Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Isnin, 18 Januari 2010

Rendang Ayam Pencen/Nasi Dagang


Ayam pencen masak rendang


Pernah tak makan ayam pencen. Di masak apa-apa cara jerlah. Sabtu minggu lepas saya ke Pasar Tani di Seksyen 17 Shah Alam. Kebetulan ternampak ada orang menjual ayam pencen yang dah di layur dan di lumur dengan garam kunyit. Teringin sangat, lalu saya beli, harga RM9.00 seekor. Di Shah Alam ni segala benda mahal sikit. Ada orang beritahu di tempat lain RM6.00 atau boleh dapat RM5.00 saja seekor

Ayam ni saya tak masak minggu lepas sebab tak semua anak-anak ada di rumah. Tapi saya rasa, ayam pencen ni tak boleh dimasak selalu, gas mahal. Memasaknya memakan masa paling cepat 3 jam. Bagi sayalah tu.

Macam-macam orang beritahu petua nak lembutkan ayam pencen ni. Antaranya perapkan dengan halia yang dah diblen, perapkan dengan nenas dan yang paling seronoknya, masakkan sekali ayam ni dengan tempurung kelapa. Saya dah cuba semua cara ini. Saya tak tahulah membantu atau tidak, tapi kesimpulannya saya masih masak berjam-jam.

Dulu saya tak pernah teringin nak beli ayam pencen ni sebab setahu saya dagingnya keras. Tapi berubah pendirian bila seorang kawan beri saya rasa masakannya. Kawan saya masak lemak cili api. Dia berasal dari Negeri Sembilan. Cara kawan saya lembutkan ayam tu ialah dia merebus ayam tu dengan air kelapa terlebih dahulu sehingga air kelapa tu kering, baru dia masukkan bahan-bahan gulai dan santan. Saya rasa sedap sungguh, sebab air kelapa tu manis. Semenjak tu saya suka ayam pencen ni, tapi saya berani buat rendang sahaja.



Pagi Ahad semalam kami bersarapan dengan menu di atas. Mee goreng, keropok lekor goreng, ketupat daun palas goreng, pelik kan dan rendang. Keropok lekor ni sepupu saya dari Terengganu yang bawa bila dia datang ke rumah hari Jumaat baru-baru ni. Cucu saya yang berusia 4 tahun tanya

"Nekma hari ni Hari Raya Ker kita makan ketupat dengan rendang".

Sambil peluk dia saya beritahu dia, saya kata

"kita orang terengganu makan ketupat tak nanti raya. Bila-bila masa saja. Begitu juga dengan nasi minyak, kita makan nasi minyak sebagai sarapan pagi atau hidangan hari raya. Tak payah tunggu orang kawin."

Ahad tu juga, lebih kurang jam 10 pagi saya terima call dari adik ipar dari Bukit Mertajam. Katanya dia dah ada di rumah kakaknya di Taman Manjalara, KL . Dia sekeluarga nak datang ke rumah. Fikiran saya mula ligat berfikir, apa nak hidang makan tengahari untuk mereka. Akhirnya saya masak nasi dagang memandangkan semua barang-barang keperluan untuk memasaknya dah ada. Saya tahu mereka suka makan nasi dagang.



Inilah nasi dagang saya. Rendang ayam pencen masih ada, jadi hidang sekali. Bila saya beritahu adik ipar saya yang rendang tu rendang ayam pencen, dia kata

"Eh sedapnya, ayam pencen pun ada guna, takkan kita manusia ni bila dah pencen, tak berguna lagi".

Dalam maksudny tu. Kami gelak jerlah. Mereka bergerak pulang ke Bukit Mertajam lebih kurang jam 2.30 petang.

12 ulasan:

en_me berkata...

guna kannns.. ekeke

endiem berkata...

biasa nasik dagang lawan dengan ikan aya. tapi kalau dengan ayam lagi sedap kot.

INTAN RH berkata...

Kak, ayam pencen klu tak mbuh empuk, buh apa?

menyelerakan :)

Kunang-Kunang berkata...

En_me, kena pelbagai

Kunang-Kunang berkata...

Salam endiem,

Memang kak hanim pun masak gulai ikan aya juga. Gulai cara nasi daging, ikannya mesti direbus dulu sehingga sebati dengan asam garamnya. Baru masuk dalam kuah.

Kunang-Kunang berkata...

Intan, kak ani buat macam yang akak tulis dalam n3 nilah.

fzi berkata...

Salam kak ani...
amboi, sedapnya masakan kak ani...betullah soalan cucu kak ani tu...memang rasa suasana raya kalu makan hidangan camni...heheh
Kak ani, paknor (neighbour saya sebelah umah) pun bagi petua yang sama kak ani, suh rebus ayam pencen tu dengan air kelapa...hasilnya ayam cepat empuk dan rasa masakan kita tambah enak... :))

Kunang-Kunang berkata...

Betul tu Fzi, masalahnya nak dapatkan air kelapa tu yang susah. Segan pulak nak mintak dengan orang yang parut kelapa di Pasar Tani tu.

Minta satu tempurung pun buat selamba jer, tapi sebab dah beli sayur-sayuran tempat dia, mungkin tak kisahlan.

Tanpa Nama berkata...

amboi sedapnya menu kak Ani. Rindu la nasi dagang kak ani ;)
ayam pencen ni, ada orang bagi petua guna batang betik sebab maybe getah dlm batang betik yg keluar nanti ada bhn bleh lembutkan.tapi batang betik tu kena le basuh dulu buang getah kat luar tu.

kalau cara modern, rebus guna pressure cooker...itu tulang lembu pun rapuh hehehe.
p.c.

white rose berkata...

salam ziarah kak ani...

sy penah makan ayam pencen, mak masak kari ayam...sedap, tp lama jugak memasaknya...

wah, sedap sungguh nasi dagang tuh...sy suke makan nasi dagang laaa...ahai...leh hantar ke umah sy x???

keh,keh,keh...

Kunang-Kunang berkata...

Salam shima, tulah setiap kali masak nasi dagang teringat, nak hantar jauh. Bila kita nak berkumpul lagi yer.

Kita orang melayu banyak petua yer shima, ada juga tentang guna batang betik ni, tapi kita kat bandar ni payahlah shima.

Kunang-Kunang berkata...

Terima kasih white sudi singgah blog akak ni.

Nasi dagang ni kalau lawan lauk aper pun boleh, tapi pada akak lauk gulai ikan tongkollah yang sedap.