Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Jumaat, 22 Januari 2010

Rahsia Pemakanan Genius Islam



Formula pemakanan genius-genius Islam silam yang menjadi rahsia keajaiban daya intelek mereka. Formula ini terpendam di dalam kitab-kitab tradisional dalam bahasa Arab. Tersembunyi dari pengetahuan orang Arab dan umat Islam sendiri.

Penemuan saintifik juga membuktikan kebenarannya, khususnya terhadap susu, madu dan telur. Berikut adalah formula pemakanan genius - genius Islam yang telah terbukti berupaya meningkatkan kepintaran dan kekuatan daya ingatan.

MADU



Madu sangat berkhasiat. Al-Quran mengiktirafkannya sebagai “shifa’” iaitu penyembuh penyakit. Manisan madu digelar “Raja Ubat”, dapat menyembuh kebanyakkan penyakit. Ia adalah makanan untuk kesihatan keseluruhannya. Ia mengandungi pelbagai jenis vitamin, mineral, protein, antiseptik dan enzim yang meningkatkan ingatan dan kecerdasan mental individu. Madu juga mengandungi pelbagai zat galian yang penting.

Rasullullah s.a.w bersabda, “Siapa ingin hafal, hendaklah ia minum manisan madu”. Madu didapati berkesan untuk merawati penyakit - penyakit mental di mana ia boleh menghindarkan kepenatan kerja otak seperti berfikir, membaca, merancang dan bermesyuarat.

CARA MINUM : 2 sudu teh pada waktu pagi dan malam.
PANTANG : Jangan makan tembikai semasa menggunakan madu. Sangat merbahaya !

KISMIS



Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak. Kekurangan oksigen menyebabkan seseorang mudah mengantuk, pelupa, lembab dan mengalami kelemahan dalam berfikir.

CARA MAKAN :

Menghadap Kiblat
Baca “Bismillah” dan selawat ke atas nabi (3 kali)
Baca doa penerang hati
Makan secara kemam seperti makan gula-gula. Tidak berkesan jika
dikunyah seperti makan kacang.
Makan sebiji-biji sebanyak 21 biji setiap hari.

SUSU



Susu berguna untk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan, membekalkan tenaga mental dan fizikal. Susu mengandungi tiga unsur semulajadi iaitu keju, lemak dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan dan otak. Susu adalah makanan yang paling lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi enam kelas makanan yang amat diperlukan oleh tubuh iaitu karbohidrat, lemak, protein, semua jenis vitamin, mineral dan air

Rasullullah s.a.w menerangkan susu boleh menguatkan belakang, menambahi akal, memperbaiki penglihatan dan menghindari penyakit lupa."

CARA MINUM :

Sekurang-kurangnya segelas pada sebelah pagi dan malam
Baca “Bismillah” dan doa.

TELUR



Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga kesihatan keseluruhannya. Ahli - ahli kesihatan mengakui ia merupakan makanan yang lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi protein, mineral, vitamin, kalsium, kuprum, magnesium, fosforus, kalium, sulfur, natrium, klorin, zat besi, air, choline dan bahan ekstraktif.

Sabda Nabi s.a.w, “Sesungguhnya seorang nabi a.s mengadu kepada Allah (kerana dia) lemah badan. Maka Allah s.w.t memerintahkannya supaya memakan telur”.

Telur terutama telur kuning, berupaya mengatasi masalah kelemahan tenaga fizikal dan minda sekaligus. Telur yang terbaik ialah telur ayam kampung dan yang masih baru.

HALIA



Ianya sangat mujarab untuk gejala kelupaan. Ia boleh dimakan mentah atau dibuat halua. Halua ialah halia yang dijadikan manis - manisan dengan merebus dan mencampurkannya dengan gula.

CARA MAKAN : Dimakan sedikit sahaja pada waktu pagi.

LIMAU OREN



Berkhasiat untuk mengemaskan urat-urat jantung dan menambah kekuatan fikiran.

Menurut hadis Nabi s.a.w. Limau.

limau jenis lain juga elok untuk diamalkan.

BUAH DELIMA



Untuk penerang hati.

Sabda Nabi s.a.w, “Barangsiapa yang memakan buah delima keseluruhannya, sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40 hari.”

DAGING BURUNG MERPATI



Ianya banyak digunakan oleh bijak pandai Islam dan Melayu dahulukala. Ia mengandungi protein, lemak, kalsium, fosforus dan kalori. Sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutama kanak - kanak. Kaedah ini sangat popular dan berkesan. Kanak - kanak yang diberi telur burung merpati didapati dapat bercakap lebih awal dari kebiasaannya.

OTAK AYAM


Boleh dibuat sup dan dicampur dengan halia. Otak ayam yang segar juga boleh dibuat penawar sementara bagi gigitan ular. Perlu diamalkan memakannya.

(Maaf saya tak tahu bahan ni)

DAGING AYAM




Berbanding dengan semua jenis daging, ayam dianggap mengandungi kadar zat pemakanan yang paling tinggi. Daging ayam betina dara terutamanya berkhasiat meningkatkan prestasi otak dan membaiki darah.

Abu Musa r.a meriawayatkan bahawa Nabi s.a.w memakan daging ayam betina.

DAGING BIRI-BIRI



Menambah darah, sesuai untuk orang aktif dan bekerja berat serta dapat meningkatkan kekuatan hafazan.

HATI



Terutamanya hati ayam dan lembu. Mengandungi pelbagai jenis vitamin dan bermanfaat untuk kesihatan mental dan fizikal.

KEKACANG



Beberapa jenis kekacang seperti gajus, berangan, kacang soya, pistachio dan lain-lain. Kacang pistachio dipercayai sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutamanya kanak-kanak. Kekacang mengandungi nilai protein yang tinggi.

BUAH BADAM



Untuk meningkatkan kecerdasan.

ZA’FARAN : KOMKOMA (CROCOS SATIVUS)



Sejenis bahan berambu merah. Dimakan sedikit sahaja. Dijual di kedai-kedai runcit India dan sesetengah kedai runcit Melayu.

KEMENYAN PUTIH (kemenyan serani/luban/kundar)

Ditumbuk halus-halus dan dimakan dengan gula.

(Maaf saya tak tahu bahan ni)

BUNGA KOBIS



Terdapat sejenis asid amino untuk tenaga mental.

BUNGA CENGKEH




Ditumbuk sehingga halus lalu diamakn sedikit sahaja.

LABU



Berfaedah menambahkan keupayaan fikiran dan akal.

Sabda Nabi s.a.w., “Makanlah labu kerana ia mencerdaskan akal”. Baginda juga berkata, “Jika kamu membuat sup (atau kuah), dianjurkan memasukkan labu ke dalamnya kerana ia menambahkan kemampuan fikiran dan akal."

BUAH KEDEKAI (MAJALAWI)


Menguatkan hafalan dan menguatkan kekuatan badan.

(Maaf saya tak tahu bahan ni)

MINYAK SAPI



Dimakan terus atau dicampurkan dengan masakan dalam kuantiti yang kecil.

SAYUR-SAYURAN DAN BAUH-BUAHAN SEGAR





Juga membantu meningkatkan akal dan memori



Semoga ianya memberikan kita manfaat.

4 ulasan:

white rose berkata...

salam kak ani...

wah...petua org2 dlu nih...sy biasa amalkan mnum madu jenama KHAULA (yg ade sarang lebah dlm botol)...amik 1 sudu pagi...n kismis smggu 2/3 kali...dh jrg amalkan...halia mkn dlm masakan je...

madu juga boleh mengurangkan batuk...

Kunang-Kunang berkata...

W'salam white rose

Madu memang banyak khasiatnya kan.

Kak ani pun ada juga amal-amal makan kismis untuk kuatkan daya ingatan.

Sebenarnya bagus atau tidak satu-satu bahan makanan ni kadang-kadang bergantung juga kepada setiap individu. Pada setengah orang bagus tapi pada orang lain tidak berkesan.

IKRAB family berkata...

Tq kak Ami for the list. Kena cuba ni :)
Namun org kita kalau ada sakit2 urat, sakit2 badan, sejuk2 labu tak elok lak makan.
p.c.

Kunang-Kunang berkata...

Salam shima,

Mak kak ani ajar dan kak ani ikutlah, kalau masa labu sama ada masak lemak ataupun masak air masukkan lada hitam.

Selalunya kak ani akan tumbuk lada hidam, bawang merah dan bawang putih serta ikan bilis (atau isi ikan). Boleh masa air atau masak lemak. Jadi labu tu tak sejuk. Begitu juga kalau masak nangka.