Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Isnin, 8 Februari 2010

Goreng Daging Rusa Gulai Ayam Kampong


Daging Rusa Goreng Bercili


Hari Sabtu baru-baru ni saya masak daging rusa berlada. Daging rusa ni adik ipar yang bawa balik dari Sabah. Dia memang kerja di sana. Setiap kali dia balik dapatlah kami merasa daging rusa liar ni. Pada saya rasanya tak jauh bezanya dengan daging lembu.


Gulai Lemak Cili Api Ayam Kampong


Kebetualn hari Sabtu tu saya ke Pasir Tani Seksyen 17 lagi. Seronoknya tengok sayur-sayuran yang dijual segar dan hijau (mana yang warna hijaulah). Saya selalu geram tengok sayur-sayur di Pasar Tani. Tapi nak beli macam-macam jenis tak termakan pulak.

Saya ke pasar tani tu kerana nak cari ayam kampong. Dah beberapa hari teringin nak makan gulai ayam kampong masak lemak cili api. Tercapailah hajat saya, kebetulan ada dijual. Harganya RM13 sekilogram. Jadi tengahari tu, masaklah gulai lemak cili api ayam kampong.


Ulam Pucuk Tenggek Burung


Ulam tenggek burung ni juga saya beli di pasar tani. Sayangnya saya tak tumbuk sambal belacan sebagai lawannya sebab Cik Abang saya tu tak boleh makan belacan. Kalau saya tumbuk sambal belacan dia mesti makan, jadi demi kesihatan dia makanlah kami ulam tanpa sambal belacan. Tenggek burung ni kalau cicah dengan budu pun sedap. Tapi budu pun bisa jugak untuk pengidap gout. He he apa nak buat.


Menu Makan Tengahari


Memandangkan hari Sabtu dan Ahad selalunya anak-anak ada dirumah saya akan masaklah mana yang larat. Hari-hari lain tu tinggal berdua, makan atau beli lauk di kedai ajer. Tapi yerlah masak sendiri ni, lauk goreng ikan dengan sayur pun dah cukup berselera.

13 ulasan:

tunbegia berkata...

sungguh sedap,

salamm,

endiem berkata...

wah sedap tu..

Miecyber @ Sudu berkata...

Tak tahan lah tengok blog Kak Ani...Sokmo saya rasa lapo bila singgah blog Kak Ani....

a kl citizen berkata...

assalammualaikum kak

memang berselera sungguh,,,,

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Tungia,

Nampak jer sedap, rasa tak taulah pulak.

Kunang-Kunang berkata...

Salam endiem,

Takut indah gambar dari rasa jer.

Kunang-Kunang berkata...

Salam Mie,

Selalu-selalulah singgah. Tengok-tengok mana yang patut.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Cikgu,

Masakan biasa. Masakan kampong. Kak ani masak weekend jer, hari-hari biasa tak masak sangat sebab tak ada orang nak makan.

Hari minggu baru masing-masing ada dirumah, jadi kalau larat akak masaklah.

white rose berkata...

salam kak ani...

wah, sedapnye...
rajin sungguh kak ani memasak ye...

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam white rose,

Kak ani tak rajin sangat sebenarnya. Seminggu sekali jer yang dipaksa rajin sebab anak-anak ada balik ke rumah.

fzi berkata...

Salam kak ani...
Sedapnya nampak lauk2 tu sume kak ani...yang paling berkenan ayam kampung masak lemak tu...hehe...Woahh kak ani dapat rasa makan daging rusa rupanya...oh rasa cam daging lembu ya, ingat bihkurang kambing... saya pulak dah lama teringin nak makan daging kambing, tapi nak yang kambing tempatan, tak nak yang tut-tut ngan baka luar tu...tapi tak tau mana nak cari yang ori tu....huuuu

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalm Fzi,

Mungkin di kampong2 boleh dapat kambing tempatan ni. Tapi sekarang ni kambing tempatan pun dah mahal.

Masa buat aqiqah cucu kak ani hari di Kampong maknya di Kuala Kurau, Perak, harga seekor kambing lebih kurang RM600.00.

Rusa Ryan berkata...

assalamualaikum..saya jual/supply daging rusa tempatan (sejuk beku) dengan penghantaran terus ke rumah atau restoran. harga rm 38 sekilo untuk tempahan minima (1 kg pun kita hantar). beli banyak harga lagi kurang. tiada caj penghantaran di kawasan lembah klang, putrajaya dan cyberjaya. berminat boleh sms/call 017-3863573 - zaf dari seri kembangan.

http://www.rusaryan.blogspot.com