Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Rabu, 24 Februari 2010

Cara Membaca Yassin Pada Orang Sakit Tenat



Semasa meyusuri cerita-cerita dari satu blog ke satu blog saya terjumpa artikel ini yang mungkin berguna kepada kita. Ianya mengenai Cara Betul Baca Surah Yassin oleh Pakar How To (2008).

Beberapa bulan lepas, Surau DarusSaadah di Keramat Permai telah mengadakan ceramah umum mengenai Isra’ Mikraj oleh Ustaz Abdullah Mahmud. Berikut ini dicatatkan sedikit sebanyak intipati ceramah yang disampaikan untuk ilmu dan panduan bersama.

Menurut Ustaz, masyarakat Melayu telah lama buat salah dalam ‘membantu’ seseorang menghadapi saat sakaratul maut.

Telah menjadi kebiasaan orang Melayu Islam di Malaysia, kita akan mengelilingi orang yang tengah sakit tenat dan nazak dengan masing-masing membaca surah Yaasin, dengan bacaan yang tersendiri dan bermacam-macam ragam (ada yang baca dengan tartil, tetapi ada juga yang baca dengan laju macam nak lumba F1).

Perbuatan sebegini sebenarnya mungkin akan menjadikan orang yang tengah nazak merasa lebih kelam kabut (kerana menurut ustaz sebelum datangnya kematian, kita akan ‘disibukkan’ dengan segala macam gambaran perbuatan kita di dunia).

Kaedah yang sepatutnya diamalkan (seperti yang diajar oleh ustaz tersebut) ialah

* Lantik seorang yang bacaan al-qurannya paling baik (dari segi tajwid dan fasohah) untuk membaca surah Yaasin, yang lain-lain bolehlah bersama-sama buat semakan bacaan.

* Sebaik-baiknya orang yang dilantik itu adalah ANAK ataupun SAUDARA TERDEKAT yang mempunyai perasaan kasih pada orang yang sedang tenat/nazak.

* Merenung wajah orang tengah nazak tersebut sebelum surah Yasin dibacakan. Ini adalah untuk menimbulkan rasa belas kasihan dan mudah-mudahan berkat daripada surah yang dibaca itu, boleh membantu memudahkan pencabutan nyawa si pesakit tersebut.

* Membaca 3 hingga 4 ayat Surah Yaasin, berhenti, dan menolong (menuntun) beliau untuk mengucap “Laa ila ha illallah”.

* Kemudian menyambung semula bacaan, baca 3 hingga 4 ayat, berhenti lagi, dan menolong beliau mengucap “Laa ila haillallah” lagi.

* Diteruskan sehinggalah beliau menghembuskan nafas yang terakhir.



Semoga ini dapat meningkatkan lagi ilmu pengetahuan kita dalam ‘membantu’ saudara mara atau mak ayah kita dalam menghadapi saat-saat getir sakaratulmaut. Dan semoga kita mendapat segala rahmat serta hidayahNYA dalam membuat amal kebajikan dengan cara yang betul dan bukannya semata-mata melalui ikut-ikutan/adat.

10 ulasan:

piewahid berkata...

slm. jazakallah... terima kasih berkongsi maklumat.

white rose berkata...

salam kak ani...

alhamdulillah, stakat ni abah sy laa duk amalkan apa yg kak ani tulis ni...sy kena cari pengganti mcm abah...heeeee...

smoga apa yg kak ani bgi maklumat ni berguna buat kita semua...

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam piwahid,

Sebenarnya dulu ada saya dengar orang kata ketika orang nazak jangan baca yassin menyusahkan hati dia. Mungkin maksudnya kalau kita baca dengan tajwid yang tak betul menjadikan lain pulak erti ayat yang dibaca.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam white rose.

Alhamdulillah abah white rose mengamalkan cara yang betulkan.

Orang-orang yang lebih muda kenalah tahu perkara macam ni yang kadang2 kita terlepas pandang.

Anak Pendang Sekeluarga berkata...

salam,mintak pandangan atau nasihat/komen berkaitan dengan artikel terbaru yang di tulis di blog saya.Pandangan dan komen/nasihat dari anda amat saya alu2kan untuk di jadikan pengajaran kepada saya..

endiem berkata...

terima kasih kerana kongsi maklumat.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikum anak pendang,

Seusia saya ini pun saya masih belajar. Saya telah ke blog anak Pendang. Apa yang saya tahu hari kiamat tidak diketahui oleh sesiapapun selain Allah Subhanahu wa Ta'ala.

Kita sebagai hamba cuba sebaik-baiknya berbuat apa yang Allah suruh dan tinggalkan apa yang Allah larang. Beribadat dengan ikhlas tanpa perlu menunggu dekat nak kiamat baru nak beribadat. Istiqamah sentiasa dalam beribadat tanpa mengira sebab musababnya.

Kunang-Kunang berkata...

Sama-sama semoga ianya menjadi panduan pada kita semua.

LIPISLADY berkata...

Assalamualaikum, terima kasih kak atas info ini, memang ramai orang kita silap cara bila menghadapi orang yang sedang sakaratul maut...

Kunang-Kunang berkata...

Terima kasih lipislady sudi singgah.