Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Isnin, 30 November 2009

Rahsia Cermin Mata Hitam



Ku pakai kaca mata
Tiap hari dan masa
Ramai orang bertanya
Mengapakah sebabnya


Itu antara lyric lagu bertajuk Kaca Mata oleh Rafeah Buang. Lagu zaman pop yeh yeh. Rafeah buang kata dia berkaca mata sebab tak tahan bertentang mata dengan pemuda mata keranjang. Tapi ada banyak lagi sebabnya selain itu.

Saya suka tengok orang berkaca mata hitam. Nampak segak dan lawa bagi lelaki dan nampak cantik serta bergaya pada wanita.

Berkaca mata hitam ni selain untuk melaram banyak lagi gunanyakan. Kaca mata hitam juga banyak menyimpan rahsia sepemakainya. Terutamanya orang yang sakit mata. Mereka memakai cermin mata hitam untuk mengelak orang tahu yang mata dia tu bengkak dan merah. Kalau orang tahu dia sakit mata, orang akan lari jauh-jauh.

Teringat masa kerja dulu, kalau datang ofis ketika sakit mata rakan sepejabat akan kata:

Kalau non malay dia kata "ayoooo you sakit mata, bahaya you know, you better go home, nanti kita semua kena wooooo". Tak jaga langsung perasaan kita.

Kalau melayu beralas juga sikit" baik kau jumpa doktor dan rehat di rumah, nanti mata kau makin sakit dan melarat". Hu hu hu pada hal dalam hati suruh kita pegi jauh-jauh takut terjangkit dia. Tapi untuk tidak mengejikkan hati kita dan sebab kita orang islam masih percaya bahawa "Allah yang berkuasa atas segalanya", dia cakaplah baik-baik. Boleh dikira ikhtiarlah jugak tu supaya tidak berjangkit.

Kadang-kadang kecik juga rasa hati. Tapi buat-buat senyum.

Selain untuk melaram dan menyorok sakit mata, ia juga boleh melindungi sesuatu rahsia atau kekurangan yang ada pada wajah khasnya mata sipemakai. Macam-macam rahsialah. Almaklumlah.

Itu ringkasan cerita kaca mata hitam. Cerita sebenarnya yang nak saya sampaikan ialah mengenai anak perempuan saya dan anaknya diserang sakit mata. Kesian saya tengok. Mata kedua-duanya dah macam mata drakula. Bengkak dan merah. Berkurunglah di rumah takut berjangkit orang lain. Si emak MC 2 hari, si anak tak ke tadika.

Sakit mata ni memang sangat menyiksakan. Rasanya semua orang pernah merasanya. Siksanya bila bangun tidur di waktu pagi, mata tak boleh bukak. Tertutup habis. Meraba-raba mencari air. Dapat air baru terang penglihatan.

Ratu Ku



Saling Pesan Memesan Antara Kita

Khamis, 26 November 2009

Salam Aidiladha



Hari ini pagi-pagi lagi saya dah ke pasar Seksyen 16 di Shah Alam untuk membeli daun kelapa nak dibuat sarung ketupat. Memandangkan hari ini baru hari Rabu dan 10 Zulhijjah jatuh pada hari Jumaat ini, tak ramailah sangat orang di Pasar tu. Saya beli awal daun tu supaya saya ada masa untuk mengayam sarung ketupat tu. Esok bolehlah saya rebus ketupat tu sebelah petang. Saya tak larat nak berjaga hingga jauh malam menunggu ketupat masak.

Walaupun ini cuma hari Raya Aidiladha saya akan masak juga sikit-sikit untuk kami sekeluarga dan untuk adik-adik yang kebiasaannya akan datang ke rumah.

Di Shah Alam ni sekarang kita akan nampak lembu-lembu yang nak dikorbankan tu ditambat berhampiran kawasan masjid. Masjid dekat rumah saya ni akan memulakan ibadat korban ini selepas sholat sunat Aidiladha sehinggalah dua tiga hari selepas tu. Pada beberapa tahun lepas ada sebuah masjid di Shah Alam ini menyembelih unta sebagai korban. Tahun ni tak taulah pulak ada unta atau tidak.

Bila sebut Raya Aidiladha mesti kita teringat kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan kesabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah S.W.T. Pada 10 Zulhijjah ni jugalah Nabi Adam dan Siti Hawa bertemu semula di Arafah setelah mereka terpisah sekian lama, dengan menanggung penderitaan sebagai Kafarah atau pembersihan dosa akibat makan buah larangan syurga.

Ketika ini mesti jemaah Haji kita iaitu termasuklah adik beradik kita, saudara mara kita dan sahabat handai kita yang berada di Mekah sedang bersiap untuk berangkat ke Arafah bagi berwukuf dan seterusnya bersiap juga untuk urusan kerja-kerja ibadat haji. Semoga mereka semua mendapat haji yang mabrur.

Selasa, 24 November 2009

Sampah Mu Rezeki Ku









Sampah-sampah selepas diselongkar, tengoklah sampah yang dah dipilih dari tempat lain disimpan sementara di rumah berkenaan kerana dia tahu tuan rumah akan balik waktu petang. Dia akan pastikan sampah-sampah tu di ambik sebelum tuan rumah balik

Tut-tut-tut, itu mesti bunyi motor budak bangla yang selalu mengeledah sampah yang kami letak di dalam tong sampah di luar rumah. Apa nak buat sampah yang kita buang tu menjadi sumber rezeki dia orang ni.

Dalam kesian kadang-kadang tu kita rasa juga nak marah. Apa tidaknya sampah yang kita dah ikat dalam plastik elok-elok dan dimasukkan di dalam tong sampah untuk diangkut oleh lori sampah MBSA dikeluarkannya. Di selongkarnya sampah-sampah tu untuk mencari barang-barang yang boleh dapat duit. Walaupun mereka ikat balik plastik-plastik sampah tu tapi mereka tak masukkan balik dalam tong sampah sebaliknya dibiarkan berselerakan di situ.

Di perkitaran rumah saya ni ada beberapa orang bangla yang berebut-rebut menyelongkar sampah. Ada seorang perempuan cina yang selalu terbongkok-bongkok memunggah sampah dari tong sampah kita. Berebut-rebut mereka ni selongkar sampah-sampah tu. Mewahnya negara kita yer, hinggakan sampah pun boleh jadi duit.

Kira-kira sebulan lepas saya ada terbaca dalam sebuah akhbar tentang seorang berbangsa cina lulusan MBA sanggup berhenti dari jawatannya yang tinggi di sebuah syarikat semata-mata ingin menjadi pemungut sampah. Katanya dah ramai kawan-kawan yang berjaya. Katanya dia boleh antara RM4,000 - RM5,000 sebulan.

Dah nama pun orang cerdik. Sekarang dia menulis buku mengenai bagaimana cara nak mendapat harga yang tinggi bagi barang terbuang. Yang bijaknya, dia menjual buku ni melalui internet. Pada sesiapa yang ingin mengetahui rahsia mendapat duit lebih dari barang terbuang kena bayar RM25 bagi satu program.

Macam-macam cara Allah jadikan sebagai punca rezeki kepada kita manusia.

Sabtu, 21 November 2009

Rindu Mengimbau



Khamis baru-baru ni saya ke PPUM lagi untuk pemeriksaan doktor yang mesti dibuat setiap 6 bulan sekali. Keputusannya Alhamdulillah semua baik cuma gula tinggi sikit dalam darah. Hai makin tua makin manis nampaknya.

Sambil menunggu tu saya nampak banyak ibu-ibu atau bapa-bapa yang dah berusia dan berkerusi roda ditolak oleh anak-anak mereka untuk berjumpa doktor. Ada ditolak oleh anak perempuan, ada ditolak oleh anak lelaki dan ada juga ditolak oleh suami.

Terfikir dibenak saya betapa si ibu atau ayah merasa bersyukur mempunyai anak yang bersedia mencurahkan bakti dengan penuh kasih sayang terhadap kedua ibu mereka. Pengorbanan ibu yang bertarung nyawa ketika melahirkannya, memelihara, melindungi serta memberi kasih sayang sepenuhnya kepada anak-anak tetap dihargai. Besarya ganjaran pahala dan balasan yang baik akan tetap diterima oleh si anak.

Bertepatan dengan Hadis Rasulullah:

Dari Abdullah bin Umar radiallahuanhu berkata bahawa Rasulullah sallallahu alaihi wasallam bersabda yang bermaksud:

"Keredaan Allah terletak pada keredaan kedua ibu bapa dan kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan kedua ibu bapa."

Rasulullah juga bersabda"

Dari Anas bin Malik radillahuanhu berkata bahawa Rasulullah sallallahu alaihi wasallam bersabda yang bermaksud:

"Barangsiapa yang suka dipanjangkan umurnya dan ditambahkan rezekinya maka hendaklah ia berbakti kepada kedua ibu bapanya dan menghubungkan silaturahim."

Bila melihat keadaan macam ni, saya rasa sayu tiba-tiba, teringat dan rindukan mak saya. Dulu saya juga seperti mereka. Selama 2 tahun saya juga merupakan orang yang akan menolak kerusi roda mak saya setiap kali dia perlu berjumpa doktor.



Mak saya tinggal dengan saya selepas ayah saya meninggal. Dia yang memang mengidap darah tinggi dan diabetis terkena strok dari pinggang ke bawah ketika berusia lewat 50 an. Mak saya meninggal selepas 2 tahun beliau lumpuh. Mak anak mu ini sentiasa berdoa kepada Allah untuk ayah dan ibu "Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada ibubapa ku sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil"

Saya masih ingat bila emak saya kena strok keadaan memang susah sangat. Maklumlah saya bekerja. Nasib baik masa tu anak-anak saya ada yang bersekolah pagi dan ada yang bersekolah petang. Jadi semasa ketiadaan saya anak-anak sayalah yang menjaga keperluan nenek mereka. Saya pula akan menyiapkan makanan tengahari mereka sebelum ke tempat kerja. Selalunya waktu makan tengahari suami saya yang kebetulan pejabatnya di Shah Alam akan balik ke rumah.

Peristiwa ini dah 9 tahun berlalu. Tapi kerinduan dan ingatan pada mak dan ayah saya masih kuat terutama bila saya melihat orang-orang tua.


"Dan kami wajibkan manusia berbuat kebaikan kepada kedua ibubapanya; Ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah". (Surah Al-Ahqaf Ayat 15)

Hidangan Zaman Jepun







Pagi tadi saya ke Pasar Tani di Seksyen 17. Lama tak pegi Pasar Tani tu. Rupanya dah ramai orang-orang berjual di sini. Dulu Pasar Tani ni tak banyak sangat gerai macam sekarang. Niat asal cuma nak beli ubi kayu saja sebab dari semalam saya dok mencari ubi kayu di kedai berdekatan dengan rumah. Semua tak ada jual.

Hasben sayalah teringin sangat nak makan ubi kayu rebus dicicah kelapa parut. Agaknya keadaan hujan dan lembab ni mengingatkan dia zaman dulu-dulu semasa di kampong. Musim-musim hujan macam sekarang ni selalunya kami rebus ubi kayu atau keledek untuk hidangan minum petang.

Dulu di kampong, bila musim hujan, terutamanya dalam bulan Disember, petani-petani akan menggali ubi-ubi mereka dan menjual dengan harga yang murah dari biasa. Mereka terpaksa mencabut pokok-pokok ubi berkenaan sebelum tanah bertakung air. Ini adalah kerana apabila tanah bertakung air, ubi didalamnya akan terendam yang boleh menyebabkan ubi-ubi tu menjadi busuk. Sesiapa yang nak membelinya kena pegi sendiri ke kebun.



Biasanya bila ubi kayu tu dibeli dalam jumlah yang banyak akan ditanam, dalam tanah untuk mengelak ubi-ubi dari busuk dan juga supaya ia tahan lama. Tempat ubi ni ditanam akan diletakkan penanda di atasnya contohnya dipancangkan kayu atau lain-lain cara untuk menyenangkan kita menggalinya apabila diperlukan.

Sayangnya meyimpan ubi dalam tanah ni ada juga risikonya kalau hujan turun lebat. Mana tidaknya kalau nasib tak baik, bila hujan turun dengan lebat, kayu penanda rebah ke tanah, kita pun dah tak jumpa di mana ubi itu ditanam. Kawasan yang digali tu pun dah tak nampak kesannya.

Rabu, 18 November 2009

Meniti Hari Senja



Selepas sholat zohor tadi. Aku baring dan cuba lelapkan mata, sekejap pun cukuplah, sekadar merehat badan dan minda. Namun mata ni terkelip-kelip tak mahu lelap.

Sejak akhir-akhir ini macam-macam perkara yang singgah dalam fikiran ku. Terutama bila aku keseorangan begini. Kadang-kadang hati merasa sayu tak menentu. Terkenang diri yang sudah menjangkau setengah abab. Macam-macam penyakit dah singgah. Aku sedar bila-bila pun Allah boleh menjemput ku pergi. Memikirkan kematian aku selalu rasa takut. Mana tak takutnya bekalan yang aku siapkan untuk dibawa bersama ke sana tidak sebanyak mana.

Sebagai manusia yang dianugerahkan keistimewaan dan kelemahan berbanding makhluk-makhluk lain, aku seringkala tergoda dan tewas dengan pujukan iblis. Semoga Allah mengampuni dosa-dosa ku dan menerima taubat ku.

“Wahai Tuhan kami, janganlah engkau condongkan hati kami sesudah engkau berikan petunjuk. Dan kurniakanlah kepada kami dari sisi-Mu kerahmatan, sesungguhnya Engkau adalah sebaik-baik pemberi kurniaan.” ( Surah ali-Imran, ayat 8.)

Selasa, 17 November 2009

Tak Sayang Anak Ker



Pagi tadi sebaik tiba di kawasan rumah ketika balik dari Masjid Negeri Shah Alam, aku nampak ada polis sedang menahan 2 orang budak lelaki naik motorsikal. Kedua-dua budak ni mungkin dalam usia 13 tahun atau kurang. Budak ni mesti tak ada lesen motorsikal, naik berdua pulak tu dan yang sah tidak memakai topi keledar.

Aku suka mereka kena tahan. Biar mak ayah dia rasa. Aku bukan dengki, bukan busuk hati. Aku kata macam tu, sebab aku memang geram dan dah tak tahan tengok budak-budak kecil ni bermaharajalela naik motorsikal kesana kemari bersukaria. Topi keledar jangan haraplah nak pakai. Kadang-kadang aku tengok budak-budak kecik sangat lagi, mungkin dalam lingkungan usia 11, 12 tahun atau paling tinggi 13, 14 tahun. Dalam usia macam ni mana dia orang layak ambil lesen motorsikal.

Aku selalu berkata dalam hati, mak ayah dia orang tak risau ker biarkan anak menunggang motorsikal walaupun tahu merbahaya dan melanggar undang-undang jalanraya. Langgar undang-undang tak aper, mak bapak duit banyak, boleh bayar. Macam mana kalau eksiden. Kalau mati, tak ker menyesal sepanjang hayat. Memanglah hidup mati Allah yang menentukan, tapi kalau dah tahu perbuatan itu merbahaya kenapa tak larang.





Budak-budak ni kalau kita tegor, wah bukan main dia menjeling pada kita. Kalau boleh nak dilanggarnya kereta kita.

Zaman dah berubah. Dulu zaman aku kecik-kecik, kami bukan saja takut pada mak bapak sendiri kalau buat sesuatu yang merbahaya, tapi takut juga kepada jiran atau kepada orang yang lebih tua dari kita. Walaupun orang tu kita tak kenal. Kalau mereka larang kita ikut.

Dulu, rumah kami terletak di kawasan pantai. Selalulah pegi mandi laut. Mak tak tau. Ayah lagilah tak tahu sebab dia pergi kerja. Kalau mak tau mesti kena marah, silap2 kena pukul. Tapi walaupun mak tak tahu, kita takut juga pada orang-orang tua (dewasa) yang berada di tepi pantai tu. Dia orang akan larang kita mandi-manda di laut tu dan suruh kita balik. Siap ugut lagi kalau tak balik mereka nak pukul.

Mereka berani kata "kalau kau tak balik, aku pukul (selalunya mereka akan pegang kayu), biar mak bapak kau marah kat aku daripada dia orang menangis bila engkau orang mati lemas, menyusahkan orang".

Sekarang ni mana kita berani tegur budak-budak ni. Kalau kita tegur tak payah tunggu mak bapa dia marah kita, budak-budak tu sendiri pun berani marah kita balik. Kalau beritahu mak bapak dia orang pun mungkin mak bapak dia orang akan suruh kita jaga tepi kain kita sendiri.

Satu waktu dulu semasa DYMM Sultan Johor jadi Yang DiPertuan Agong, baginda pernah kata (tengok kat tv), "dalam mendidik anak "biar dia (anak) menangis kerana kita daripada kita menangis kerana dia besok". Baginda bermaksud dalam mendidik anak, biar dari kecik. Kalau perlu dipukul, pukul, jangan besok kita ibubapa yang menangis jika terjadi sesuatu pada anak atau bila anak tu mula tak mendengar cakap.

Ada kebenarannya.

Khamis, 12 November 2009

Pertemuan ahli Kelab POP



Hari ni, pagi-pagi lagi aku dan suami bersiap-siap untuk ke PPUM. Hari ni aku kena buat ujian darah untuk cek gula, buah pinggang, hati dan macam-macam lagilah. Beginilah setiap 6 bulan sekali orang macam aku ni kena buat. Dah masuk kelab POP (Persatuan Orang Pencen), kata kawan-kawan senasib.

Jam 7.30 pagi dah tiba di tempat ambik darah PPUM, ya Allah, baru 7.30 pagi orang dah ramai, pukul berapa mereka ni datang. Aku ambik nombor giliran untuk pendaftaran. Dapat nombor 7143. Waktu tu baru no 70..... sedang dipanggil, kira-kira dalam 80 orang lagi baru sampai giliran aku untuk mendaftar. Itu baru untuk daftar, belum lagi untuk ambik darah, kena tunggu lagi. Di sini siapa yang berusia 70 ke atas dikira usia emas, pesakit usia emas ni akan dipanggil dulu tanpa mengikut giliran. Tak aperlah tu.

Semasa menunggu nombor diambik, aku duduk di salah satu kerusi disitu. Masa tu hasben aku belum tiba sebab dia kena parking kereta dulu. Dia turunkan aku di depan bangunan RUKA. Sedang tunggu-tunggu tu, tiba aku nampak seseorang 'Pak Ayub". Itu kawan sepejabat dulu. Tapi dia dah bersara lebih dari 10 tahun. Sihat nampak dia. Aku panggil dia. Kami bercerita tentang kawan-kawan sesama kerja dulu. Giliran Pak Ayub lambat lagi sebab dia tiba 8.15 pagi.

Lebih kurang jam 9.00 pagi giliran aku tiba untuk ambik darah. Ambik darah ini aku selalu takut sikit sebab aku ni jenis susah nak nampak urat darah. Kena yang betul-betul cekap barulah senang ambik tanpa menyiksa aku. Kali ni aku dapat nurse india, kasar dia ni cucuk ambik darah aku. Sakit....., tapi sabar jerlah.

Selepas nurse ambik darah, aku ternampak member ofis lagi, dia ni pun dah pencen, Ramalingam. Kami bertukar senyum saja sebab dia pun nurse sedang ambik darah. Hai ramai memberi kelab ni.

Selesai ambik darah, hasben aku suruh tunggu depan RUKA lagi, dia ambik kereta. Sementara tunggu hasben aku tiba, aku ke kedai jual buah-buah. Buah-buah disitu selalunya segar-segar.

Sedang aku beli buah tiba-tiba terpandang lagi seseorang, "Kak Rahmah", hampir aku tak kenal dia. Wah bercermin mata gelap dia. He he. Aku tegur dia, seronoknya, dia kata dia baru buat buang catarek mata dia di Hospital Mata Tun Hussin Onn. Tanya kenapa tak buat di PPUM, dia kata lambat. Tertangguh dari tahun lepas.

Kami bercerita panjang. Dia baru balik umrah semasa bulan Ramadhan hari tu dan balik ke sini selepas raya. Alhamdulillah. Kak Rahmah ni ke Mekah mengerjakan umrah setiap bulan Ramadhan. Alhamdulillah murah rezekinya walaupun hanya menerima pencen. Anak-anak yang berikan, katanya.

Ketika berpisah, aku berjanji dengan Kak Rahmah untuk menghubunginya lagi. Sihat dia walaupun dah menjejak usia 67 tahun.

Rabu, 11 November 2009

Muhasabah Cinta



Wahai... Pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dariMu
Kupasrahkan semua padaMu

Tuhan... Baru ku sadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini kuharapkan cintaMu

Kata-kata cinta terucap indah
Mengalun berzikir di kidung doaku
Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya ilahi....
Muhasabah cintaku...

Tuhan... Kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku denganMu




Semalam aku diberi injeksyen ke 3 untuk treatment lutut ni. Berharap sangat-sangat semoga usaha ini direstui oleh Yang Maha Esa. Semenjak diberi injeksyen pertama hari tu pun dah rasa ada perubahannya di mana bila berjalan taklah sakit sangat macam dulu. Tidak juga berdenyut-denyut dan lengoh. Tidur malam pun tidak lagi diiringi dengan kaki kejang sehingga ambik masa yang agak lama untuk kembali seperti asal.

Itulah ujian Allah pada aku. Namun begitu dalam usia begini aku tetap bersyukur, seperti hasben aku kita, kita patut bersyukur walaupun kita dah pencen kita masih boleh berjalan dan menunaikan ibadah kepada Allah. Boleh lagi ke masjid mendengar ceramah agama dan mengikuti kelas-kelas ilmu.

Pandanglah orang lain yang lebih malang nasib dari kita, berapa ramai kawan-kawan kita yang tidak sebaik nasib kita. Ramai juga kawan-kawan masa belajar dulu dah meninggal dan ada yang terlantar sakit.

Aku bersyukor atas nikmat yang KAU berikan pada ku Ya Allah.

Isnin, 9 November 2009

Sebuah Perjalanan



Pagi semalam, Ahad 8 November 2009 kira-kira jam 7.30 pagi seperti biasa aku keluar dari bilik menuju ke beranda untuk menyiram pokok bunga yang bergantungan di situ. Sebaik tiba di pintu, anak aku Zulaikha yang kebetulan bermalam di rumah beritahu "mama ain (Dzulkarnain) ke Bentong, kawan dia yang datang semalam meninggal. Aksiden.

Tergaman, tak tau apa nak diucapkan, akhirnya terucap dari bibir "Innalillah hiwainna ilahirajiuun". Terduduk rasa, terkedu, sedeh dan macam-macam perasaan yang sukar digambarkan.

Baru Hari Sabtu kelmarin dia ke rumah untuk mengajak Dzulkarnain ke rumah kawan-kawan di sini. Dia datang dari Raub. Tak tau nama sebenar, tapi dari semenjak dia di universiti lagi setiap kali datang ke rumah, Dzulkarnain akan panggil dia 'Pak Lah' berasal dari Kelantan.

Rupanya selepas melawat kawan-kawan di Shah Alam dan Serdang, dia kembali ke Raub dengan menunggang motosikalnya. Tiba di persimpangan Bentong dia terlanggar divider dan Allah Maha Mengasih telah menjemput Dia kembali. Jenazahnya diuruskan di hospital Bentong dan di bawa ke Kampongnya di Gua Musang untuk disemadikan.

Masih terbayang di mata ni dia bersalam dengan hasben aku, dan semua yang ada di rumah. Semasa dia menghidupkan motorsikalnya untuk balik, berdetak di hati aku "jauhnya naik motor, kenapa tak naik bas".

Tak pajang rupanya usia mu. Rupanya itulah kali terakhir dia ke rumah dan hajat bertemu kawan-kawan juga untuk kali terakhir.

Selamat jalan Pak Lah semoga Allah mencucuri rahmatNYA keatas roh mu. Amin.

Khamis, 5 November 2009

Tetamu Allah





"Hamba Mu datang menyahut panggilan Mu. Ya Allah hamba Mu datang menyahut panggilan Mu. Sesungguhnya segala puji-pujian dan nikmat dan Kerajaan adalah kepunyaan Mu yang tiada sekutu bagiNya."


Bergemalah Talbiyah dari mulut Jemaah-jemaah Haji. Alangkah indahnya.

Seronoknya tengok beribu-ribu Jemaah Haji Malaysia terbang ke Mekah bagi menyahut seruan Allah untuk menjadi tetamuNYA. Berseri-seri muka masing-masing. Maklum doa yang sekian lama dipanjat akhirnya dimakhbulkan Allah. Kepada yang belum dijemput janganlah sedih, ada hikmah disebaliknya.

Dalam gembira ada juga sedih bila terbaca di Akhbar Berita Harian hari ini mengenai 60 bakal haji termasuk dari Sabah dan Sarawak terkandas di Kompleks Haji Kelana Jaya. Mereka mendakwa nama mereka tidak ada di dalam senarai orang yang akan berlepas. Kesian, macam mana boleh jadi macam ni. Tak tau nak salahkan siapa. Semoga Allah permudahkan penyelesaian masalah mereka.

Tiap-tiap tahun akan ada cerita sedih begini. Agensi-agensi terlibat mendakwa msaalah visa. Tahun ini dengar cerita (termasuk adik ipar aku sendiri) pemberitahuan mengenai pemergian untuk menunaikan fardhu haji terlalu tergesa-gesa. Mungkin sebab itulah visa pun tak sempat siap.

Hari ini adik ipar aku juga berlepas dari Kelana Jaya ke Mekah. Mereka datang dari Terengganu dengan flight malam tadi. Tadi baru telefon dia, katanya Alhamdulillah semua okey. Harap-harap begitulah.

Hasben aku dan adik beradiknya yang lain sekarang berada di Kelana Jaya. Kesian aku tak dapat pegi ke Kelana Jaya memandangkan keuzuran kaki yang belum berakhir. Aku pesan dengan adik ipar aku, doakanlah semoga lutut ku ini semboh untuk membolehkan aku menjalankan ibadat terutama sholat dengan sempurna.

Didoakan semoga semua Jemaah Haji ini mendapat Haji Mabrur.



Gambar ini kami ambik semasa menunaikan umrah bulan Mac/April lalu.

Rabu, 4 November 2009

Di manakah Syurga Dunia



Pernikahan menginsafkan kita
Perlunya iman dan takwa
meniti sabar & redha
Bila susah mendatang
tempohi dengan tabah

Isteri hamparan dunia
Suami langit penaungnya
Isteri bagaikan kejora
Suami bagaikan purnama

Jika isteri memberi hempedu
Suami rela menelannnya
Jika Suami terteguk racun
Isterilah mencari penawarnya

Sungguh isteri rusuk yang rapuh
Berhati-hatilah meluruskannya.



Ada orang kata bila berkahwin, maka akan berkuburlah cinta. Menurut mereka semakin bertambah usia perkahwinan, semakin tipis rasa cinta. Tidak ada lagi kemanisan, kehangatan dan keharmonian seperti yang pernah dirasakan sebelum bernikah dahulu. Segala-galanya menjadi semakin hambar, suram dan tidak berseri lagi seolah-olah sebuah pusara yang sepi.

Betul ker begitu. Bukankah syetan akan menangis setiap kali berlakunya perkahwinan. Itu tandanya perkahwinan itu sesuatu disukai Allah. Rasulullah s.a. w sendiri begitu suka umatnya berkahwin kerana dengan adanya ikatan perkahwinan antara pasangan lelaki dan perempuan maka akan bertambahlah umat Baginda. Umat yang berkualiti.

Jadi pada mereka tak ingin berkahwin kerana takut kehilangan manisnya cinta, ingatlah itulah adalah pendapat syetan. Kalau tak ingin berkahwin sedangkan hati menyintai, silap-silap hari bulan, tak kuat iman, boleh berlaku perzinaan. Bertepuk tangan kemenanganlah syetan.

Pada yang optimis pula, mereka beranggapan bahawa segala kesusahannya, kesenangan, suka duka dalam alam perkahwinan adalah asam garam dalam hidup bagi mencapai surga di dunia ini. Mereka percaya bahawa setiap perkahwinan ada pahit manisnya.

Kata orang yang bijak pandai untuk mencapai syurga dalam berumahtangga, salah satu perkara yang amat perlu ialah kita kenalah menjaga perasaan pasangan. Begitu juga perasaan kita sendiri agar kita sama-sama tidak terluka. Janganlah biarkan perasaan sedih, marah, sayu serta lain-lain perasaan negatif bertapak lama di hati kita. Jangan jadi seperti kata pepetah 'retak menanti belah'.

Betul juga tu, kalau rumahtangga asyik berantakan, suami isteri asyik saling berkecil hati. Macamana nak terbina syorga di dunia ini. Silap-silap haribulan syorga di akhirat pun belum tentu. Mana tidaknya hati tidak tenang untuk beribadat kepada Allah dan tidak mengganggap bahawa semua itu adalah kadaq dan kadar daripada Allah.

Orang selalu berkata 'sedanglah lidah lagi tergigit, inikan pula kita dalam rumahtangga'. Macam-macam ujian yang datang. Hanya ketabahan, kasih sayang dan ikatan cinta yang suci dapat bertahan sesebuah rumahtangga hingga ke akhir hayat.