Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Selasa, 29 September 2009

Aidilfitri Di Putrajaya

Di hari kedua, selepas ada dua keluarga anak saudara yang datang beraya, petangnya kami ke Putrajaya. Pelikkan. Bukan kerumah sapa-sapa tapi ke Masjid Putrajaya. Kemana lagi kami nak pergi, adik-beradik semua balik kampong pasangan masing-masing.

Tiba berhampiran Masjid Putrajaya, kedengaran Azan Maghrib. Dapatlah kami berjumaah sholat Maghrib di situ. Ketika di persekitaran Masjid ini dan di dalam Masjid itu sendiri kami merasakan seolah-olah kami bukan di Malaysia. Mana taknya persekitaran Masjid dipenuhi dengan orang dari benua arab, ada yang berjubah hitam, ada yang pakai jeans (yang muda). Anak-anak kecil orang-orang arab berlarian kesana kemari. Kata Salam "Mama macam kita di Jedah pulak". Orang malaysia jadi puak minoriti.





Maghrib di persekitaran Masjid Putrajaya



Jalan menuju dewan sholat.





Di luar persekitaran Masjid selepas sholat maghrib. Yang berjubah gelap dan yang berdiri-diri tu adalah orang arab ataupun negara bersekitarannya.



Sakinah kena pakai Jubah sebelum masuk Masjid sebab dia pakai jeans. Bukan jeans saja, aku perhatikan wanita-wanita yang memakai seluar dan baju paras lutut pun kena pakai jubah.





Keluar dari Masjid kami menuju ke Alamanda untuk makan-makan. Ramai juga orang di Alamanda ni walaupun hari raya.

Suasana Aidilfitri Yang Sunyi Di Shah Alam

20 September 2009 - First Day Raya



Sejak 3 tahun lalu kami hanya akan balik ke kampong di dungun, terengganu pada hari raya Aidilfitri kedua. Dapatlah kami berkumpul dengan kaum keluarga, beraya dari rumah kerumah sanak saudara dan kawan-kawan di sana. Tapi Aidilfitri kedua tahun ini dan sehingga sekarang ini kami tidak balik ke dungun. Kami menyambut Aidilfitri di Shah Alam ni dalam suasana persekitaran yang sunyi sepi. Kembali dari Sholat Sunat Aidilfitri kami sendiri makan kuih muih dan lauk pauk raya.

Kebanyakan jiran-jiran balik kampong. Tinggal beberapa buah rumah saja yang berpenghuni di lorong rumah aku ni. Kami berjumpa semasa di Masjid saja. Sedihnya raya. Hari Raya Pertama ni kami tak ke Pusara anak dan mak aku. Selalunya pada hari raya pertama ni, jemlah kawasan perkuburan tu. Kami dah menziarah pusara mereka berdua pada hari terakhir Ramadhan. Lagi pun kami sentiasa menziarahi perkuburan ni tak kira hari apa. Bila rindu kami (aku dan suami) akan kesana.

Selamat Ulang Tahun Sayang

Lama tak buat entri baru, gara-gara sebok dengan puasa dan hari raya.



14 SEPTEMBER 2009

Bertambah setahun lagi usia Abah anak-anak aku ni. Aku sentiasa doakan dia dikurniakan Allah kesihatan yang baik supaya dapat dia melakukan tugasnya kepada Allah dengan lebih sempurna. Kebetulan birthday Abahnya tahun ni jatuh pada bulan puasa. Jadi kami raikan Ulang tahun Kelahiran Abah ketika berbuka puasa. Sayangnya, Zulaikha beserta suami dan anak-anaknya tak dapat raikan bersama. Sakinah pulak tak dapat balik. Maklumlah bukan hari minggu. Tapi masing-masing dah ucapkan dan hantar ucapan Selamat Hari Lahir Abahnya pada genap detik 12 malam pada 14 September tu. Nasib baik salam sedang bercuti seminggu sebelum examnya.



Kek Untuk Abah dari anak-anak. Abah gelak-gelak jer masa ni. Tapi Mama tau jauh disudut hati Abah, Abah sedih. Selalunya birthday Abah kita semua ada menyambutnya. Tapi kali ini hanya kita berlima dengan Kaisah. Dulu kadang-kadang birthday abah kita buat di hotel atau tempat-tempat makan di luar, tapi semenjak Abang Is tak ada lagi, abah tak nak. Abah kata cukuplah buat kat rumah.

Semenjak Abang Is tak ada kita juga dah tak berbuka di luar lagi. Selalunya abah akan belanja kita semua berbuka sekali dalam bulan Ramadhan ditempat yang kita pilih. Sebab abah akan sedih bila terkenang tahun terakhir Abang Is berpuasa bersama kita. Mama masih ingat dia beria-ria mengajak kita semua termasuk Pak Su Mie berbuka di "Big Plate" di Subang. Dia kata dia dah booking table. Kak Ju termasuk Eresya yang masa tu baru beberapa bulan juga ikut serta. Semua itu tinggal kenangan.



Hanya Kaisah yang ada bersama untuk selebret birthday Tokbah. Kak Izati dan kak Eresya tak dapat datang. Nanti kejap lagi Kaisah pegi rumah kakak hantarkan kek birthday Tokbah yer.



Berbuka hari tu mama masak nasi lemak. Nasi lemak mama ni faveret Salam. Lauknya ada sambal tumis ikan bilis, sambal tumis sotong, rendang ayam dan tak lupa ikan tongkol masak berlada untuk Abah. Telur mata kerbau juga mesti ada. Itu syarat wajib lauk nasi lemak Salam. Pejal tu mama beli kat Restoran Azira. Sedap pejal dia.

Jumaat, 18 September 2009

Rumah Kecil Tiang Seribu

Rumah Kecil Tiang Seribu
Rumah Besar Tiang Sebatang
Masa Kecil Kau Ditimang Ibu
Dah Besar Kau ditimang Gelombang




Sedihnya hati ibu andai anak bersedih. Dari tapak kaki anak sebesar dua jari kata orang, doa tak pernah lepas dari mulut ibu semoga anak mendapat kebahagian dunia dan akhirat. Ditimang dengan penuh kasih sayang agar tidak terdengar tangisan anak walau sedetik. Dibelai dengan penuh kasih sayang, nyamok sekor pun kalau boleh tak nak diberi gigit. Tak mahu anak menderita jiwa dan batin.

Apakan daya, masa beredar, si anak meningkat remaja dan dewasa. Keadaan sudah berubah. Ibu tidak dapat lagi melindungi terutama dalam soal perasaan dan hati anak-anak. Anak-anak membentuk kehidupan sendiri dalam mencari bahagia. Betapa sedih dan hancurnya hati seorang ibu seandainya mengetahui anak yang dibelai dengan penuh kasih sayang telah tewas dan terguris hatinya dalam menempoh gelombang kehidupan. Selain doa dan semangat tak ada apa yang dapat seorang ibu membantu.

Itulah gelombang kehidupan. Pandai-pandailah mendayung dalam menempoh gelombang hidup semoga diri tidak lemas dan tengelam dalam menuju pulau kebahagian. Andai kau jatuh, bangunlah berdiri kembali, kejarlah kehidupan ini semoga kau temui sorga dunia dan sorga akhirat.

Selasa, 8 September 2009

Muara Kuala Dungun

Muara Dungun Airnya Biru
Perahu nelayan berbaris-baris
Jambatan Baru megah membelahi
Kepala bingung jiwa terharu
Bila Terkenang hati menangis
Sudah suratan takdir Ilahi


Baru-baru ni aku dan hasben balik ke Dungun selama 3 hari. Balik ke sana untuk sama-sama berbuka puasa dan lain-lain tugas bersama adik beradik dan saudara mara. Aku begitu rindukan kuih muih tradisi Terengganu. Sebab tulah setiap kali bulan puasa kalau tak ada aral kami sekeluarga akan balik ke dungun. Sekarang kami balik berdua saja sebab anak-anak dah besar dan ada hal masing-masing.

Seperti biasa, bila di kampong ketika lapang, kami akan berkereta di sepanjang pantai di Teluk Lipat atau di sepanjang sungai dungun. Sekarang untuk menyeberangi sungai dungun tidak perlu lagi berperahu. Sebelum jambatan ni di bina kalau hendak ke kampong seberang melalui sungai kita kena naik bot atau perahu.





Gambar menunjukkan jambatan baru yang merentangi sungai dungun yang baru siap pada tahun lepas.

Seronok tengok cantikan persekitaran sungai dungun sekarang.









Dikampong seberang terdapat pantai-pantai yang cantik untuk dijadikan kawasan perkelahan.





Kampong Kledang

Minggu lepas tiba-tiba teringat pada adik perempuan ku dan keluarganya yang dah agak lama tak bertemu. Dia ni susah sikit nak datang kerumah sebab tak ada kenderaan sendiri dan hidup di pendalaman dalam sebuah kampong di Slim River. Kalau ada hal mustahak sangat atau ada yang sakit demam kata orang barulah dia dan keluarga datang ke rumah.

Jadi selalunya bila rindu pada mereka pihak akulah yang akan ke sana. Rumahnya nun jauh berdekatan dengan sebuah Ladang Kelapa Sawit. Selepas Pekan Slim River kami terpaksa merentasi sebuah ladang kelapa sawit yang sangat luas barulah kami tiba ke rumahnya. Di sebuah Kampong bernama Kampong Kledang. Tak taulah berapa ramai penduduknya tapi ada sebuah sekolah rendah.

Ketika melalui kawasan Ladang ni seronok tengok jajaran pokok2 kelapa sawit di sepanjang perjalanan.







Para pekerjanya tak pernah pulak nampak.

Dari kejauhan kelihatan deretan rumah pekerja ladang. Cantik jugak nampaknya.





Terdapat juga kawasan-kawasan yang sedang di usahakan untuk ditanam semula. Mungkin kerana pokok-pokok tu dah tua.



Selepas duduk beberapa jam di rumah adik, selepas sholat zohor kami kembali ke Shah Alam. Sempat juga ambik gambar anak saudara buat kenangan. Dah besar budak-budak ini.



Sebagaimana perjalanan pergi ke Kledang tadi, begitu juga semasa balik, kami kena merentasi kawasan ladang kelapa sawit tu semula. Sebaik saja keluar dari kawasan ladang tersebut, kami diucapkan 'goodbye' oleh kawan-kawan rimba ni.





Bye bye nyet.

Ahad, 6 September 2009

Iman Semut Vs Iman Manusia.

IMAN SEMUT...

Di zaman Nabi Allah Sulaiman berlaku satu peristiwa, apabila Nabi Allah Sulaiman nampak seekor semut melata di atas batu; lantas Nabi Allah Sulaiman merasa hairan bagaimana semut ini hendak hidup di atas batu yang kering di tengah-tengah padang pasir yang tandus. Nabi Allah Sulaiman pun bertanya kepada semut: "Wahai semut apakah engkau yakin ada makanan cukup untuk kamu".

Semut pun menjawab: "Rezeki di tangan ALLAH, aku percaya rezeki di tangan ALLAH, aku yakin di atas batu kering di padang pasir yang tandus ini ada rezeki untuk ku".
Lantas Nabi Allah Sulaiman pun bertanya: "Wahai semut, berapa banyakkah engkau makan? Apakah yang engkau gemar makan? Dan banyak mana engkau makan dalam sebulan?"
Jawab semut: "Aku makan hanya sekadar sebiji gandum sebulan".

Nabi Allah Sulaiman pun mencadangkan: "Kalau kamu makan hanya sebiji gandum sebulan tak payah kamu melata di atas batu, aku boleh tolong". Nabi Allah Sulaiman pun mengambil satu bekas, dia angkat semut itu dan dimasukkan ke dalam bekas; kemudian Nabi ambil gandum sebiji, dibubuh dalam bekas dan tutup bekas itu. Kemudian Nabi tinggal semut didalam bekas dengan sebiji gandum selama satu bulan. Bila cukup satu bulan Nabi Allah Sulaiman lihat gandum sebiji tadi hanya dimakan setengah sahaja oleh semut, lantas Nabi Allah Sulaiman menemplak semut: "Kamu rupanya berbohong pada aku!. Bulan lalu kamu kata kamu makan sebiji gandum sebulan, ini sudah sebulan tapi kamu makan setengah".

Jawab semut: "Aku tidak berbohong, aku tidak berbohong, kalau aku ada di atas batu aku pasti makan apapun sehingga banyaknya sama seperti sebiji gandum sebulan, kerana makanan itu aku cari sendiri dan rezeki itu datangnya daripada Allah dan Allah tidak pernah lupa padaku. Tetapi bila kamu masukkan aku dalam bekas yang tertutup, rezeki aku bergantung pada kamu dan aku tak percaya kepada kamu, sebab itulah aku makan setengah sahaja supaya tahan dua bulan. Aku takut kamu lupa".

Itulah Iman Semut!!


IMAN MANUSIA??

Di zaman Imam Suffian, ada seorang hamba Allah yang kerjanya mengorek kubur orang mati. Kerja korek kubur orang mati bukan kerja orang ganjil. Bila ada orang mati, mayat terpaksa ditanam, oleh itu kubur perlu digali dulu. Tetapi yang ganjil mengenai hamba Allah ini ialah dia tidak gali kubur untuk tanam mayat.Sebaliknya apabila orang mati sudah ditanam, waris sudah lama balik ke rumah dan Munkar Nakir sudah menyoal, barulah penggali ini datang ke kubur untuk korek balik. Dia nak tengok macam mana rupa mayat setelah di "interview" oleh Munkar Nakir. Dia korek 1 kubur, 2 kubur, 3 kubur, 10 kubur, 50 kubur sampai 100 kubur. Lepas itu, penggali pergi kepada Imam Suffian dan bertanya kepadanya: "Ya Imam, kenapakah daripada 100 kubur orang Islam yang aku gali, dua sahaja yang mana mayat di dalamnya masih berhadap kiblat. Yang 98 lagi sudah beralih ke belakang?".

Jawab Imam Suffian: Diakhir zaman hanya 2 dari 100 umat Islam yang percaya rezeki itu di tangan Allah. 98 orang lagi tidak percaya bahawa rezeki di tangan Tuhan".


Aku petik cerita ini dari http://www.mdarulquran.net.my. Allah telah berkali-kali berfirman dalam Al-Quran DIAlah pemberi rezeki. Tapi kenapa kita masih ragu.

Mencari Lailatul Qadar


Gambar di atas ini aku ambik dari NasyidFM.

Bulan Ramadahan bulan diturunkan Lailatul Qadar

"Sesungguhnya kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada malam Lailatul Qadar. Dan tahukah kamu pada dia Lailatul Qadar itu. Lailatul Qadar itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu diturunkan malaikat dan Jibrail dengan izin tuhan mereka untuk mengutus segala urusan. Sejahteralah (malam) sehingga terbit fajar."(surah Qadr:1-5)

Memandangkan dalam bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini terdapat satu malam yang lebih mulia berbanding 1,000 bulan, iaitu lailatul qadar menjadikan aku juga sama-sama ingin sama-sama bertemu dengan malam Lailatul Qadar.

Begitu cepat rasanya hari berjalan, hari ni dah 16 Ramadhan. Seperti umat-umat islam yang lain aku juga tertanya-tanya bilakah berlakunya lailatul qadar. Rasulullah SAW ada bersabda:

"Carilah lailatul qadar pada malam-malam yang ganjil daripada 10 malam terakhir di bulan Ramadan. (riwayat al-Bukhari di dalam sahihnya, no: 2017.)

Dalam sabdanya yang lain baginda SAW menyebut:
Carilah (lailatulqadar) pada 10 malam terakhir. Jika seseorang kamu lemah atau tidak mampu, janganlah Dia kalah (putus asa) mencarinya pada baki tujuh malam terakhir. (riwayat Muslim di dalam Sahihnya, no: 1165).


Semoga Allah memberikan kita kesihatan yang baik untuk membolehkan kita mengerjakan amal ibadat kepadaNYA kerana fadilat malam mulia itu akan menyinari orang yang benar-benar ikhlas, khusyuk dan istiqamah dalam mempertahankan nilai keIslaman dalam setiap tutur kata, perilaku, akhlak, ibadat dan kegiatan sehariannya. Mudah-mudahan dengan itu Allah SWT meluaskan rahmat-Nya kepada kita semua dengan memberi ganjaran pahala yang berlipat kali ganda.

Khamis, 3 September 2009

Sahabat Lama

Aku di Dungun ni. Rancangnya besok akan bergerak balik ke Shah Alam.

Semalam aku ke Kuala Terengganu. Tiba-tiba teringat kepada seorang sahabat lama. Sahabat yang sama-sama belajar di ITM dulu. Dengar berita dia tak sihat sekarang. Ada masalah buah pinggang. Sayangnya akan tak ada nombor telefon dia. Macam mana aku nak berhubung dengan dia. Akhirnya aku teringat tempat terakhir dia bekerja. Mungkin disitu ada cara untuk aku menghubungi dia. Aku masih ingat nama kampongnya. Tapi aku dah lupa di mana rumahnya. Maklumlah Terengganu sekarang dah banyak berubah.

Aku hubungi pejabat lamanya melalui nombor telefon lama dia. Nasib penyebelahi aku, di pejabat lama tu ada menyimpan no telefonnya. Aku hubungi dia, terdengar suara dia menjawab. Aduh gembiranya aku. Tapi sayang dia dah tak cam suara aku. Dia tanya saper ni. Terpaksalah kenalkan diri.

Akhirnya kami berjanji akan berjumpa di satu tempat bukan di rumahnya, kerana kebetulan dia terpaksa keluar untuk kesuatu tempat. Tempatnya ialah di salah satu Pusat Dialisis.

Aku dan hasben tiba ditempat tu tepat pada masa yang dijanjikan. Tiba di Pusat Dialisis tu suami dia dah menunggu di sana. Wah dah berubah wajahnya. Yerlah kami dah tua. Rupanya dah lebih 10 tahun kami tak berjumpa.

Di dalam Pusat tu aku tengok sederet pesakit-pesakit sedang menjalani dialisis. Mereka nampak segar bugar dan boleh gelak-gelak. Tapi yerlah kita nampak pada zahirnya sahaja. Aku terus ke tempat kawan aku menjalani dialisis. Dia tak banyak berubah. Cuma aku sedih tengok dia sakit. Rupanya dah 6 tahun dia menjalani dialisis. Katanya dalam menjalani dialisis dia tidak selalu sihat. Kadang-kadang pitam, dan kadang-kadang kena krem kaki. Itulah sebabnya suami dia akan tunggu dia ketika menjalani dialisis. Walaupun terpaksa menunggu 4 jam untuk satu sesi.

Kami bercerita panjang. Rupanya dia tahu tentang anak aku yang meninggal tu. Dia minta maaf sebab menyebut hal itu. Aku kata tak aper. Sekarang aku dah boleh bercerita mengenai peristiwa itu. Itu takdir Allah dalam perjalanan hidup ku.

Dia kata dia bersyukur walaupun terpaksa menjalani dialisis 3 kali seminggu tapi dia masih mampu ke sana ke mari. Kalau orang yang kena strok lagi kesian. Aku mengeyakannya. Kita kena fikirkan orang yang lebih teruk dari kita, kalau tidak kita akan bersedih. Bersedih tidak akan bawa kita ke mana-mana. Hidup ini mesti diteruskan kerana masih diberi peluang oleh Allah untuk hidup.

Aku menghabiskan masa 2 jam bersama dia. Aku cuba tidak menunjukkan sedih walaupun dia beberapa kali mengesat air mata ketika kami bercerita. Aku beredar dengan janji akan menghubungi dia lagi.

Selamat tinggal sahabat. Semoga kita jumpa lagi, InsyaAllah.