Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Rabu, 6 Januari 2010

Jering Rebus



Jering Rebus Cicah Kelapa Parut


Saya balik ke Dungun pada 1 Januari baru-baru ni. Sayangnya balik kali ni saya tak ke mana-mana kerana badan tak sihat sangat. Sepanjang berada di sana, saya hanya duduk dan tidor. Tambahan pulak tiap-tiap hari hujan.

Pada hari nak balik ke sini iaitu pada hari Selasa pagi, barulah saya ke pasar di Kuala Dungun. Ke sana pun sebab nak beli keropok keping. Di rumah saya keropok tak boleh tak ada sebab kalau masak mee goreng ker, mee hoon goreng ker, waima nasi goreng mesti ada keropok goreng. Dah kebiasaan orang Terengganu macam tu.

Semasa di pasar saya singgah juga untuk beli ketupat daun palas. Ketupat ni kegemaran anak-anak, mereka makan dengan serunding ayam atau daging. Tak tunggu raya pun. Semasa dok membeli ketupat saya ternampak satu benda berbungkus. Saya tanya kuih aper ni, penjual tu kata "jering rebus".

Dengar saja "jering rebus", saya terus beli dua bungkus. Satu bungkus RM2.00. Ini memang faveret saya, tapi susah nak dapat sekarang ni. Jarang-jarang boleh jumpa orang jual jering rebus di pasar. Di Pasar Payang Kuala Terengganu mungkin selalu ada orang jual. Di Pasar Payang tu segala kuih tradisi terengganu ada dijual.

Jering yang dah direbus ni bukan saja boleh dimakan dengan kelapa parut tetapi boleh juga dibuat kuih. Antaranya kuih putri mandi. Masa kecik-kecik dulu pernah tengok mak saya membuatnya. Jering rebus tu ditumbuk hingga leper, lepas tu dimasukkan ke dalam inti kelapa. Sama macam kita buat kuih puteri mandi dari tepung pulut.

Jering rebus ni ialah hasil dari jering tua yang direbus berjam-jam. Jering tu direbus dalam air yang dicampur dengan berbagai daun-daun termasuk kulit pokok jering itu sendiri. Ini adalah untuk membuang racun jering ni. Menurut kata orang yang tahu kalau tak kena cara merebus jering ni, orang yang memakannya boleh terkena "kapit jering". Kapit jering ni ialah rasa sakit ketika nak buat air kecil dan air kecil tidak boleh keluar, macam tersekat, ada juga orang kata kena "dedas". Yang saya tahu dulu-dulu orang akan cari bomoh atau dukun untuk dapatkan penawar. Sekarang tak taulah pulak.



Orang-orang yang tahu caranya saja akan merebus jering tua ni


Mungkin zaman dulu zaman susah untuk mendapat makanan menjadikan mereka begitu kreatif untuk mencipta berbagai jenis makanan dari segala bahan yang boleh dimakan.

6 ulasan:

Shida berkata...

Wah, menarik saya belum pernah mencubanya sebab tak pernah berjumpa.

Saya peminat jering juga w/pun org kata berbau....

Kunang-Kunang berkata...

Shida, dipasar Siti Khadijah ada kot. Sebab dulu Moknik pernah pastekan gambar jering rebus ni dia beli di Kota Bharu.

Jering rebus ni tak berbau masa kita makan, tapi masa kita ......... berbau sama dengan kita makan jering mentah. He hee

um. masyitah berkata...

Kak,saya pernah tengok pak mentua makan jering tua ni ada kelapanya juga.saya tak pernah cuba,nak tanya segan.TQ ya atas perkongsian ini

Tanpa Nama berkata...

Jering banyak khasiatnya.Tak kira mentah atau rebus.Orang sakit darah tinggi dan kencing manis disyorkan makan.Untuk elak kene kepit jering selain yang dinyatakan penulis, kita jangan makan semua jering yang kita ada.Tinggal dua tiga biji untuk di bakar.Kemudian tumbuk dan campur di dalam air masak.Tapis dan minum.Jika terjadi kepit jeringlah.

Noridah Harun berkata...

Saya dah terkena serangan kapit jering. Rasa sakit perut seperti dihiris-hiris, cirit birit, najis berdarah, mual dan rasa nak pitam. Pengalaman makan jering menjadi pengalaman ngeri untuk saya.

Noridah Harun berkata...

Saya dah terkena serangan kapit jering. Rasa sakit perut seperti dihiris-hiris, cirit birit, najis berdarah, mual dan rasa nak pitam. Pengalaman makan jering menjadi pengalaman ngeri untuk saya.