Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Sabtu, 30 Januari 2010

Ya Allah Restuilah



Aduss berpeluh-peluh badan. Sekejap rasa panas, sekejap rasa sejuk. Lagi disoal lagi rasa menggelabah dan menggigil. Tapi kami cuba juga menjawab sedaya upaya dan sebaik mungkin. Tak ada seorang pun antara kami yang mengalah mengatakan tak tahu.

Itulah perasaan kami tadi ketika ditemuduga lebih kurang 2 jam oleh Imam Besar Masjid Negeri (Masjid Sultan Salahuddin, Shah Alam) untuk mengikuti kursus guru alquran. Dari lebih kurang 100 orang pelajar dari kelas Talaqi Al Quran Tinggi di Masjid Negeri tu hanya lebih kurang 18 orang pelajar yang dipanggil untuk temuduga. Saya salah seorang yang dipanggil untuk temuduga. Alhamdulillah, selepas 2 tahun bertungkus lumus.

Tapi ini baru temuduga, berjaya atau tidak belum tahu. Pihak Pentadbiran Masjid berkehendakan pelajar yang betul-betul cemerlang untuk mengikuti kursus ini. Maklumlah nak jadi guru al quran dan kami bukanlah dari golongan yang berlatarbelakangkan sekolah agama. Kami datang dari pelbagai profesyen dan berbagai peringkat akademik. Jadi satu cabaran yang beratlah kiranya. Terutama nak menghafal surah-surah yang diwajibkan ke atas kami.

Semasa temuduga kami diminta membaca surah AlQamar sorang demi sorang. Surah nilah surah yang banyak huruf Ro'. Ada Ro' tebal dan nipis. Ramai antara kami yang kantoi bab ni. Lepas tu kami diminta memberikan hukum tajwid pada ayat-ayat yang kami baca tu secara spontan dari satu kalimah ke satu kalimah.

Masa tu rasa malu dah tak ada tapi menggigil dan gementar panik.

Kata imam besar tu lagi, kursus ni tough dan memerlukan semangat yang gental. Siapa rasa tak sanggup diminta menarik diri dari sekarang. Tapi saya rasa nak sahut cabaran ni. Saya akan cuba sebaik mungkin. Kebanyakan dari kami yang dipanggil termuduga tu juga adalah mengikuti kelas Bahasa Arab.

Semoga Allah terangkan hati kami untuk mencari ilmu ini dan semoga DIA meredhainya.

12 ulasan:

Ros Illiyyuun berkata...

Salam...
Semoga berjaya :)

Kunang-Kunang berkata...

W'salam Ros,

Amin, terima kasih atas doa Ros tu.

MrsNor berkata...

Salam Kak Hanim
Mula2 nak ucap tahniah sebab boleh melangkah sejauh itu..bukan calang2 org boleh dipanggil utk interview tu.

Kedua - sy doakan moga terpilih. Sahut cabaran insyallah dapat.

TJ berkata...

Kak Hanim..mestiii bolllehh punya...


TJ

Miecyber @ Sudu berkata...

Kak Ani Boleh !!!!

fzi berkata...

Salam kak ani...
Tahniah kak ani, tumpang hepi dengan berita kak ani dapat pegi temuduga ni. Saya doakan kak ani berjaya... besarnya pahala dapat ngajar ngaji, tauliah tu pulak diiktiraf dari pihak2 berkenaan...alhamdulillah kak an... :))

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumunsallam Mok Nik,

Ya Allah, terima kasih banyak2 sudi mendoakan supaya ianya dipermudahkan bagi kak ani.

Kunang-Kunang berkata...

Tuan TJ,

Terima kasih, kak hanim juga mengharapkan Allah berkenankan apa yang kak ani hajatkan tu.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumunsal Mie,

Terima kasih atas doa dan galakan.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumunsalam Fzi,

Terharu sungguh menerima doa dari kawan2.

Sebenarnya inilah hasil dari kebangkitan semuldari tumbang hari tu.

Kak ani juga sentiasa doakan semoga Allah tetapkan hati kita semua menuju jalan yang diredhaiNYA.

IKRAB family berkata...

Aamiiin. Apepun kita celebrate lepas ni...pekena teh tarik ye kak ;)
p.c.

Kunang-Kunang berkata...

InsyaAllah shima, kat mana. Teh tarik mahal ker tak tarik murah