Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Khamis, 21 Januari 2010

Shisss !!! Jangan Makan Kobis Bulat



Orang tua-tua selalu pesan supaya kita makan ulam-ulaman. Bagus kata mereka. Makan ulam bagus untuk kesihatan badan. Terutama kalau ulam-ulaman yang boleh dimakan mentah. Sayur-sayuran atau ulam-ulaman yang sering dimakan mentah termasuklah kobis.

Kobis kalau dijelur dan dicicah dengan kicap atau sambal belacan, wah bestnya. Berselera makan. Kobis juga salah salah sayur wajib di letak dalam burger selain timun. Mungkin sebab harganya murah dari daun salad dan tahan disimpan.

"Rumah saya mesti ada simpan kobis", kata adik ipar saya.

"Betul, balas saya sebab kobis ni sayur masa emergency",

Kenapa saya kata sayur masa emergency, sebab kalau tiba-tiba orang datang kerumah, kita goreng sayur kobis dah dapat satu hidangan. Begitu juga kalau tiba-tiba terasa nak goreng bihun di pagi hari sebagai sarapan pagi, paling tidak pun sayur kobis dah ada.



Tapi baru-baru ketika kami sedang makan disatu kenduri, salah seorang dari jiran saya berbisik sesama kami "kobis bulat ni tak elok kita orang perempuan makan", katanya sambil senyum-senyum penuh makna.

Wah apa lagi, kami semua terhenti makan, serentak bertanya "kenapa",

"Kobis ni sejuk tak elok, lagi pun boleh menyebabkan keputihan, nanti cik abang lari", balas jiran tu sambil terus senyum. Geli hati benar dia.

Itulah kisah kobis bulat ni rupanya.

Memanglah keputihan sangat ditakuti oleh semua wanita. Banyak kemudharatannya. Boleh menyebabkan kegatalan dan lain-lain penyakit yang berkaitan.

Memandangkan kobis adalah makanan yang dihalalkan Allah saya rasa cara terbaik ialah bersederhana dalam segala hal termasuk makan kobis. Semoga tubuh badan yg dikurnia oleh Allah sihat senantiasa dan kita tak perlu buang kobis dari menu makanan kita.

9 ulasan:

fzi berkata...

Salam di pagi Jumaat kak ani...
Betul tu kak ani...jangan la sampai dibuang terus kobis tu dari menu kita.

Saya pun ada dengar khabar negatif pasal kobis ni. Wallahu'alam betul tidaknya...cuma saya lepas dengar tu, kurangkan la sikit kekerapan beli kobis. Emak jiran sebelah umah syorkan supaya banyak makan carrot, tomato dan sayur2 hijau kak ani... elok untuk mata dan kulit kita katanya...

Kita ambik mana yang rasa baik..kan kak ani... kena ikhtiar jaga nikmat kesihatan yang Allah beri ini...Alhamdulillah..

Tanpa Nama berkata...

:).
saya memang tak berapa suka kobis, lebih suka carrot.Kwn mat saleh saya ni ckp `eat cabbage, Shim, it's good for you'.Dia nengok saya bagi kat dia je bila makan sup sayur. Lain budaya, lain pahamannya kut.
p.c.

juliadam berkata...

assalamualaikom kak ani,
akak sihat ke?harapnya gitulah yea.
lamanya tak mencoret kat blog akak.hehhehe
tina memang biasa dengar petua nih, kobis memang sejuk dan berangin. so , kalau sakit belakang atau sakit sendi , orang tua2 tak galakkan kita memakannya.
tapi tina makan jugak la sebab masak lemak atau cicah mentah dgn sambal belacan, sedapnya...

btw, ulam2 yang elok dimakan, pucuk betik, pucuk mengkudu, kaduk dan byk lagi. sebenarnya kita banyak pilihan bergantung kepada kita aje..

Kunang-Kunang berkata...

W'salam Fzi,

Hari Jumaat yang berkat. Hari raya mingguan kata orang.

Yelahkan mana yang baik tu kita ikutlah. Tak rugi apa-apa. Mungkin disamping negatif ada juga positifnyakan. Kobis ni sebenarnya mengandungi protin yang tinggi, mengikut apa yang diketahui jika protin tinggi boleh juga menyebabkan gout.

Kunang-Kunang berkata...

Salam shima, mungkin juga pantang larang ni mengikut bangsa masing-masingkan.

Contohnya makanan yang diperbuat daripada kacang soya seperti tauhu, taufu fa, tempeh ada setengah orang kata tidak bagus untuk wanita kerana itu menyebabkan keputihan yang banyak. Tapi kalau kita dengar orang-orang moden pulak kata, makanan dari kacang soya sangat bagus terutama untuk perempuan yang akan menjelang 'menopause' atau yang dah 'menopause'. Ia boleh mengelakkan kita mengalami kesan-kesan negatif yang sepatutnya dialami oleh orang-orang pada peringkat usia berkenaan.

Yang ini akak ikut dan nampaknya Alhamdulillah.

Kunang-Kunang berkata...

W'salam tina, apa khabar, lama sungguh kita tak jumpa. Tiap kali melintasi Bukit Jelutung untuk ke rumah anak di Puncak Alam mesti jeling rumah tina. Rindu.

Alhamdulillah tina akak sihat selain kaki ni jerlah belum berapa stabil nampaknya, kejap sakit, kejap okey. Tak aper akak sabar jerlah dengan ujian Allah ni.

Pucuk betik memang bagus. Pucuk mengkudu, rumah akak banyak, datanglah kalau teringin, daunnya sedap tak pahit.

Salam untuk anak-anak tina.

white rose berkata...

salam kak ani...

dh tau, tpi lupe...sy bru tringat, ade bibik yg keje kt umah kakak sy bgtau pasal kobis ni...mmg xelok org perempuan mkn, kt indonesia mmg org perempuan xamalkan mkn kobis nih...


psssttt...ptutlaa trasa kegatalan, tringat bru mkn kobis bru2 nih...ei...

Kunang-Kunang berkata...

W'salam white rose,

Kalau kita makan diluar seperti mee goreng, bihun goreng atau nasi goreng selalunya kita tak boleh elak makan kobis.

Pernah dengar tak yang daun kobis ni banyak membantu orang yang bengkak neneng kerana anak tak nak menyusu, kalau kita tampalkan dengan daun kobis, InsyaAllah bengkak itu akan beransur hilang dan sakit pun kurang.

Nur Misnan berkata...

Memang benar kata kakak tuh.. Tak bagus utk kita cik perempuan yg sudah berumahtangga.. Bgitu juga tidak elok utk sisuami kerana kobis sejuk dan mudah sakit lutut..