Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Selasa, 26 Januari 2010

Takut Ke Mekah



"Aku takutlah nak buat umrah, nanti Allah jadikan sesuatu pada aku sebagai balasan pada dosa-dosa aku"

Alangkah ruginya bagi mereka yang befikiran begitu. Sedih tiap kali mendengar perkataan itu dari kawan-kawan. Bukankah Allah itu Maha Pengasih, Maha Penyayang serta Maha Pengampun (melainkan kita mesyirikkanNYA) kepada hamba-hambaNya seperti firmannya dalam Surah: Al-Imran, Ayat 135-136:

"Dan mereka yang bila berbuat kekejian atau zalim terhadap siri sendiri, langsung ingat kepada Allah lalu minta ampun dari dosa mereka, mengerti benar-benar bahawa tiada yang mengampunkan dosa kecuali Allah, dan tidak merahajalela dalam dosanya, sedang mereka mengetahui. Untuk mereka tersedia pengampunan Tuhan dan syurga yang mengalir dari bawahnya beberapa sungai, kekal mereka didalamnya, sebaik-baik pahala bagi yang beramal."

Rasa takut timbul hasil dari banyaknya mendengar atau membaca macam-macam cerita yang tidak menyenangkan terjadi kepada jemaah semasa berada di Mekah sama ada ketika mengerjakan umrah atau haji. Jadikanlah cerita-cerita itu sebagai iktibar.

Jadi laksanakanlah umrah atau haji kerana Allah Taala bila berkemampuan. Lapangkan dada dan ikhlaskan hati kita menuju ke tanah suci. Mohonlah keampunan dari Allah swt dan bertaubatlah sebagai persediaan sebelum berangkat. InsyaAllah kita akan dapat merasa betapa nikmatnya beribadat dan bersujud di depan Kaabah.

16 ulasan:

pak long berkata...

salam buat akak...
baca petikan tu....moga jadi panduan kiter nak gi haji...

INTAN RH berkata...

tak sabo nk gi Mekah, InshaAllah.

Pn Kartini berkata...

Salam my lovely KakHanim..
Masih teringat pesan teman..
"andai kita sememang ikhlas berhajat ke sana..InsyaAllah Tuhan akan mempermudahkan ia..."

:)

white rose berkata...

salam akak...
bru2 ni kwn seperjuangan sy telah pulang dri menunaikan haji bersama2 zaujahnya...bnyk pengalaman yg dia critakan kpd sy...bnyk yg dia nasihatkan...mmg btul, apa yg kita lakukan sebelum kita melangkah kesana Allah akan uji kita segala2nya...segala yg berlaku disana nti adalah berbekalkan amalan kita disini...baik disini, insya'Allah baik disana...

nk kesana kian terasa...bila mendgr khabar brita sahabat2 yg dpt pgi, hati ini sayup je...
mudah2an Allah permudahkan segalanya...amin...

a kl citizen berkata...

assalammualaikum

takut dengan bayang2 sendiri tu...
benar macam yang akak cakap, saya setuju benar

Kunang-Kunang berkata...

W'salam Pak long. Terima kasih cikgu sudi singgah blog akak ini.

Kunang-Kunang berkata...

InsyaAllah mudah-mudahan hajat Intan dimakhbulkan Allah secepat mungkin. Pegi masa muda2 ni lagi bagus, puas beramal sebab tenaga masih kuat.

Kunang-Kunang berkata...

W'salam sis tini,

InsyaAllah mudah-mudahan segalanya dipermudahkan. Itulah yang kita pinta selalu bila ke sana.

Kunang-Kunang berkata...

W'salam white rose,

Eloklah ke Mekah diwaktu sedang kuat ni, puas hati kita nak beribadat.

Mudah-mudahan cepatlah dapat jemputan dari Allah untuk menjadi tamuNYA tu.

Kunang-Kunang berkata...

W'salam cikgu normah,

Itulah, lain orang lain ujianNYA kan.

Faridrashidi.Com berkata...

Assalamualaikum,

Semoga sihat sejahtera, saya ingin mengajak anda membaca dan menyebarkan kebaikan. Silalah ke:

http://www.faridrashidi.com

Kunang-Kunang berkata...

Walaikumussalam farid,

Terima kasih sudi singgah.
InsyaAllah saya akan ke blog farid.

Miecyber @ Sudu berkata...

Berani Kerana Benar ,Takut kerana Bersalah,tapi takder orang kat dunia nie tak pernah buat salah.Yang sebaiknya bertaubatlah sebelum ke Tanah Suci Mekah kalau kita rasa takut sangat dengan kesalahan kita sebelum ini.Sekadar pandangan dari saya yang belum pernah pergi Mekah lagi nie huhuhuhuhu..

Kunang-Kunang berkata...

Mie, seronoknyer nampak mie singgah di blog kak ani ni. Begitulah hidup kita ni memang tak lepas dari berbuat salah sama ada sesama kita manusia apa lagi dengan Allah.

Bertaubat jalan terbaik. Mudah2an tak lama lagi mie akan jadi tetamu Allah yang dijemput ke Baitullah.

Miecyber @ Sudu berkata...

Aminnn...semuga doa Kak Ani tu Allah makbulkan.Thanks Kak Ani...:D

Kunang-Kunang berkata...

Sama-sama mie