Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Jumaat, 19 Februari 2010

Dah Lama Idamkannya



Kata 'Khaula" salah seorang sahabat akrab saya (sahabat bunga kertas) "Pergi rumah 'nenek kebayan' di Alor Star hari tu, 'nenek' masak nasi daging, sedap". Banyak kali dia cerita pasal nasi daging ni bila dia sebut nama 'nenek kebayan'. 'Nenek kebayan' memang pandai masak, saya dah rasa masakannya semasa berkunjung ke rumahnya beberapa tahun dulu.

Semenjak hari tu selalu teringat ingin nak rasa 'nasi daging'. Kebetulan bulan lepas saya ke majlis kahwin seorang kawan yang mengawinkan anaknya. Majlis tu diadakan di salah sebuah hotel di Shah Alam ni. Semasa sambil menunggu tetamu lain datang, saya capai Kad Menu yang diletakkan di atas meja. Tersenarailah lauk pauknya, dan nasinya ialah 'nasi daging'. Dalam hati berkata sendiri "bolehlah rasa nasi daging hari ni".

Bila makanan dah dihidangkan, adalah nasi daging berserta lauk sebagaimana yang diwar-warkan dalam Kad Menu tu. Sedang hati berbunga nak merasa nasi tu, tiba-tiba tetamu sebelah saya kata "oh lain nasi dagingnya, menantu saya orang Kedah selalu buat nasi daging ni. Orang Kedah makan nasi daging dengan air asam. Dagingnya pun nampak. Yang ni tak nampak dagingnya".

"Oh yer ker" jawab saya sambil menjamah makanan. "Mungkin lain caranya".

"Macam mana masaknya" tanya saya

"Macam kita masak nasi minyak jugak, bezanya, masukkan air rebusan daging, saya selalu masak, tapi saya tambah lauknya seperti dalca atau apa-apa yang biasa kita makan dengan nasi minyak" jawab tetamu sebelah saya tu.

"Ohh" saya tutup perbualan dan tumpukan perhati pada pengantin di pelamin.



Hari Rabu minggu lepas, sahabat karib kami yang tinggal di Ampang menjemput kami makan malam di rumahnya. Dia ni orang Kedah.

Rupanya malam tu kami dihidangkan dengan 'nasi daging'. Tapi memandangkan saya tak berapa boleh makan daging, saya tahanlah juga selera terutama untuk memakan supnya, takut nanti darah saya memuncak. Bukan memuncak marah, memuncak tinggi. Bahayaaaaa



Nasi Daging



sup paru lembu



Air Asam



Mungkin Lauk Tambahan - Gulai
Ikan Masin Dengan Nenas


Tak taulah sama ada nasi daging ni sama atau tidak dengan 'nasi daging' yang Khaula kata 'nenek kebayan' masak. Kata kawan saya tu, di Kedah ada rempah 'nasi daging'. Di sini dia reka rempah sendirilah, sebab rempah 'nasi daging' tak ada dijual di sini.

23 ulasan:

MrsNor berkata...

salam kak hanim ...aduhhh kecur air liur tengok sup paru dan air asam tu, kalau dekat2 tak malu malu nak gi terjah umah kak hanim

Pn Kartini berkata...

Salam Sis..:):)
Tgk gambar jek dah buat rasa lapar nii..:):):)
Pe2..tercapai jua apa yg akak idamkan tu..yummY!:):)

INTAN RH berkata...

Kak, sy mmg suka sup..apa2 jenis sup la, mmg jrg sgt tolak :)

Kirim salam kat nenek kebayan dan khaula ye.

:)

azlanlin berkata...

Amboi...mmg terliur melihat menu yang terhidang tu..ermmmm..

endiem berkata...

caranya..lebih kurang sama dgn nasi ayam jugaklah kot

Kunang-Kunang berkata...

Waalakumussalam Nor,

Kak ani biasa jugak buat air asam ni tapi tambah dengan potong buah tomato dan dicicah dengan ikan panggang.

Tulah nor, lain negeri, lain makanan kegemaran.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam sis tini,

Tulah nak kena belajar buat sendiri ni.

Kunang-Kunang berkata...

InsyaAllah intan kalau akak jumpa dgn nenek kebayan dan khaula tu.

Di Shah Alam ni mungkin dipersekitaran KL lain pun terkenal dengan Sup Anis Utara.

Kunang-Kunang berkata...

Saudara Azlanlin, tulah kata orang ubah-ubah selera dengan masakan orang negeri lain pulak.

Kunang-Kunang berkata...

Salam endiem,

Mungkinlah jugak cuma tukar ayam dengan daging. Dan nasi ayam tak ada air asam tapi ada kicap dan source cilikan.

Ros Illiyyuun berkata...

...saya pun terliur...hehehe...

white rose berkata...

salam kak ani...

ahai, sedap laa plak bila dgr perkataan "nasi daging" nih...

sy ni dikira alergik daging...hnya daging yg dimasak mak sy je yg sy makan...kalo masakan di umah org kawin atau umah org lain sy xbrani makan...sy penah sakit kepala yg teramat2nya perit smpai seminggu baru pulih...masa 2 dlm bln puasa, sminggu laa sy xpuasa...

ahai...kalo suh mak sy try buat ni mesti best...

Kunang-Kunang berkata...

Itulah Ros, kita orang terengganu dengan nasi dagang.

Kunang-Kunang berkata...

Yerlah white rose, alergiklah tu agaknyakan.

Macam tu makan kena berhati-hati tak boleh sembarangan.

tunbegia berkata...

sungguh sedap nasi dagang,

salamm,

ummzaid berkata...

lama sungguh tak nampak nenek..rindu plk kat dia..
kak nim, sebelah abuzaid, ada satu nasi nama nasi pilau..masak nasi dgn sup dan daging2 sekali.. sedap gak...

Kunang-Kunang berkata...

Salam TB,

Nasi dagang menu orang terengganu dan kelantan walaupun ada sedikit perbezaan dari segi nasinya.

Nasi dagang kelantan dibuat dari beras dagang yang berwarna perang sedangkan nasi dagang terengganu camputan antara beras pulut dan beras biasa.

Kunang-Kunang berkata...

Salam Ummuzaid, nenek sihat walafiat rasanya. Cuma biasa dia selalu sebok.

Seronok yer kita dapat merasa macam2 jenis nasi dari negeri2 yang berlainan.

IKRAB family berkata...

kak Ani, khaulah ckp dia lum lagi mkn nasi daging nenek kebaya aloq setaq tu....cuma duk usik nenek suh msk :).nenek kena buat utk kita nanti kan kak :)
p/s:ketupat pulut susu nenek buat tu dah mkn..sedapppp.
p.c.

Kak hanim berkata...

Salam shima, kalau tak ada aral melintang, hari Jumaat ni nak ke Alor Star. Ada jemputan kenduri kawin.

Ni kalau diizinkan Allah, nak jumpa nenek sangat2.

Kak hanim berkata...

Sebelum terlupa, shima , ni kira kes salah fahamlah bila khaula dok cerita pasal nasi daging.

Tak aper-aper, nanti kita minta nenek masakkan yer.

IKRAB family berkata...

Kak sampaikan salam saya dan Khaulah pada nenek ye :)
Nenek masak nasi daging tu...nyummyy.Kak, jgn lupa singgah kat pekan rabu..nak best lagi pi Tanjong Dawai ;)
p.c.

IKRAB family berkata...

Intan, Khaulah ckp `Wa'alaikumussalam'. :)
p.c.