Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Khamis, 28 Januari 2010

Sebuah Nyanyian



Malam tadi ketika tiba di rumah Zulaikha, anak saya yang sulung, Eresya cucu saya yang kedua berusia 3 tahun lebih beria-ria berdiri tegak di depan saya dan tokbahnya sambil berkata

"Nekma tengok ni"



Dia mula menggoyang-goyangkan badannya sambil menyanyi

"Anak-anak nabi ada 7 orang

3 laki-laki (sambil menunjukkan 3 jari ditangan kanannya kepada saya)

4 perempuan (dengan gaya yang sama menunjukkan 4 jari ditangan kirinya)

Qasim
...lllah
....Is
Siti Fatimah
Siti Rothiah
Siti Zaina
dan Ummi Kalthum


Saya cuba amat-amati nama-nama yang disebutkan dalam lirik pelatnya. Dua tiga nama saja yang jelas.

"nekma tak faham" kata saya.

Dia terus menyanyi lagi supaya saya faham. Akhirnya saya angguk-anggukkan kepala konon-konon saya faham. Kesian pulak tengok dia dok menyanyi dari nada perlahan sehingga sekuat-kuatnya untuk saya faham.

Sejak dia mula masuk tadika ni dah 2 tiga lagu diperdengarkan kepada saya setiap kali saya ke rumah dia atau dia datang ke rumah saya.



Bila mendengar lagu anak-anak nabi ni kadang-kadang saya rasa malu. Saya sendiri tidak berapa arif nama anak-anak Rasulullah SAW melainkan yang selalu disebut-sebut seperti Siti Fatimah. Siti Fatimah selalu diingat kerana banyak kisah Siti Fatimah dengan Nabi kita SAW diceritakan.

Nabi Muhammad SAW mempunyai 7 orang anak. 6 orang anak baginda hasil perkahwinan dengan Siti Khadijah iaitu 2 orang putera dan 4 orang puteri. Beliau mempunyai seorang lagi putera dengan isterinya yang bernama Mariah Qibtiah.

Putera Baginda dengan Siti Khadijah ialah:

Abdullah bin Muhammad, meninggal ketika masih kecil
Qasim bin Muhammad, juga meninggal ketika masih kecil

Manakala Ibrahim bin Muhammad ialah Putra Baginda dari perkahwinannya dengan Mariah Qibtiah. Ibrahim hanya hidup selama 18 bulan.

Ketika Ibrahim menghembuskan nafas yang terakhir Nabi menyaksikannya sambil menitiskan air mata. Beginda berkata “mata boleh menitiskan air, hati boleh bersedih, tapi kita tidak boleh mengucapkan kalimat yang tidak diridai Allah”.

Ketiga-tiga anak lelaki Baginda meninggal dunia ketika masih kecil lagi. Tujuan Allah SWT berbuat begini badalah kerana Nabi Muhammad adalah Nabi dan Rasul yang terakhir diutuskan Allah diatas muka bumi ini sesudah Nabi Isa. Nabi Muhammad SAW adalah Nabi dan Rasul bagi seluruh umat alam buana dan semesta sehinggalah ke Hari kiamat.

Baginda mempunya 4 orang puteri hasil perkahwinan Baginda dengan Siti Khadijah iaitu

Zainab binti Muhammad

Putri sulung Rasulullah yang dipersunting oleh Abul Ash bin Rabi’.

Beliau memeluk agama Islam dan ikut berhijrah ke Madinah, sementara suaminya bertahan dalam agamanya di Mekah sehingga dia tertawan dalam perang Badar. Di saat itu, Rasulullah SAW meminta kepada Abul Ash supaya menceraikan Zainab. Lalu diceraikannya. Setelah Abul Ash masuk Islam, Rasulullah SAW. mengawinkan mereka kembali.


Ruqaiah binti Muhammad

Putri Rasulullah SAW. dari Khadijah yang dipersunting oleh Utbah bin Abu Lahab sewaktu Jahiliah. Setelah munculnya Islam dan turunnya ayat yang berarti “Celakalah kedua tangan Abu Lahab dan dia juga akan celaka” (S. Al-Masad ayat 1)dia langsung dicerai oleh suaminya atas perintah Abu Lahab.

Ruqaiah memeluk Islam bersama ibunya. Kemudian dia dinikahi oleh Usman bin Affan dan ikut bersama suaminya berhijrah ke Abessina (Habasyah ). Kemudian mereka kembali dan menetap di Madinah seterusnya meninggal di kota itu.


Ummi Kultsum binti Muhammad

Putri Rasulullah dari Khadijah yang dipersunting oleh Utaibah bin Abu Lahab pada masa Jahiliah. Setelah turunnya ayat yang ertinya: “Binasalah kedua tangan Abu Lahab dan sesungguhnya dia juga akan binasa.” (S. Al-Masad ayat 1) ia dicerai oleh Utaibah atas perintah Abu Lahab.

Setelah kakaknya Ruqaiyah, isteri pertama Usman meninggal dunia, Ummi Kultsum dinikahi oleh Usman bin Affan. Dia ikut berhijrah ke Madinah.


Fatimah binti Muhammad

Putri bungsu Rasulullah SAW dari Khadijah yang paling disayangi oleh Rasulullah SAW. Beliau tergolong wanita Quraisy yang genius dan pintar bicara.

Beliau telah menikah dengan Ali bin Abu Thalib. Dari perkawinan ini lahirlah Hasan, Husain, Ummi Kultsum dan Zainab. Siti Fatimah meninggal dunia 6 bulan setelah wafatnya Rasulullah SAW.

8 ulasan:

fzi berkata...

Salam kak ani...
Suka tengok gaya cucu kak ani tu... :)
Sebut pasal Sirah Rasulallah ni saya nak rekemen satu buku yang best sangat kak ani...mengalir air mata bila baca kisah2 yang terkandung di dalamnya. Judul bukunya "Rumahtangga Nabi Muhammad s.a.w oleh H.M.H.Al Hamid Al Husaini terbitan Pustaka Nasional S'pore.
Macam saya kak ani, liat sikit nak ambik baca kitab2 Sirah yang tebal2 tu. Jadi bila dapat baca Sirah Nabi saw melalui buku ni, kira syukur sangat... :)

Kunang-Kunang berkata...

W'salam Fzi,

Terima kasih rekomenkan buku tu, InsyaAllah saya akan cuba carikan.

white rose berkata...

Salam kak ani...
wah...kak ani leh jdi ustzah nih...hehe...

ni lah tajuk penting dlm pembelajaran pend.islam disek...SIRAH RASULULLLAH...
dlm buku teks, hnya isi2 penting sahaja ditulis supaya murid mudah mngingatinya...

lagu digunakan sebagai menarik minat murid untuk mengafalnya...
kalau nk tau, lagu ni dikirakan sy laa org pertama yg membawa nadanya...kemudian sy membentangkan nada ni semasa kursus2 pend.islam dlm negri perak...

bgus buat guru2 tuk meningkatkan minat murid...

IKRAB family berkata...

lagu2 ni mmg sesuai jadi medium sampaikan info dan ilmu.kita pun boleh cepat ingat.
cute rasa budak2 kalau nyanyi nasyid ni :).moga jadi anak yang solehah.Amiin.
p.c.

Kunang-Kunang berkata...

Wah baguslah white rose.

Bertuah kak ani dapat mengenai orang yang pertama membawa nada ni.

Akak pun setuju, cara nyanyi2 ni satu cara untuk menjadikan murid2 mudah ingat satu-satu benda.

Kunang-Kunang berkata...

Thank you mendoakan eresya.

white rose berkata...

kak ani leh ajar jugak dgn nada yg sama mengenai jenis2 air mutlak...

nyanyi ikut nada anak2 nabi tu ye...ni liriknya...

air- air mutlak
ada 8 jenis...
yang pertama air sungai...

yang kedua air laut,
yang ketiga air hujan...

yang keempat air mata air,
yang kelima air salji...

yang keenam air embun...
yang ketujuh air paip...

yang kelapan air perigi...
itulah dia 8 jenis air...

nyanyi kak ani...hehehe

ppsssttt...tgh rajin menaip komen nih...kihkihkih...

Kunang-Kunang berkata...

He he terima kasih, terima kasih ustazah.

Seronok yer dengan budak-budak ni.