Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Rabu, 20 Januari 2010

Malu?? Sorok Bila Sakit



"Tak payah, tak payah datang, tak payah susah-susah, I tak apa-apa"

Kata Imah (bukan nama sebenar) sambil memusingkan mukanya mengadap dinding enggan melihat saya dan suami yang menziarahnya di hospital.

"Tak derlah menyusahkan, kitakan kawan, dengar awak sakit, kami datanglah ziarah"

Jawab saya ikhlas sambil meletakkan bakul buah-buahan di atas meja kecil bersebelahan katilnya. Tapi kawan saya ni beria-ria tak nak memandangkan kami walaupun saya dah menghulurkan tangan untuk bersalam dengannya. Sedihnya hati, kenapa begitu. Bukankah selama ini dia begitu peramah dan baik dengan kami sekeluarga?

Suami saya mencuit saya sambil memberi isyarat ajak saya keluar dari bilik tu. Saya hairan dan rasa ralat sebab kawan saya tu langsung tak memandang kami bila kami minta diri untuk pulang.

Semenjak peristiwa itu menjadikan saya rasa takut dan bimbang untuk menziarah kawan-kawan apabila mendengar mereka sakit sama ada di hospital atau di rumah. Ia mengajar saya bahawa tak semua orang suka diziarahi bila mereka sakit atas berbagai alasan yang mereka sendiri saja yang tahu. Maklumlah masa sakit, muka tak bermake-up, pakai unifom hospital. Jadi mereka tak mahu kita tengok rupa mereka yang tak secantik ketika mereka sihat.

Saya tak faham, kenapa mesti malu sedangkan kesakitan yang diturunkan Allah itu adalah hikmah pemberian Allah untuk menebus dosa-dosa kita dan semoga kita diberikan Allah pahala­nya.

Rasulullah SAW sendiri mengalakkan kita menziarah orang sakit sebagaimana bersabda Baginda:

“Kalau seseorang Muslim mengunjungi saudaranya sesama Muslim, (seolah-olah) ia berjalan di taman Jannah ( syurga), hingga ia duduk. Bila ia duduk, rahmat Allah akan menaungi dirinya. Di pagi harinya, akan ada tujuh puluh ribu malaikat yang mendoakan dirinya, hingga petang hari. Di petang hari, akan ada tujuh puluh ribu malaikat yang mendoakannya, hingga pagi hari.”

Diriwayatkan oleh At-Tarmizi, Ibnu Hibban dan Ahmad. Lihat Sahih Ibnu Majah I/244 dan Sahih Tarmizi I/286 dan dinyatakan Sahih juga oleh Ahmad Syakir.

Dengan kunjungan kawan-kawan dan sahabat handai kita tu mudah-mudahan turut mendoakan semoga kita segera sembuh. Islam sendiri pun ada adat-adat menziarah orang sakit disamping disuruh membaca doa-doa di mana antaranya:



Tidak mengapa, semoga penyakit ini membersihkan dosamu, insyaAllah.




Aku memohon kepada Allah Yang Maha Agung, Tuhan Arasy yang agung, supaya menyembuhkan engkau.


(Tiada seorang muslim yang menziarahi orang sakit yang belum sampai ajalnya, kemudian membaca doa ini tujuh kali nescaya disembuhkan penyakitnya itu." At-Tarmizi & Abu Daud.)

Jadi rasanya ada untungnya bila kita sakit kita dikunjungi saudara mara, kawan-kawan dan sahabat handai. Semoga dengan kehadiran mereka ia akan membahagiakan kita di samping itu kita juga boleh merenung kembali tentang ibadat dan amalan-amalan sholeh yang pernah kita dilaku­kan. Ini juga boleh mendo­rong kita menguatkan husnuzzon (baik sangka) kepada Allah SWT. dengan mem­perbanyak zikir kepadaNYA.

12 ulasan:

Sifu Mirza berkata...

salam kak,

ada dunia di situ..

satu; dunia kawan tu yang penuh dengan keresahan.

dua; dunia kak & suami yang menjalankan sunnah menziarahi rakan yang ditimpa sakit.

memang adat pengikut sunnah, yang sukar diterima oleh ramai..

biarkan..
doakan..
mudah-mudahan...rakan kita beroleh rahmat dan kemudahan.

jgn gusar utk meneruskan usaha dakwah hingga akhir hayat..

kita hanya dilontarkan 'palingan muka yang masam'... sedangan Penghulu kita di lontar batu dan najis, panahan serta tikaman dalam perjuangan.

:-)

um. masyitah berkata...

Salam Kak Ani
Alhamdulillah akak seorang yang prihatin. Jika saya di tempat kawan akak, saya bersyukur sangat. Terasa diri diingati lagi meski keadaan tak sihat.

Cikgu saya dahulu mengajak saya menziarahi kawan-akawan atau ibubapa akwan-kawan saya yang sakit. didikan cikgu saya itu saya ingati sampai bila-bla..kerna menziarahi org sakit dituntut Islam
p/s saya terkesan dgn ulasan Sifu Mirza

Kunang-Kunang berkata...

W'salam sifu,

Mungkin orang dibandar berbeza dengan orang kampong (kampong saya).

Orang kampong macam saya ni suka sangat kalau orang datang menjengok kita bila kita sakit dan kita akan rasa bersalah kalau tidak menjengok sahabat dan saudara mara yang sakit.

Kunang-Kunang berkata...

W'salam sis ummu,

Memang diluar jangkaan bila kita berhadapan dengan keadaan begini.

Memang dari kecil pun kita dah diasuh dengan cara melihat mak dan ayah kita selalu meziarah saudara mara dan sahabat handai bila tahu mereka sakit, apa lagi kalau masuk hospital.

Saya masih ingin masa kecik2 dulu, mak akan masa kuih dan hantar kerumah orang yang sakit dengan harapan kuih tu boleh membuka selera orang sakit yang mungkin tidak ada selere makan.

Berbeza sungguh.

white rose berkata...

salam kak ani...
kalo sy sakit, kak ani nk dtg tgk x???
~hehehe...

a kl citizen berkata...

assalammualaikum kak

manusia berbeza perangainya,
kalau saya sakit, datanglah ziarah dan mendoakan

Kunang-Kunang berkata...

W'salam white rose,

Kalau tahu di mana white berada InsyaAllah.

Semoga white rose sentiasa sihat.

Kunang-Kunang berkata...

a kl citizen,

W'salam. InsyaAllah. Kalau tak dapat didoa dari dekat dari jauh pun tetap mendoakan semoga cikgu sentiasa sihat.

Tanpa Nama berkata...

angguk2 apa Sifu Mirza tulis tu.
Memang kadang kala apa yg kita tafsirkan dan paham berbeza dgn org lain. Namun kalau itu suatu amal yg baik, teruskan kak.Utk org seperti itu, usah diganggu.Dia mesti ada sebabnya yg tersendiri.
p.c.

Kunang-Kunang berkata...

Memahami satu lagi sikap manusia yang selama ini tidak kita sangka.

fzi berkata...

Salam kak ani...
Karenah manusia memang tidak dapat dijangka...apa2 pun kita kena cuba memahami situasi...mungkin beliau bermasalah masa tu...berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul, kan kak ani...

Kunang-Kunang berkata...

Memang tak baik kita berburuk sangka.

Selalu juga ingatkan diri supaya tidak bertindak balas akan terhadap perangai yang tidak menyenangkan seseorang supaya kita tidak jadi seperti orang berkenaan.

Jadikan dia sebagai sempadan supaya kita tidak lakukan pada orang lain.