Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Jumaat, 30 Oktober 2009

Ikatan Kasih

The tears that I don´t know how to cry




Cantik bunga ni. Aku suka
Warna putih bersih
Titik-titik hujan masih melekat di kelopaknya.

Begitulah kasih sayang aku pada dia. Kalau ikutkan hati yang rajuk rasanya tak ingin aku tegur dia sampai bila-bila. Tapi boleh ker aku.

Aku tahu ada kesal dihati dia. Tapi biasalah, mana dia nak mengaku.
Nak kata maaf, jangan harap. Itu aku dah tahu sangat.

Demi kasih sayang yang dah kejap terikat berpuluh tahun
Aku dah tak kisah semua tu.
Cuma ada ketika kesabaran ku tercabar.

Aku mengalah lagi kali ini. Dah tak ingat untuk keberapa kali.
Tak aperlah aku tidak berdendam. Aku inginkan ketenangan. Tak ada gelora dijiwa.
Tak ada marah dihati. Aku tak nak menangis.

Akhir kata putus diberi "esok kita balik". Alhamdulillah. Aku tak nak tanya lagi bila balik ke sini. Asalkan balik aku dah cukup gembira. Aku ingin sangat berjumpa dengan adik ipar aku sebelum dia berangkat ke Mekah.

Itulah Aku. Tak ada dendam dihati ini kerana aku tahu dia tetap seperti dulu.
Mungkin usialah pencetus penorama ini.

Kenapa Mesti Marah




Tinggi suara dia menengking bila aku meminta dia menangguhkan appointment dia dengan kawannya. Perkataan itu seolah-oleh percikan api yang membakar hati dia.

Kenapa begini sikap dan kelakuan dia sejak kebelakangan ini. Barannya menjadi-jadi, silap sikit volume suara terus naik. Kadang-kadang aku keliru, dia macam orang yang aku tidak berapa kenal lagi. Untuk damai, aku diam.

Aku tidak pernah meminta dia mencari kekayaan. Aku selalu kata, apa yang ada cukuplah bagi kita. Tapi dia teruja bila diberikan projek-projek yang menjanjikan pulangan yang agak lumayan. Tak aperlah kalau begitu, tapi jangan jadikan aku tempat melepas marah bila aku tersilap cakap atau perbuatan.

Aku tahu ini bukan sikap asal dia. Kenapa begitu. Kalau penat menjadikan dia berubah. Tak payahlah di kejar lagi harta dunia ini. Harta dicari sampai lubang kubur pun kita takkan puas. Sampai hati dia.

Tadi semasa dia keluar adik dia dari Dungun telefon beritahu dah dapat tarikh untuk penerbangan ke Mekah pada 5 November ini. Notis mengejut. Kami memang merancang nak balik ke Dungun bila tiba masa adiknya akan berlepas nanti, tapi tak sangka tiba-tiba jer dapat tarikh.

Aku berfikir sendiri, bagaimana cara nak balik ke Dungun. Hari Selasa depan aku ada lagi injeksen untuk lutut ni. Ini bermakna 3 harilah lagi selepas tu aku tak boleh bergerak cergas. Jadi aku berfikir sendiri, mungkin kami boleh balik besok, hari Isnin kami balik ke sini. Nak balik ke Dungun esok dan balik ke sini lusa, aku rasa sangat memenatkan.

Bila dia balik kerumah untuk sholat asar tadi, aku beritahu dia. Dan aku beritahu candangan aku tu. Dia kata tak boleh sebab dia dah ada appointment dengan kawan-kawannya pada hari Isnin. Aku kata postponelah ke hari lain.

Rupanya perkataan postpone sangat sensitif. Menjadi kemarahan yang amat sangat. Dia kata yang dia terpaksa menangguh appointnmentnya pada hari Selasa ke Isnin kerana aku terpaksa berjumpa doktor pada hari Selasa. Dan sekarang dia kata pandai-pandai aku beri cadangan supaya appointment tu ditangguh lagi kerana nak balik ke Dungun.

Salah siapa, dia yang lupa tentang appointment aku pada hari Selasa tu. Aku yang patut berkecil hati. Dia yang lupa. Kenapa marah pada aku. Dia kata, dia tak suka orang lain mengatur perjalanan kerja dia. Orang lain??

Sejak bila aku jadi orang lain dalam hidup dia. Dalam keadaan kesihatan yang tidak berapa baik ini, hati ini amat terguris. Berdetak di hati ni, belum lagi aku terlantar sakit, cuma aku tidak boleh bergerak bebas ke sana kemari buat sementara waktu, dia sudah buat aku macam ni.

Terlukanya hati ini. semoga Allah ampunkan aku dalam menempoh gelora hidup diwaktu-waktu penghujung hidup ini.

Rabu, 28 Oktober 2009

Dera

Sekarang ni boleh dikatakan tiap-tiap hari kita disuapkan dengan berita orang mendera orang. Sama ada orang gaji didera majikan, atau orang gaji mendera majikan.






Semalam kita dikejutkan dengan berita kes kematian pertama berlaku kepada Mantik Hani seorang pembantu rumah indonesia yang ditemui separuh pengsan dengan kesan lebam dan luka di seluruh badan serta kepalanya dicukur hampir separuh botak dipercayai akibat didera majikannya, akhirnya tidak dapat diselamatkan lagi.

Sedih - zalimnya orang kita pada mereka.

Tapi sebaliknya, kita juga geram bila ada juga pembantu rumah yang tidak bersyukur dengan layanan yang diberikan apabila bertindak mendera anak dan mencuri barangan majikan. Contohnya apa yang berlaku di Subang Permai beberapa hari lepas apabila pembantu rumah pula mendera empat anak majikan sehingga lebam seluruh badan dan
telah melarikan diri bersama wang tunai RM200 serta komputer riba miliknya.

Sedih - kejamnya mereka kepada kita, tak ada rasa belas kesian pada budak-budak kecil

Dah Terantuk Baru Tengadah

Petikan berita dari Utusan Malaysia online pada 28 Oktober 2009.

Satu mati, dua hilang dalam tragedi perkhemahan di Kuala Dipang

Kata Muhyiddin, perkhemahan 1Malaysia itu diadakan untuk membolehkan murid sekolah kebangsaan daripada semua kaum memahami Gagasan 1 Malaysia.

Kita mahu pelajar semua kaum melakukan aktiviti bersama, makan bersama dan main bersama bagi memahami Gagasan 1Malaysia dan ia melibatkan semua negeri.

Kem 1Malaysia memang telah diputuskan di peringkat kementerian. Malangnya perkara sebegini pula yang berlaku. Bagaimanapun ia akan terus berjalan di seluruh negara," katanya.

Menurut beliau, tragedi berkenaan akan menjadi satu pengajaran berguna buat pihak kementerian dan guru-guru yang terlibat supaya lebih berhati-hati pada masa akan datang.

Justeru, beliau mahu soal keselamatan pelajar menjadi perkara paling utama yang sentiasa diberi perhatian selain kemudahan rawatan serta peralatan bantuan kecemasan ketika menjalankan aktiviti seumpama itu.

Seramai 294 murid sekolah kebangsaan sekitar daerah Kinta Selatan berada di pusat kokurikulum di SK Kuala Dipang di sini mengikuti perkhemahan 1Malaysia yang sepatutnya berlangsung empat hari bermula semalam.










Malaysiakini -Struktur lemah Punca Tragedi?

"Saya seperti tidak percaya apabila melihat saiz konkrit pelapik tiang jambatan... ia terlalu kecil dan tiada cerucuk," kata seorang penduduk yang enggan dikenali."

"Dari pemerhatian saya, simen pada kaki jambatan ini juga masih belum kering dan ia menunjukkan keadaan yang tidak selamat"

Kosmo Online 28 Oktober 2009

KAMPAR - "Selepas jambatan runtuh, murid-murid memaut tali kabel jambatan dan kami sedaya upaya membantu mengangkat seorang demi seorang mangsa ke tebing sungai.

"Namun makin lama paras air sungai semakin naik, tiga murid yang sudah keletihan terlepas pautan dan dibawa arus. Mereka menjerit meminta tolong tetapi kami tidak mampu menyelamatkan mereka kerana aliran sungai terlalu deras."

Demikian cerita pengawal keselamatan Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Dipang, Mohd. Rosli Mohamad (gambar), 44, mengenai detik-detik cemas selepas jambatan gantung di situ runtuh.

Menurut Rosli, dia dan seorang pengawal keselamatan lain, Ismail Ahmad, 62, berlari ke lokasi yang terletak kira-kira 400 meter dari pos pengawal setelah mendengar jeritan murid-murid sekolah dan guru pengiring meminta tolong.

"Sampai di tempat kejadian, kami berdua terkejut melihat jambatan gantung telah hilang dengan peserta perkhemahan pula dilihat sedang berpaut pada tali jambatan tersebut.

"Kami minta murid-murid pegang kabel itu kuat-kuat sebelum kami berdua terjun ke dalam sungai dan mengangkat seorang demi seorang murid-murid sekolah itu," ceritanya ketika ditemui di sini semalam.

Rosli memberitahu, kerja-kerja menyelamat turut dibantu beberapa fasilitator namun tidak lama kemudian paras air Sungai Kampar semakin naik dan deras hingga menyebabkan tiga peserta hanyut dibawa arus.

Katanya, tidak berapa lama selepas itu polis dan bomba yang dihubungi sampai untuk membantu mencari tiga pelajar yang hanyut.


Inilah kata orang, dah terantok baru nak tengadah. Kita selalu begini, mati dulu dua tiga orang baru nak kaji itu, nak kaji ini. 294 orang murid di kumpulkan satu kem tak terlalu ramai ker. Bolehkah diberi perhatian kepada mereka ini oleh guru-guru dan fasilitator?. Perlukah kanak-kanak seusia ini dikumpulkan di tempat begitu hanya dengan tujuan memberikan fahaman kepada mereka apa itu 1 Malaysia.

Sabtu, 24 Oktober 2009

Ikhtiar Seterusnya

Semalam aku ke hospital SALAM lagi untuk buat ulangan fisioterapi bagi sakit lutut aku ni. Sekarang ni sakit dah bermula semula. Malah kali ini makin menjadi. Malam-malam berdenyut tak boleh tidur. Tak tahu berapa kali bangun sapu minyak urut. Memang ujian betul. Kadang-kadang mengalir juga air mata menahan sakit.

Semasa fisioterafi berjalan, lutut ni berdenyut-denyut. Aku tanya pada ahli fisio tu, kenapa kaki aku masih sakit yang mana sepatutnya sakit atau bengkak akan berkurangan apabila kita buat fisio. Akhirnya ahli fisio tu suruh aku jumpa balik doktor Ariff, Pakar Ortopedik di hospital tu.

Setelah berjumpa, akhirnya dia memutuskan aku terpaksa menerima rawatan memasukkan cecair kedalam lutut. Itu saja cara yang boleh menghilangkan sakit ni. Kalau ikut doktor, hari ini Sabtu aku kena masih wad. Tapi memandangkan hari Selasa ni 27 Okober aku ada periksa terakhir untuk kursus tajwid alquran aku, aku minta tangguh masuk wad pada hari Rabu ni. Kalau aku tak periksa kali ni, jawabnya tahun depanlah. Sayangnya aku dah bertungkus lumus untuk periksa akhir ni. Kalau boleh tak naklah terbatal begitu sahaja.

Walaupun macam-macam pendapat yang diberi oleh orang-orang mengenai treatment ni, ada positif ada negatif, aku nekad aku terima yang positif sajalah sebab tak tertanggung dah rasanya. Semoga Allah permudahkan usaha ku ini. Mungkin ini jawapan dari doa yang selalu aku panjatkan padanya memohon petunjuk apa yang patut aku lakukan pada kaki ku ini.

Khamis, 22 Oktober 2009

Teman Ketika Sunyi & Penawar Duka

Jumaat minggu lepas aku ada kelas pengaji di Masjid Negeri. Selepas selesai mengerjakan sholat marghrib di rumah aku terus ke Masjid Negeri.

Tiba disana kelas belum bermula. Sementara menunggu mereka datang aku merayau ke beberapa gerai jualan yang terletak di dataran masjid. Beberapa gerai ni hanya dibuka pada hari Jumaat hingga Ahad sahaja. Niat asal aku kesana ialah untuk membeli buah kurma dan air mineral. Sayangnya tiba di sana gerai menjual kurma dan air mineral tu, penjualnya masih belum turun dari dewan sholat. Akhirnya aku singgah di kedai buku. Hasilnya belilah dua buah buku ini.



Yang sebelah kiri bertajuk "Benarkan Iskandar Bukan Zulqarnain". Dua-dua nama anak aku. Buku ni ditulis oleh Alfareez Abd Razak Al Hafiz, seorang pelajar yang sedang membuat Ijzah Ph.D. di UIA. Isi kandungan inilah yang pernah di tayang di ASTRO satu ketika dulu menggunakan tajuk yang sama. Harganya RM17.90.

Dah habis baca. Satu penemuan yang baru rasanya berbanding dengan buku-buku lain yang pernah aku baca mengenai orang yang bergelar Zulqarnain yang ada diceritakan dalam Surah Al Kahfi.

Buku Di sebelah kanan tu pula bertajuk "Dajjal Sudah Muncul dari Khurasan". Harga RM37.00. Buku ni belum baca sebab kena baca buku tajwid alquran dahulu kerana musim periksa. Mungkin minggu depan baru boleh baca. Tapi nampak macam menarik.

PENAWAR DUKA DAN PENENANG KERESAHAN



Mesti ramai yang dah baca buku ni"La Tahzan" atau "Jangan Bersedih". Paling tidak pun tahu mengenai buku ni. Buku nilah yang menemani aku satu ketika dulu ketika aku dilanda ujian Allah. Sehingga sekarang pun bila ada terasa sedih, buku nilah aku cari.





Buku ini "Penawar Hati Orang Yang Ditimpa Musibah", saya jumpa ketika mengemas almari buku/kitab dirumah aku. Tak ingat bila beli, tapi rasanya aku belum baca.

Rabu, 21 Oktober 2009

Peperiksaan

Malam tadi berlalulah sudah peperiksaan safawi untuk kelas Talaqi Tinggi AlQuran yang sedang aku ikuti di Masjid Negeri di Shah Alam ni. Hari Selasa depan 27 Oktober akan diadakan pula peperiksaan teori.

Ini adalah merupakan peperiksaan semester kedua iaitu semester terakhir. Seandainya lulus dengan cemerlang iaitu mendapat markah 90 ke atas, InsyaAllah pelajar yang mengikuti kelas ini akan dimasukkan ke Kelas untuk di didik menjadi guru alquran.

Hemmm entahlah, aku tak tahu nak mengandai sama ada aku boleh atau tidak ke tahap tu. Tapi tak apa seandainya aku tak dapat melanjutkan pelajaran ke kelas guru alquran aku akan mengambil kursus lain pula.

Apa nak buat dulu kita tak sekolah agama, jadi dah pencen nilah baru nak mengikuti kelas-kelas macam tu. Dulu bukanlah tak pandai mengaji tapi tau jerlah tidak belajar secara rasmi macam ni. Dulu belajar dengan tok-tok guru di mana semua ajaran diberitahu secara lisan sahaja. Kalau ingat, ingatlah, kalau tak ingat pun tak ingatlah.

Rabu, 14 Oktober 2009

Mimpi - Anugerah Tuhan Atau Gangguan Syaitan



Semua orang ada mengalami mimpi bila mereka tidor. Ada yang selalu bermimpi dan ada yang kadang-kadang saja. Tak terkecualilah diri aku sendiri. Kadang-kadang ada mimpi yang mengembirakan dan kadang-kadang ada mimpi yang bila terjaga mengganggu fikiran.

Orang selalu kata mimpi adalah mainan tidur. Tapi susah juga nak kata mainan tidur sebab ada mimpi juga yang memberi alamat atau petanda kepada kita si pemimpi tentang sesuatu perkara yang bakal terjadi. Selalunya perkara ini kita sedari bila ianya telah berlaku.

Kalau kita mendapat mimpi yang baik, tak apalah. Gembiralah kita. Tapi kalau mendapat mimpi yang tak seronok dan kadang-kadang kita tahu ianya membawa petanda yang tak elok, susah juga hati kitakan. Tapi kita kena ingat kadang-kadang syetan pun suka mengoda kita juga. Apa yang berlaku adalah kadaq dan kadar dari Allah.

Rasanya jalan terbaik ialah kita ikut cara yang diajar oleh Rasulullah s.a.w.. Rasulullah mengajar supaya sebelum tidur ambik wudhuk dulu dan bacalah ayat-ayat Al-Quran. Baca ayat Kursi dan akhir surah Al-Baqarah serta surah Al-Ikhlas, Al-Falaq, dan An-Naas serta doa membaca do’a-do’a yang dicontohkan Rasul. Ada juga yang menambah semasa membaca ayat-ayat Al Quran ini tadahkan tangan. Bila selesai, hembus ke tapak tangan kita tu dan sapu ke seluruh badan. Fungsinya sebagai pelindung dari gangguan syetan.

Ada orang ajar kalau kita bermimpi sesuatu yang tidak baik, bila terjaga bacalah "Wala haulawala kuwataillah billa il azim" dan meludah (tanpa keluar air liurlah) kiri dan kanan. Dan jangan ceritakan kepada sesiapa.

Di bawah ni sajalah nak kongsi sikit-sikit tentang apa itu mimpi yang aku jumpa dalam artikel yang pernah dibaca dari Al Islam.com

Hadis riwayat Abu Hurairah ra.:

Dari Nabi saw. bahwa beliau bersabda: Ketika kiamat telah mendekat, mimpi seorang muslim hampir tidak ada dustanya. Mimpi salah seorang di antara kalian yang paling mendekati kebenaran adalah mimpi orang yang paling jujur dalam berbicara. Mimpi orang muslim adalah termasuk satu dari empat puluh lima bagian kenabian.

Mimpi itu dibagi menjadi tiga kelompok:

Mimpi yang baik, yaitu kabar gembira yang datang dari Allah.

Mimpi yang menyedihkan, yaitu mimpi yang datang dari setan; dan

mimpi yang datang dari bisikan diri sendiri.

Jika salah seorang di antara kalian bermimpi yang tidak menyenangkan, maka hendaknya dia bangun dari tidur lalu mengerjakan sholat dan hendaknya jangan dia ceritakan mimpi tersebut kepada orang lain.

Beliau berkata: Aku gembira bila mimpi terikat dengan tali dan tidak suka bila mimpi dengan leher terbelenggu. Tali adalah lambang keteguhan dalam beragama. Kata Abu Hurairah: Aku tidak tahu apakah ia termasuk hadis atau ucapan Ibnu Sirin."


Itulah sikit sebanyak tentang mimpi yang boleh kita kongsi.

Rabu, 7 Oktober 2009

Fisioterapi Untuk "Knee Arthritis'

Kejap lagi aku kena ke Hospital SALAM lagi untuk ulangan buat fisioterapi bagi lutut aku yang sakit semenjak 2 hari sebelum raya ni. Termasuk hari ni dah 4 harilah aku buat fisioterapi ni.



Lutut ni memang dah sentiasa sakit. Tapi kali ini sakitnya berlainan kerana langsung tak boleh angkat kaki bila melangkah. Bila nak bergerak terpaksa aku heret jer kaki kiri ku ini. Sebab bila aku angkat jer kaki, sakit tak terkira di bahagian lutut.

Dah banyak cara dibuat untuk hilangkan sakit ni termasuk cara tradisional. Dah berapa kali doktor nasihatkan aku supaya mengambil injection untuk masukkan cecair ke dalam lutut tapi aku tak nak. Seboleh-bolehnya nak cuba cara lain dulu. Ini memandangkan pada ketika itu, sakit ni hanya datang bila aku berjalan atau buat banyak buat kerja-kerja rumah. Tapi sekarang nampaknya tak buat pergerakan pun sakit berdenyut-denyut. Waktu malam tak tahu berapa kali bangun sapukan minyak panas untuk kurangkan sakit. Rasanya tak tertahan lagi. Nak telan pain killer banyak-banyak takut efek buah pinggang pulak.

Buat masa sekarang doktor suruh aku buat fisioterapi dulu sebanyak 6 sesi. Dia juga beri ubat untuk tambahkan cecair di dalam lutut di samping ubat tahan sakit jika dah tak tertahan. Salah satu caranya fisioterapi yang dilakukan ialah dengan cara short wave iaitu memanaskan kedua-dua lutut untuk menghilangkan sakit dan bengkak.

Lagi satu cra aku tak tahu apa namanya tapi menggunakan peralatan yang boleh menyedut dan memicit tempat yang sakit seperti orang mengurut. Nampaknya buat masa sekarang ni dah banyaklah berkurang. Tapi aku tak pasti sakit ni berkurangan kerana ubat tahan sakit atau kesan dari fisioterapi. Doktor kata kalau cara ni tak berkesan, aku terpaksa mengambil injeksen untuk memasukkan cecair kedalam lutut bagi mengelakkan pergeselan tulang-tulang disitu.

Inilah agaknya penyakit aku ni lebih kurang, aku berdoa janganlah cara ke6 dan ke7 tu sampai pada aku. Uuuhhhh Ngeri

The most common and most disabling cause of knee arthritis is osteoarthritis (OA), or "wear and tear". The most common symptoms of OA are pain, swelling, stiffness, catching, instability, and deformity.

Treatment of symptomatic OA includes several levels of management, akin to a step-ladder approach, with higher steps carrying higher risks:



1st step: observation (watch and "wait and see" approaches)

2nd step: rest, modification of activities to avoid painful triggers, ice, knee sleeves, elevation, shoe shock absorbing inserts, physical therapy, etc.

3rd step: supplements like glucosamine and chondroitin sulfate, medications like acetominophen (tylenol)

4th step: medications like aspirin and non-steroidal anti-inflammatory drugs (check with your MD first, these carry a risk of bleeding ulcers and other potential problems); narcotics are rarely used because of the potential for accomodation, addiction and abuse

5th step: injections like "cortisone" and hyaluronic acid

6th step: arthroscopic debridement (i.e.- clean-out, wash-out, tune-up, "oil-change"), which usually has limited benefit

7th step: knee reconstruction- osteotomy (change shape of knee to correct deformity), partial or total knee replacement ("resurface and rebuild")

Isnin, 5 Oktober 2009

Terkenang Semasa Lalu

Tadi aku merayau ke blog lama aku disatu forum. Disitu kami selalu berhimpun, bercerita, bergurau senda. Tidak pernah sekali ingin dilukai dan melukai. Ada antara kawan-kawan seforum tu yang pernah berjumpa, ada yang tidak pernah berjumpa. Tapi rasanya mesra sungguh seolah-olah semuanya pernah ditemui.

Aku ingin abdikan beberapa entri aku dari blog sana ke blog ini sebagai satu nostalgia yang penuh makna.

(1) Kegelodakan Perasaan - Wed May 14, 2008 2:24 pm



Lama aku tunggu surat tu datang
Akhir Jumaat lepas
Surat tu aku terima

Bermacam perasaan timbul
Aku diam sajer
Nak ingin menyelami perasaan sendiri
Gembirakah aku
Dengan keputusan ini
Ini keputusan yang aku buat sendiri

Macam-macam rasa ada
Gembira
Sebab dapat apa yang ku pohon
Sedih
Memang ada kerana disinilah bertahun-tahun tempat aku mencari rezeki
Disinilah segala pahit maung kehidupan yang aku lalui
Dari usia remaja sehingga kini menjelang usia persaraan
Lamanya aku di sini, setianya aku pada pekerjaan ku ini

Hasil kerja ku inilah
Kami bersama-sama membesarkan anak-anak
Dari kecil hingga sekarang dah boleh membina hidup sendiri

Aku diluluskan bersara
Bermula 16 Jun 2008
Bebaslah aku sebagai seorang pekerja

Semua kawan-kawan tanya
Apa aku nak buat selepas bersara
Sebab badan masih sihat

Aku kata
Semasa sehatlah aku hendak bersara
Hendak menikmati hidup sebagai seorang yang berjawatan
Suri rumah sepenuh masa

Semoga Allah kurniaku kesihatan yang baik
Murahkan rezeki kami semua
Semoga dengan semua rahmatNYA itu
Aku berjaya membina diri dan keluarga
menjadi muslim yang lebih sempurna

Tidak lagi tergesa-gesa
Tidak lagi mengejar masa dalam mengerjakan tanggungjawab kepadaNYA
Semoga bebasnya diri dari tanggungjawab ini
Aku aku menjadi muslim yang lebih sempurna


(2) Hari-hari terakhir - on Sat Jun 14, 2008 9:14 pm

Semalam hari terakhir aku di pejabat aku

Perasan aku macam-macam. Berbaur antara suka, sedih dan keliru
Aku keliru dan masih berfikir
Betulkah keputusan ku ini
Tak menyesal ker aku

Tapi aku dah tak boleh undur
Aku kena melangkah terus ke depan
Walau apa pun yang mendatang
Ini keputusan yang aku buat sendiri
Keputusan yang tidak dipengaruhi oleh sapa2
Walaupun hasben aku sendiri

Sebenarnya aku tidak pernah bercerita kepada sesiapa,
kenapa sebenarnya aku mengambil keputusan
mengakhiri kerjaya aku.

Hakikatnya semenjak kehilangan anak lelaki ku
Kesannya sangat dalam di hati ini
Aku ingin melupakan peristiwa itu
Sedaya upaya

Ini menjadikan aku manusia yang sering lupa
Kadang2 aku angkat ganggang telefon
Tapi aku lupa siapa yang akan nak panggil
Bila aku banyak berfikir ketika melakukan kerja
Kepala aku sakit berdenyut2.

Dari situ aku rasa kemampuan ku dah berkurang
Jadi aku ingin mencari ketenangan dan mahu lagi tidak berserabut
dengan masalah kerja.




(3) Sebakkkkkkkkk - on Sat Jun 07, 2008 1:55 am

Petang tadi sebaik selesai menunaikan sholat asar sekembalinya dari Kuala Pilah kerana menjemput Sakinah dari Kolej Maktrikulasi, terdengar sakinah memanggil, katanya ada orang cari. Selepas memakai tudung, terus turun ke bawah untuk melihat siapa yang datang.

Rupanya kawan sepejabat. Sebenarnya hari ini aku cuti. Minggu depan, minggu terakhir aku bekerja di UM ni. Aku tengok dia bawak kotak besar berbalut cantik. Aku ingat itu hadiah untuk anak ku yang baru kawin. Tapi bila dia menyerahkannya ke tangan dia kata hadiah ini untuk aku dari Timbalan Pengarah Unit Hubungan Antarabangsa dan Korporat tempat aku kerja. Sebenarnya ku tidak bekerja di Unit ini tetapi selalu membantu Unit ini dalam acara-acara di UM. Selepas ucap terima kasih aku masuk ke dalam rumah selepas kawan aku tu tak nak singgah kerana nak cepat balik.

Aku terus ke bilik tidur aku, tak sabar rasanya nak melihat apakah gerangan hadiah itu. Tuan punya hadiah ni aku kenal benar. Kami sama-sama bertungkus lumus menjayakan Majlis Konvokesyen setiap tahun dari semenjak 1994 lagi. Kami jugalah akan menguruskan kebanyakan apa-apa Majlis sama ada di hotel-hotel atau di Kampus untuk UM. Tapi pada tahun lepas secara rasminya aku tulis surat pada Pengarah Unit Hubungan Antarabangsa dan Korporat minta maaf aku tak boleh terlibat lagi dalam majlis Universiti kerana sakit di lutut ku ini tidak mengizinkan aku bergerak cergas macam. Tapi aku berjanji aku akan membantu dari segi perancangan dan lain-lain yang tidak memerlukan banyak pergerakan.


Hadiah aku buka, inilah dia





Tiba-tiba aku sebak. Terutama bila membaca nota yang disertakan. Menitis air mata aku. Ingat juga dia kepada ku. Dia tahu aku memang suka bunga. Sebab itu setiap kali ada majlis keraian, dia akan serahkan pada aku urusan memesan bunga-bunga dari floris. Baru ketika itu aku rasa sedih bila mengenangkan yang aku akan bersara seminggu lagi. Tapi kenapa aku mesti sedih, aku sendiri yang minta keadaan ini terjadi.

**********************************************************************************

Aku ingin jadikan entri-entri di atas sebagai ingatan pada diri sendiri, semoga aku tidak lupa tujuan asal aku bersara dari pekerjaan ini. Semoga kebebasan persaraan ini tidak melekakan aku dengan sesuatu yang menyimpang dari hasrat yang pernah terpendam.

Jumaat, 2 Oktober 2009

Pertunangan

Pada 6 Syawal baru lepas ni kami beramai ke Baling untuk menguruskan pertunangan anak saudara aku si Zul.





Dari Pauh singgah Permatang,
Singgah merapat papan kemudi.
Dari jauh kami datang,
Harap tuan sudi dihati.






Sudah lama langsatnya condong,
Barulah kini batangnya rebah.
Sudah lama niat dikandung,
baru sekarang diizinkan Allah


Perahu kolek ke hilir tanjung
Sarat bermuat tali jerami
Salam tersusun sirih junjung
Menyampaikan hajat teruna kami




Kalau berakit guna galah,
Cepat tuan tiba ke pantai.
Kalau sudah kehendak Allah,
Niat terkabul hajat pun sampai.




Melur basah ditimpa gerimis
Melati kembang bercabang dua
cincin disarung ke jari manis
Lambang bersatu dua jiwa






Kayu cendana jatuh dibatu
Merah menyala bunga delima
detik bersama mu ku hitung waktu
Haraplah sudi bonda terima




Buah keranji kulitnya hitam,
Terlerai tangkai sibunga padi
Sirih pinang telah disembahkan,
Cuma menunggu hari jadi




Derdap merah dihujung dahan
Mawar mewangi di atas pedati
Kami bersyukor kepada Tuhan
Sudah termakhbul hajat dihati