Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Ahad, 10 Januari 2010

Nasihat Rasul Kepada Fatimah



"Aduh tak larat dah rasanya nak buat kerja-kerja rumah ni"

Itulah yang saya rasakan apabila penat membuat kerja-kerja rumah yang tak pernah kenal habis. Mungkin saya rasa terlalu penat melakukannya atas faktor usia. Bila keletihan macam ni, hati selalu memesan pada diri, Allah akan berikan kita ganjaran atas apa yang kita lakukan dalam rumahtangga kita. Janji kita ikhlas.

Betapa jauhnya diri kita jika dibandingkan dengan Putri Rasulullah yang terpaksa mengerjakan seluruh tugas rumahtangga yang sangat berat ketika itu tanpa pembantu.

Bermula dari kerja menggiling bahan makanan dan membuat adunan roti sehingga rambutnya terkena percikan-percikan tepung atau terkadang terkena debu. Beliau jugalah yang memproses dan memasak adunan roti tersebut. Ini terjadi kerana suaminya tidak mampu mengupah pembantu untuk membantu Fatimah dalam menyelesaikan urusan rumahtangganya.

Suatu hari Fatimah datang menemui Rasulullah S.A.W, dan Fatimah, mengadukan perihal dirinya yang penat dengan memerlihatkan jemarinya yang luka-luka.

Kemudian Rasulullah SAW bersabda kepada Fatimah dan Ali

"Bagaimana jika kuberitahukan kepada kalian berdua tentang sesuatu yang lebih baik daripada apa yang kalian pinta kepadaku? Ada beberapa kalimat yang diajarkan Jibril kepadaku, hendaklah kalian bertasbih kepada Allah di hujung setiap solat sebanyak sepuluh kali, bertahmid sepuluh kali dan bertakbir sepuluh kali. Jika kalian beranjak ke tempat tidur,bertasbihlah tiga puluh kali, bertahmidlah tiga puluh kali dan bertakbirlah tiga puluh kali.” [Ditakhrij Al-Bukhari, Muslim, At-Tirmidzi dan Abu Daud]

Kalimah-kalimah ini menjadi bekalan Ali dan Fatimah yang sentiasa mereka ucapkan sehingga akhir hayat mereka.

Saya pernah mendengar satu ceramah katanya kita ibu-ibu patut mengamalkan apa yang diajar oleh Rasulullah kepada Putrinya itu sebelum kita tidur. InsyaAllah pada paginya kita bila bangun dari tidur kita akan merasa bertenaga.

4 ulasan:

fzi berkata...

Salam kak ani...
Tahap kesihatan kita memang berjalan seiring ngan usia... saya pun dah mula rasa sakit2 sana-sini...wat kerja rumah pun cepat benar rasa penat....hehe... itu yang kena stand-by je madu Khaula kat dalam kabinet tuh...hehe

Tasbih, tahmid dan takbir tu memang elok kita amalkan membacanya selalu..thanx kak ani :)

IKRAB family berkata...

satu peringatan yg cukup bermanfaat kak.tq.
moga akak sekeluarga sentiasa sihat dan ceria.
p.c.

Kunang-Kunang berkata...

Salam Fzi,

Begitulah Fzi, macam orang kata nafsu ada tenaga tak ada. Niat tu nak buat macam untuk rumahtanggan tapi keupayaan tu berkurang.

Apa pun semoga Allah berkati apa yang kita buat untuk kebahagiaan rumahtangga kitakan Fzi.

Kunang-Kunang berkata...

Alhamdulillah shima, budak2 semua okey. Izati pun okey bersekolah, risau juga takut menangis sebab shima bukan tak tahu dia kalau dah star menangis, hujan ribut pun susah berenti.