Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Isnin, 11 Januari 2010

Akibat Nak Sihat



Dah tiga hari saya makan sejenis makanan tambahan (food supplement) yang kawan syorkan. Katanya bagus untuk menambah enzim yang dah hilang dalam badan. Katanya lagi bagus untuk orang yang berusia 35 ke atas.

Teruja, terus beli. Bukan nak muda tapi nak sehat. Begitulah kebiasaanya, orang sakit ni, pantang orang kata ubat tu baik ni baik. Terus beli. Harga boleh tahan mahal, lebih kurang RM220.00. Tak aperlah bisik hati, duit boleh cari, janji badan sihat.

Sedih sangat, tiga hari makan, tiga hari badan saya lemah terutama waktu bangun tidor. Bila nak bangun sholat subuh kepala pening bukan main, takut tumbang sholat subuh pun cepat-cepat. Terus sambong baring.

Tapi degilnya saya, hari pertama ambik dah siksa saya ambik lagi hari kedua, dengan anggapan krisis sebelum serasi dengan badan. Menjelang petang badan rasa okey sikit. Semalam hari ketiga saya ambik lagi ubat tu, apa lagi seharian saya tergolek pening. Malam tadi saya tak ambik lagi.

Ingatkan pagi tadi okeylah tak pening. Rupanya tak banyak berubat. Pagi ni lagi sekali saya tumbang, mata berpinar dan kali ini terus muntah. Bimbang sungguh hati saya takut penyakit vartigo saya datang balik. Saya terpaksa ambik ubat tahan sakit dan sapu minyak angin. Alhamdulillah, nampaknya okey sikit.

Nampaknya saya kena berhati-hati di masa akan datang. Mungkin pada orang lain okey tapi pada saya tak sesuai. Kalau pun krisis ubat saya tak sanggup lagi rasanya.

6 ulasan:

um. masyitah berkata...

Salam Kak
Memang begitulah. ada sesetengah supplement serasi dengan kita tapi orang lain tak. Begitu jua sebaliknya.
saya ada juga mengambil sebuah produk yang mana krisis pemulihannya 2 minggu.Saya tahankan ambil juga sebab saya ada masalah usus.sebelum ni,saya makan apa-apa memang akan muntah.Alhamdulillah bila makan supplement tu,saya tak muntah darah lagi.

IKRAB family berkata...

Kak Ani,kena check juga isi kandungannya.Kena hati2 plus daya tahan badan pun berbeza, tindak balas pun berbeza.Akak take care ye.Moga sihat dan ceria selalu.
p.c.

Kunang-Kunang berkata...

W'salam ummu. Itulah juga saya jangkakan iaitu krisis ubat tu untuk menyesuaikan diri. Tapi bila gula dan tekanan darah saya memecut naik takut juga nak sambung lagi.

Kunang-Kunang berkata...

Terima kasih shima atas peringatan.

en_me berkata...

orang yg jual teww tergolek happy ~ makcik kayoo.. ohoho

Kunang-Kunang berkata...

en_me, itulah orang sakit ni memang macam tu, pantang orang sebut ubat semua nak cuba