Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Isnin, 22 Februari 2010

Berdoa Untuk Ibubapa Allah Memurahkan Rezeki



Besarnya pahala seorang anak apabila dia sentiasa mendoakan kebaikan dan kebahagian ibubapanya. Apa lagi jika sanggup bersusah payah menjaga mereka dengan penuh kasih sayang ketika mereka sangat memerlukan. Kita datang berjumpa dan melihat ibubapa kita pun Allah dah berikan kita pahala (untungnya pada mereka yang masih mempunyai ibubapa di dunia ini).

Seperti yang dinyatakan dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan.

Baginda s.a.w. juga bersabda:

“Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah (SWT) akan memanjangkan umurnya.” (Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim)

Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Nabi s.a.w. :

“Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah (SWT) ) daripadanya.” (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)

Sebenarnya besar mana pun kebaikan dan kebajikan yang kita buat untuk ibubapa kita tidak akan terbalas pengorbanan mereka terhadap kita.

Semasa merayau di alam internet saya juga terjumpa nukilan ini dari Blog 'Me, The Muslimah'. Tajuk N3nya ialah Cara Membuka Pintu Rezeki.

"Dato' Dr. Fazilah Kamsah pernah berkata .....

"setiap pagi sedekahkan al-fatihah kepada kedua ibubapamu ( tak kira masih hidup atau telah tiada )"......... nescaya pintu rezekimu akan terbuka buat kamu..."

Berdasarkan Hadith Nabi :

"Tidak akan terputus rezeki seseorang selagi dia tidak meninggalkan doa kepada kedua orang tua nya dalam sehari"

Huraian hadith:

Jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibubapa (baik yang hidup mahupun yang sudah tiada)

Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus berdoa kepada kedua ibubapa (walaupun ada ibubapa yang leka, doakan agar mereka berubah)

Ingatlah bahawa keredhaan ibubapa adalah keredhaan Allah

Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh2. ...tadah tangan dan bayangkan wajah kedua orang tua k ita , termasuk guru2 kita dan mereka yang banyak menolong kita (berdoa perlu benar2 bersungguh2)

Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki oleh Allah


Di samping di atas kita kenalah juga pastikan kita sentiasa menunaikan perintah2 Allah. Beribadah kepada Allah, maka insyaAllah pasti diri kita akan dimurahkan rezeki dan mendapat keberkatan.

3 ulasan:

qaseh um masyitah berkata...

Salam Kak Ani
Alangkah indahnya jika kita punya anak yang sentiasa mendoakan kita,dan alangkah bahagianya,bila kita selalu mendoakan ibubapa kita.
sesungguhnya Allah maha Pengasih maha Penyayang.Dan itulah keindahan Islam..

Kak hanim berkata...

Waalaikumussalm ummu

Mudah2an anak-anak yang kita didik dengan penuh kasih sayang tu akan mengenang jasa kita. Sebenarnya bukan wang ringgit yang kita harapkan tapi keperhatinan dan kasih sayang mereka kan.

ariana berkata...

Assalam k.ani.

Sebab tu lh pentingnya mendidik ank dgn ajaran agama yg mencukupi kerana mereka lh aset kita bila sudah dipanggil menghadap tuhan nanti..disamping kita sndiri x lupa berdoa buat kedua org tua kita kan..pesan utk diri sndiri..:)