Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Khamis, 11 Februari 2010

Gangguan Syetan Ker



"Ani, ani bangun, bungun buka mata"

Berkali-kali terdengar nama saya dipanggil. Itu suara hasben saya. Berkali-kali saya cuba bukakan mata dan nak gerakkan badan, tapi tak boleh. Saya juga dengar suara hasben saya membaca ayat Kursi ke telinga sambil memanggil nama saya suruh bangun.

Kenapa saya tak boleh buka mata. Kenapa tak boleh gerakkan badan. " Nak mati ke aku ni". Itu yang terlintas di fikiran. Rasa takut tiba-tiba datang. Saya cuba membaca Ayat Kursi, tapi pelik, selepas ayat pertama, saya tak ingat ayat seterusnya. Pada hal ayat Kursi tu memang jadi amalan saya. Saya cuba geleng-gelengkan kepada supaya saya boleh bergerak. Anggota lain memang tak boleh digerakkan langsung.

Di telinga masih terdengar hasben saya membaca ayat-ayat alquran dan memegang dahi saya. Perasan takut makin terasa. Saya takut saya dah nak mati. Saya cuba lagi bukakan mata bersungguh-sungguh, tapi mata saya tertutup balik. Saya tak boleh kontrol mata saya lagi. Saya terus mencuba geleng-gelengkan kepala untuk kembali normal. Selepas beberapa ketika akhir saya boleh bukakan mata. Alhamudulillah, hidup lagi saya.

"bangun ni, bangun, minum air sikit". Saya terus bangun dari berbaring dan duduk di birai katil. Saya capai botol air mineral yang memang selalu saya letakkan ditepi katil. Badan saya menggigil dan berpeluh-peluh. Saya rasa takut sangat, kejadian tadi begitu menakutkan. Masa saya tengok jam lebih kurang pukul 1 lebih.

Saya nak bilik air untuk mengambil wuduk. Saya takut benda tu datang lagi. Tapi saya rasa takut dan seram. Pelik. Saya lawan perasaan tu. Lepas berwuduk saya baca surah yassin. Baru saya tidur. Alhamdulillah tidak ada lagi gangguan.

Saya masih ingat, malam tu selepas balik dari kelas Bahasa Arab di Masjid Negeri kami ke kedai 7 Eleven, beli barang sikit. Dalam perjalanan balik hasben saya sengaja melalui jalan berhampiran Kuil Seksyen 19. Kuil yang menjadi kontroversi baru-baru ni. Tiba berdekatan dengan Kuil tu, kami nampak kawasan Kuil terang benderang. Saya boleh nampak ada seseorang berpakaian serba kuning (tok sami kot) duduk bersandar pada satu tiang di dalam Kuil tu.

"Eh, makin aktif Kuil ni, baik-baik jugak orang sini, kalau jatuh tempat lain mungkin dah terjadi apa-apa pada kuil ni", kata suami saya. Kuil ni terletak di ditengah-tengah masyarakat melayu.

"Eh, jangan cakap macam tu", balas saya. Saya teringat orang kata Kuil hindu ni keras. Maklumlah mereka puja dewa dewi. Dewa dewi tu sapakan.

Tiba dirumah dah hampir 11.00 malam. Selepas selesaikan satu dua urusan, saya terus tidur. Masa tu jam dah hampir 12.30 malam. Ketika hendak terlelap, saya terdengar bunyi grill pintu beranda rumah saya dilanggar sesuatu. Saya terfikir ada orang nak cuba masuk ker. Lepas tu saya terdengar bunyi angin bertiup diikuti dengan bunyi muzik yang orang india tiup untuk main ular tedung.

Tiba-tiba jer saya tak boleh bergerak. Saya pasti saya tidak bermimpi. Saya masih nampak bilik saya yang masih terang benderang sebab saya tak tutup lampu. Saya rasa sesak nafas dan tak boleh buka mata. Saya cuba baca ayat Kursi tapi terlupa. Jalan terakhir saya pekik panggil hasben saya. Saya tak pasti suara saya keluar atau tidak. Masa tulah saya dengar hasben saya memanggil-manggil nama saya dan membaca ayat-ayat alquran. Suami saya kata, dia terdengar suara saya tapi tak jelas dan saya mengeleng-gelengkan kepala sambil mata pejam celik, pejam celik.

Mungkinkah saya diganggu. Entahlah, pada hal sebelum tidur saya dah baca ayat-ayat alquran dan apa yang sepatutnya.

12 ulasan:

piewahid berkata...

saya ada pengalaman lebih kurang akak ni. smasa saya tinggal kat bricfield dulu. pun pasal kuil jgk. nak criter kat public gini xsesuai. tapi apa2 penyelesaian pun tetap al quran. allahu akbar, yang hak, tetap hak!

pak long berkata...

salam buat tuan blog...
arwah mak pak long pun ada kata...kuil ni depa puja jin kapir...seram jugak baca citer akak tu...

white rose berkata...

salam kak ani...

cite ni mengingatkan smula ngn dua pupu saya...dia terkena penyakit kulit yg luarbiasa akibat menyumpah seranah kuil nih...puas berubat kesana kemari, akhirnya ada seorg ustaz bgtau perbuatan dua pupu saya ni...ustaz pesan pergi ke kuil tuh minta maaf kt tok sami...xlama lps tu penyakit dia beransur pulih...

tpi kan kak ani, kepercayaan ini jika tersalah cara bole menyesatkan kita tau...maknanya kita percaya bahawa kuil2 tu mampu menyakitkan kita...

astaghfirullah al'azim...

semua didunia ni adalah ciptaanNYA...

Shida berkata...

Seram juga. Kalau nak balik rumah saya melalui jln shortcut akan melalui 3 kuil, mereka nikan main pacak jer dan setiap kuil berlainan fahaman. Sebab tu jumlah kuil bukan main banyak berbanding jumlah penduduk yg menganut agama tersebut di situ.

Alhamdulillah, suara azan masih lagi berkumandang 5 kali sehari di kawasan itu.

Cerita seorg makcik di kg saya dahulu, kakinya membengkak hingga tak boleh jalan apabila dia tertendang tokong hindu ketika membersihkan kawasan rumah persekitaran. Sebenarnya makcik ni ada byk rumah sewa di sekitar rumahnya dan didiami oleh penganut hindu. Penyakit makcik tu berlarutan hinggalah diketahui oleh tok sami hindu, tok sami tu kata kena sembah tokong hindu yg ditendangnya dulu itu kalau nak sembuh. Makcik tu meolak permintaan tok sami dan akhirnya saya kurang pasti dgn penyakit makcik tu, sembuh dengan cara apa.

Nauzubillahminzalik.

Kunang-Kunang berkata...

PWahid, banyak kita dengar kisah kuil orang ni keras. Maklumkan tempat iblis berkumpul.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Cikgu (Pak Long),

Iblis nak try kitalah tu cikgu kan. Tapi Allah Maha Berkuasa atas segalanya.

Alhamdulillah lepas malam tu tak adalah lagi.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalm white rose.

Sebenarnya kita percaya benda ni terjai bukan dengan fahaman mereka berkuasa melakukannya. Tapi semua atas kehendak Allah.

Tapi kita jangan lupa Allah Maha Pemurah (Al Rahman) kepada semua makhluk tak kira apa jua agama, jadi kalau iblis nak buat pun Allah tunaikan..

Secara tak langsung juga dia nak menguji kita orang islam ni seteguh mana pegangan kita pada DIAkan.

Kunang-Kunang berkata...

Salam shidah,

Alhamdulillah Mak Chik tu tak nak pegi tokong kuil tu. Kalau tidak nauuzubillah, syiriklah jadinya kan.

Allah maha berkuasa dan Maha pemurah, semua permintaan hambanya baik atau buruk ditunaikan. Mana yang buruk tu, hah kau terimalah balasan dosanya kelak. Pada yang baik diberi ganjaran pahala.

Dari segi ni kita kena berhati-hati takut terpesong akidah kitakan.

Nanti seperti white rose kata terlintas pulak di dalam kata, kata kuil tu pulak yang buat kita sakit.

Kunang-Kunang berkata...

Salam shidah,

Alhamdulillah Mak Chik tu tak nak pegi tokong kuil tu. Kalau tidak nauuzubillah, syiriklah jadinya kan.

Allah maha berkuasa dan Maha pemurah, semua permintaan hambanya baik atau buruk ditunaikan. Mana yang buruk tu, hah kau terimalah balasan dosanya kelak. Pada yang baik diberi ganjaran pahala.

Dari segi ni kita kena berhati-hati takut terpesong akidah kitakan.

Nanti seperti white rose kata terlintas pulak di dalam kata, kata kuil tu pulak yang buat kita sakit.

Miecyber @ Sudu berkata...

Untuk pertahanan diri teruskanlah amalan Kak Anim tu...

Semuga Kak Anim tak apa-apa yer...

Kunang-Kunang berkata...

Terima kasih mie. InsyaAllah, mudah2an Allah kuatkan hati akak ni.

Tanpa Nama berkata...

Akak, ayat qursi tu boleh juga dibaca ditiupkan pada pintu dan tingkap bila balik ke rumah dgn mengunakan jari telunjuk dan membuat lakaran rajah berbentuk huruf lam alif', ayat yg terakhir dibaca berulang2 kali 5 atau 7 kali dan berdoa pd Allah agar tidak dimasuki segala anasir jahat.
p.c.