Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Jumaat, 1 Januari 2010

Sudah Tahun 2010



Malam tadi saya di Pusat fisioterapi di Salam Medical Center. Macam biasalah buat terapi lutut. Semasa di sana ramai yang mengucapkan Selamat Tahun Baru. Ada yang kata tahun baru orang putih. Tak aperlah dah memang kelendar ini yang digunakanpakai.

Sekarang dah pukul 12.12 pagi, 1 Januari 2010. Di luar rumah masih kedengaran dentuman bunga api sempena menyambut tahun baru. Tak pasti tembakan bunga api tu dari mana. Mungkin dari Dataran Shah Alam.

Saya juga ingin mengucapkan selamat tahun baru pada kawan-kawan semua. Selamat tinggal 2009 dan selamat datang 2010. Semoga di tahun baru ini dimudahkan segala urusan kita. Seperti juga doa pada tahun baru hijrah semoga kita semua dikurniakan iman yang kukuh, kesihatan yang baik dan dimurahkan rezeki.

Kalau ikut ramalan sekejap lagi lebih kurang pukul 1 lebih dijangka berlaku gerhana bulan. Saya nak baca dalam akhbar saja esok

10 ulasan:

en_me berkata...

selamat tahun baru akak hanim ittewww.. salam dr me dikejauhannns.. muger2 kita akn terus jd rakan siber yg baik2 ghitewww

Pn Kartini berkata...

Salam my lovely sis :)

Selamat Tahun 2010..
Semoga 2010 menjanjikan sesuatu yg terbaik buat akak sekeluarga..
Semoga dianugerahkn kesihatan yg baik..dimurahkn rezeki..:)

Kunang-Kunang berkata...

Begitulah hendaknya en_me.

Setahun lagi nampaknya usia berkurang.

Kunang-Kunang berkata...

Terima kasih sis tini.

Begitu juga harapan saya kepada sis tini sekeluarga semoga sentiasa dirahmatiNYA>

INTAN RH berkata...

Selamat tahun baru kak ani, moga terus tabah dgn segala cabaran.

ps: malam tahun baru tu, sempat gak tgk bunga api kat Sunway.. :)

syahbandar87 berkata...

slmt menyambut tahun baru kak..muga pnjng umo n sihat sentiasa
:)

fzi berkata...

Salam tahun 2010 kak ani... moga kita sentiasa sihat untuk lakukan usaha yang berterusan...aminn

Kunang-Kunang berkata...

Salam intan, maaflah baru ni akak jawab ucap selamat intan. Akak balik ke terengganu, baru semalam balik ke sini.

Di dungun badan tak berapa sihat, jadi tak kemana-mana sangat.

Selamat tahun baru juga untuk intan sekeluarga.

Kunang-Kunang berkata...

Terima kasih shah. Selamat tahun baru juga untuk shah dan keluarga. Semoga sejahtera selalu.

Kunang-Kunang berkata...

W'salam Fzi, sama-sama kita berdoa yer semoga segalanya baik di tahun 2010 ni.

Terima kasih Fzi