Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Isnin, 25 Januari 2010

Kasih Sepanjang Jalan

I Dropped A Tear In The Ocean, And
Whenever They Find It I'll Stop Loving You



Walau Siapa Yang Salah Sebagai Anak Ingatlah Budi Ibu


Anak, ingatlah emak - Tumi

KUCHING 23 Jan. - "Makcik tak pernah berkecil hati pasal anak perempuan makcik walaupun dia tidak mengaku saya emaknya. Dalam hati saya, baik atau buruk, dia tetap anak saya."

Itu kata Tumi Wongsoruju, 52, ibu yang tidak diakui oleh anak perempuan dan menantunya baru-baru ini.

Meskipun diperlakukan sebegitu, Tumi tidak pernah menutup pintu hati untuk menanti kepulangan anak perempuan tunggalnya yang berusia 33 tahun itu bersama menantu serta cucunya yang masih dalam kandungan ke Kuching.

Katanya, dia akan sabar menunggu kepulangan mereka pada bila-bila masa dan sentiasa berdoa agar anaknya itu berada dalam keadaan selamat dan sihat.

Namun, Tumi memberitahu, apa yang menyedihkan ialah berapa lama lagi dia boleh melihat dunia ini memandangkan usianya yang semakin lanjut.

"Makcik berharap usia ini masih panjang serta sihat tubuh badan, maka dapatlah menunggu dia dan berharap terbuka hatinya untuk mengingati emaknya yang terlalu rindu kepadanya selama ini.

"Anak, ingatlah emak ini... Emak ini sudah tua, entah esok atau lusa siapa akan tahu berapa lama lagi usia emak ini, pulanglah anak," rayu Tumi dengan nada sebak ketika ditemui Mingguan Malaysia di rumahnya dekat sini hari ini.

Kisah malang Tumi disiarkan dalam Utusan Malaysia kelmarin yang sanggup berhutang untuk datang dari Kuching ke Semenanjung semata-mata untuk bertemu anak perempuannya yang terpisah sejak tiga tahun lalu.

Walaupun berjaya menjejaki alamat rumah anaknya dengan bantuan anggota polis, Tumi terpaksa pulang semula ke Kuching kelmarin dengan hampa, setelah anak perempuannya yang berusia 33 tahun dan menantunya tidak mengaku dia sebagai ibu.

Tumi memberitahu, dia sudah tidak berdaya dan tidak tahu apa lagi cara untuk memujuk anaknya supaya kembali ke pangkuannya.

7 ulasan:

Pn Kartini berkata...

Salam...
Inilah yg dikatakan..anak yang ramai bisa dijaga olh orgtua..namun seorang ibu mahupun ayah..belum tentu dapat dijaga oleh ank yg ramai....aduhaiii

white rose berkata...

salam kak ani...
astaghfirullah al'azim...makin berani anak2 skrg ni ye...

ade lgi 1 kisah dimana anaknya menyaman ayahnya kerana tdk membenarkan dia kawin...

IKRAB family berkata...

kak, memang sedih. namun banyak iktibar yg boleh kita pelajari di sini dari sudut sebagai seorang anak dan juga sebagai ibu dan ayah.wallahua'lam.
p.c.

IKRAB family berkata...

white rose, maaf yer saya menyentuh hal anak saman bapa utk kahwin tu.
di Malaysia ni mmg ada peruntukan untuk anak fail kan kes (mhkmh syariah) utk hakim panggil ibu ayah dan siasat sebab2 tidak dibenarkan anak itu berkahwin.

Daripada anak tu kawin lari dan diragui samada sah atau tidak nikah itu lebih baik bawak isu ni ke mahkamah. Tapi apepun, memanglah kita lihat seolah2 tidak wajar lagi-lagi dp kacamata budaya kita.Kalu boleh berbincang dpd bwk kes ke mahakamah, lebih la afdhal.
p.c.

Kunang-Kunang berkata...

W'salam sis tini,

Inilah juga yang selalu datang dalam fikiran bila terbaca kisah ibu/bapa tidak dapat dijaga oleh anak kerana anak mereka sendiri sudah ada ramai anak dan miskin.

Kalau kita fikir secara logik pun, miskin macamana pun banyak manalah ibubapa yang dah tua tu makan. Paling tidak pun kita boleh menjaga kebajikannya.

Kalau jenis yang sayangkan ibubapa tu kata orang, makan sama makan, kalau lapar kita sama-sama lapar. Kalau ibubapa dulu boleh berlapar untuk kenyangkan kita, kenapa kita tak boleh.

Kunang-Kunang berkata...

W'salam white rose,

Zaman sekarang banyak sitanggang moden. Boleh ker hidup2 tak mengaku mak.

Kunang-Kunang berkata...

Shima, akak faham mungkin kerana didikan yang tidak sempurna dari ibubapa menjadikan keadaan demikian berlaku.

Tapi si anak diberi akal dan fikiran untuk berbuat yang terbaik.