Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Rabu, 6 Januari 2010

Insan-insan Yang Membahgiakan Saya

Di dalam meniti sisa-sisa usia hati begitu bersyukur dan terhibur dengan kehadiran insan-insan kecil ini. Mereka membesar didepan mata.


Inilah kakak dah siap untuk ke sekolah.


Tadi saya ke rumah Ju di Puncak Alam. Saya nak tengok Izati yang dah masuk tahun satu ke sekolah. Dah 3 harilah dia mula bersekolah. Dengar cerita dari emaknya, dia ok tak menangis.


Adik pun tumpang seronok hantar kakak ke sekolah.


Semasa kakak di sekolah Eresya tinggal sendiri di Taska. Merengek juga nak duduk dengan saya tak nak ke taska, tapi saya tak larat nak jaga dia. Maklumlah lutut ni tak berapa sembuh betul.

Bulan Disember baru-baru ni sebulan saya menjaga mereka berdua ketika Ju dan suaminya bekerja. Masa tu Eresya kurang sihat tak sampai hati nak hantar ke Taska dan Izati pulak dah bercuti dari Tadika. Terhibur juga hati bila mereka di rumah. Tidaklah saya sunyi sangat. Kesian juga bila tengok mereka merengek-rengek nak tinggal dengan saya. Apa nak buat saya pun ada tugas lain yang perlu saya buat untuk bekalan diri saya sendiri.




Khaisah dah 8 bulan sekarang.


Kaisah pun ikut ke rumah mak longnya di Puncak Alam. Nak hantar kak Izati ke sekolah yer.

Semoga mereka menjadi insan yang solehah.

10 ulasan:

Ros Illiyyuun berkata...

Salam,
semoga Kak Hanim terus bahagia ye... :)

Tanpa Nama berkata...

comel dan ayu kak izati bertudung ke sekolah.selamat menimba ilmu, izati.
comeiiiii nya khaisah, bulat mata dia.
p.c.

Kunang-Kunang berkata...

W'salam Ros.

Terima kasih mendoakan kebahagian kak ani.

Itulah yang selalu diharapkan. Dah balik ke Sarawak ker.

Kunang-Kunang berkata...

Shima, apa khabar. Dah kerja semula. Semoga semua berada dalam keadaan yang baik.

en_me berkata...

chomeynyerrr.. ehehe

Kunang-Kunang berkata...

Terima kasih en_me. Itulah hibrid saya yang ke 2. He he

Tanpa Nama berkata...

Alhamdulillah kak.Dah seminggu balik opis ni.Amiiin.Moga akak sekeluarga pun begitu juga.
p.c.

Kunang-Kunang berkata...

Baguslah, mesti dah rasa fresh selepas bercuti di kampongkan.

ummzaid berkata...

MashaAllah..
cumilnya cucu2 kak nim.. :)

Kunang-Kunang berkata...

alhamdulillah ummzaid, mereka dikurniakan kesihatan yang baik oleh Allah.