak makan ikan bakar atau lain-lain sea food di Tanjung Lumpur.

Tapi tak tahu kenapa tiap kali ke sana mesti hujan, jadi setiap kalilah ke Tanjung Lumpur dengan keadaan basah dan berlari2 dari kereta.

Kat situ lagi best kan, macam2 kita boleh minta dia orang masak untuk kita.

Pn Kartini berkata...

Salam Kak Hanim:)
Owhh..akak keje kat UM??ermm...:)
Pernah cuba ikan bakar kat fakulti sastera takk..:)..
Tapi rasanya ..ikan bakar kat blkg istana negara..lebih menyelerakan..ermm:)!

white rose berkata...

salam kak ani...

waaaahhh...sedapnye ikan bakar tuh...nak plak cicah dgn air asam...
dah lama xmakan ikan bakar nih...

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam sis tini,

Akak jarang ke Fakulti Sastera sebab kerja jauh dari situ, selalunya akan ke Rumah Universiti saja untuk lunch atau keluar.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalm white rose,

Disini nak dikatakan air asam tak macam air asam, lawannya dia macam kuah cili (warna merah).

fzi berkata...

Salam kak ani....
Aduss...bestnya ikan bakar.... kalu dapat makan camni gerenti kena mintak adik kat gerai tu bawak nasik tambah...hehe

Kunang-Kunang berkata...

W'salam Fzi,
Tapi Fzi orang badan macam kak ani ni tak boleh selalu ke sini, nanti bertambah comellah pulak.