Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Isnin, 31 Ogos 2009

Nostalgia




Beberapa hari lepas terdengar lagu "Sayang Jangan Mengenang" nyanyian Dayangku Aminah iaitu seorang penyanyi 60an berasal dari Brunei dari FM Klasik. Sayangnya bila dicari tak ada pulak lagu ni dinyanyi oleh Dayangku Aminah tapi dinyanyikan oleh Fatimah M. Amin.

Lagu mengimbau mengimbau kembali kezaman semasa belajar di ITM Shah Alam dahulu. Antara kawan2 Brunei ketika itu termasuk penyanyi ini. Hingga sekarang, ada di antaranya yang kami masih berhubung. Mereka datang ke rumah bila ke Malaysia ni. Cuma aku jer tak tau bila nak ke sana. Janji tetap tinggal janji.

Masa kerja kahwin Dzulkarnain dulu pun kawan-kawan ni ada datang. Mereka ni dah jadi orang besar di negara mereka, gelaran pun dah berubah, kalau dulu Awangku/dayangku sekarang dah jadi Pengiran. Tapi Alhamdulillah mereka ni masih seperti dulu. Masih meminta kami memanggil mereka sebagaimana mana di ITM dulu.

Zaman aku di ITM dulu jugalah Zahid Ibrahim (sekarang Dato') menjadi Presiden PSITM. Tapi masa tu Zahid ni jauh lebih seniorlah dari aku. Lepas tu aku sempat juga bila Ibrahim Ali jadi Presiden PSITM. Masa tulah kami malam-malam kalau kami tak ada kelas selalu berkumpul di Speaker Corner untuk mendengar ceramah Dato' Sri Anuwar Ibrahim. Isi ceramah lebih kurang sekaranglah. Cuma isunya saja berlainan mengikut isu semasa.

Di ITM masa tu kami diberi makan roti lebih banyak dari nasi. Untuk Sarapan pagi boleh dikatakan tiap-tiap hari kami makan roti dan telur separuh masak. Tengahari roti dan lauk atau mee hoon goreng ataupun nasi goreng. Malam barulah kami diberikan nasi. Cuma pada hari Ahad kami dihidangkan nasi lemak sebagai breakfast, nasi minyak untuk hidangan tengahari dan malam juga dapat nasi. Begitulah setiap hari. Nak masuk dewan makan mesti berpakaian lengkap tak boleh pakai seluar (bagi perempuan)tapi mini skirt boleh, he he apa nak buat zaman jahiliah.

Masa zaman tulah kami pelajar ITM buat demonstrasi pada pihak Pentadbiran beritahu mereka kami nak makan nasi waktu tengahari dan malam. Hasilnya pelajar-pelajar selepas itu dapatlah makan nasi walaupun mereka komplen nasi lauk tak sedap.

Masa tu kalau ada duit pun tak boleh beli apa-apa sebab kampus ITM Shah alam dikelilingi hutan getah. Kedai, nun di Seksyen 16. Jauh sangat, kena lintas ladang getah dan lintas jalan KL/Kelang tu. Paling seronok bila malam minggu dapat ke Pasar Malam di Kelang. Tapi kebanyakan dari kami golongan tak berduit. ITM beri kami RM15 sebulan untuk belanja. Mana yang mak bapa senang, tiap-tiap bulan adalah terima duit kiriman. Pada yang dari keluarga susah, seratus peratus bergantung kepada elaun bulanan tulah. Jadi apa yang ITM beri itulah yang kami telan, sedap tak sedap pun. Budak-budak sekarang untung sungguh. Semua boleh beli janji ada duit dalam tangan.

Bila dah bekerja, kebetulan ada hubungkait dengan Tan Sri Arshad, aku pernah tanya dia kenapa masa tu kami diberi makan roti, dia kata untuk mengelakkan pelajar mengantuk bila ada kuliah petang dan yang paling mustahak nak ubah corak hidup dan pemikiran pelajar ITM masa tu yang majoritinya datang dari kawasan luar bandar.

Jumaat, 28 Ogos 2009

Nyaris Kehilangan

Terima kasih Fzi dan Shima kerana beritahu yang entri kak ani ni tak boleh dibuat ulasan. Fzi kata cek setting. Alhamdulillah, sekarang dah boleh. Bila buat layout baru lupa nak set balik.

Cumanya Blog-blog yang diikuti masih belum dapat dibuat. Nanti bila lapang, akak akan masukkan balik blog-blog yang akak suka bertandang tu.

Khamis, 27 Ogos 2009

Mata berpinar-pinar dan Pandangan Kabur



Hingga sekarang mata sebelah kanan masih kelabu dan berpinar-pinar walaupun pakai spek.

Pagi tadi aku ke PPUM kerana ada temujanji dengan Pakar mata. Memandangkan aku ada penyakit diabetes doktor kata aku mesti cek mata bimbang kalau-kalau ada cataract. Cataract boleh berlaku pada orang yang mengidap kencing manis.

Disini mata aku dititik dengan ubat titik beberapa kali sebelum bertemu dengan doktor. Katanya supaya keterek (jika ada) akan kembang jadi senanglah doktor boleh nampak.

Kesudahannya, Alhamdulillah mata aku okey jer. Cuma doktor pesan kalau tiba-tiba mata rasa kelabu, cepat-cepat berjumpa doktor. Pressure mata juga okey. Kalau pressure mata tinggi kita boleh mendapat glaucoma. Glaucoma lebih merbahaya berbanding dengan cataract. Cataract berlaku dengan perlahan, tapi Glaucoma boleh berlaku dengan cepat.

Saja nak share untuk ingatan.

Glaucoma Symptoms

Glaucoma is often called the "silent thief of sight," because most types typically cause no pain and produce no symptoms.

Cataract Symptoms and Signs

A cataract starts out small and at first has little effect on your vision. You may notice that your vision is blurred a little, like looking through a cloudy piece of glass or viewing an impressionist painting.

A cataract may make light from the sun or a lamp seem too bright or glaring. Or you may notice when you drive at night that the oncoming headlights cause more glare than before. Colors may not appear as bright as they once did.




Bersama berjalannya usia kita, Allah menarik kembali anugerahnya kepada kita satu persatu. Itulah putaran hidup yang harus kita terima.

Rabu, 26 Ogos 2009

Hari Ke 5 Berpuasa

Alhamdulillah hari ni dah masuk 5 hari kita berpuasa.

Hari ini aku rasa macam tak bermaya. Badan letih sangat. Pada hal tadi bersyahur. Kedua-dua kaki berdenyut hingga rasa nak berdiri pun sakit tak berdaya. Mungkin sebab semalam duduk di dapur terlalu lama, berdiri selama lebih kurang 4 jam masak juadah untuk berbuka puasa. Aku memang tak boleh berdiri lama.

Hari ni tengok apa yang ada untuk berbuka. Tak larat nak masak. Tekak rasa nak makan pengat keledek. Keledek dah beli semalam. Lepas sholat asar nanti kalau badan rasa kuat, InsyaAllah adalah pengat keledek masa berbuka ni. Pengat-pengat ni selalunya aku dengan hasben saja yang makan, budak-budak tak suka.

Tengahari tadi Sakinah telefon. Dia beritahu duit dia hilng rm100 yang aku beri untuk dia belanja minggu ni. Dia kata balik dari sholat terawih malam tadi baru dia perasan duit dia hilang. Dah 2 kali Sakinah ni hilang duit semenjak dia belajar di situ. Satu bilik 4 orang. Susah nak cakap siapa. Aku nasihatkan dia, sabarlah dan lain kali berhati-hati.

Jumaat, 21 Ogos 2009

Marhaban Ya Ramadhan

"Wahai orang-orang yang beriman Diwajibkan kepada kamu puasa sebagaimana telah diwajibkan atas orang-orang yang sebelum kamu,supaya kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa." (S.al-Baqarah:183)

Hari ini dah 1 Ramadhan. Rukun Islam yang ketiga bermula lagi hari ini dalam hidup kita umat islam. Puasa yang berfungsi sebagai ujian dan sebagai rahmat. Syukor Alhamdulillah kita masih lagi diberi kesempatan oleh Allah untuk bersama-sama merebut pahala di bulan yang penuh keberkatan ini.




RAMADHAN menjenguk kembali
menggamit umat Islam muhasabah diri
bersama limpahan pahala dan ganjaran
yang dijanjikan oleh ALLAH kepada hambanya

Kepada saudara muslimin muslimat yang telah kembali
Seribu doa seribu harapan
Semuga rohmu sentiasa berada
Dalam golongan orang beriman

RAMADHAN menjenguk kembali
Usahlah dipersiakan peluang
Entahkan esok entahkan hari ini
Giliran kita yang akan pulang

Selasa, 18 Ogos 2009

Jangan Lok Makang Sorang



Wahai ibu-ibu mari kita dengar ceramah ni. Kalau tak faham amber boleh goyat.

Isnin, 17 Ogos 2009

Shopping Di Nilai 3

Sekarang ni kata orang kalau nak beli toto tak payah ke Rantau Panjang ataupun Pengkalan Kubur. Pegi saja ke Nilai 3, Negeri Sembilan yang terletak tidak jauh dari Kuala Lumpur. Harganya lebih kurang saja dengan harga di dua tempat di Kelantan tu.

Ahad baru ini kami ke Nilai 3 sebab abah Sakinah nak beli sarung kusyen kereta Sakinah. Sarung kusyen yang ada dah nampak pudar. Abah Sakinah ni memang habit dia semua kereta dia akan beli sarung, dia kata sayang kusyen asal takut kotor. Tak taulah sama ada akseseris kereta di Nilai 3 ni murah atau tidak. Tapi ditempat ni memang selalu ramai orang. Ada yang pasang cermin tinted, radio dan macam-macamlah aku nampak. Tiap kali ke sini memang macam tu. Terpaksa tunggu berjam-jam.



Di sini ada banyak kedai. Kedai kain baju, kedai lampu, kedai karpet, pinggan mangkuk, kedai kain langsir serta siap iklan tempahan boleh disiapkan dalam 1 jam dan lain-lain. Pasar Borong pun ada. Pendek kata semua adalah. Masa aku kesana hari tu nampak banyak bas-bas rombongan dari berbagai negeri. Singapura pun ada. Wah shopping sakan nampak. Mungkin untuk bersiapan raya.

Yang paling aku nak tergelak ialah semasa kami singgah di food court di situ. Parking ajer kereta dah terdengar lagu-lagu 60an berkumandang. Rupa-rupanya ada tempat kareoke (Betul ker ejaan ni). Aku tengok, ada pak chik-pak chik dan mak chik pun ada sedang mendendangkan lagu-lagu tu. Jadi sambil kami makan tengahari sambil dihiburkan oleh lagu-lagu 60an. Geli hati pun ada tengok mereka menyanyi. Tapi tak dinafikan suara mereka boleh tahan dan masuk dengan muziknya.

Dari percakapan mereka, rupanya mereka ni rombongan dari Singapura. Wah lepas laku sungguhnya. Rasanya mak chik-mak chik dan pak chik-pak chik Malaysia tak gamak nak berkaroke secara terbukan tu. He he.







Ini satu dua gambar persekitaran yang sempat aku ambik. Malu nak ambik banyak-banyak.

Jumaat, 14 Ogos 2009

Aduhai MBSA, sampainya hati

Pagi tadikan, aku bawalah hasben aku jumpa doktor. Ada appointment ulangan untuk gout dia tu. Tiba di kawasan Salam Medical Hospital (SALAM)tu yang terletak berhampiran dengan Hotel The Palma, aku cari tempat parking semua penuh. Jadi seperti biasa aku dengan selambanya parkinglah di tepi kawasan hospital. Aku terpaksa parking dekat sebab hasben aku tak boleh jalan jauh. Almaklumlah kaki dia tu.

Di kawasan ni terlalu sukar mendapat parking lot. Walaupun pagi-pagi buta macam tadi. Public Parking di kawasan tu aku rasa dipenuhi oleh guest Hotel The Palma. Hotel tu tak menyediakan kawasan parking yang cukup. Membesarkan hotel boleh. Sebab apa aku kata begitu, sebab kereta-kereta yang diparking tu telah berada dari malam hingga pagi. Nak tahu macam mana aku tahu kereta-kereta tu guest Hotel yang punya sebab dulu semasa aku tunggu hasben aku masuk hospital selama 10 hari, aku selalu perhatikan kereta-kereta yang sama parking disitu tak bergerak2. Mana ada orang Shah Alam parking kereta tak balik rumah.

Dan tanpa pilihan, selalunya aku akan parkinglah di mana-mana kawasan yang boleh diletakkan kereta. Aku parkinglah kereta aku hingga ke pagi. Kadang2 dari pagi hingga ke petang. Memang susah sungguh nak dapat parking di sini. Pelik sangat, bukannya ada pejabat2, yang ada cuma beberapa buah kedai runcit dan restoran. Takkan orang-orang tu makan tak balik-balik rumah.

Nak jadi cerita, pagi tadi keluarnya aku dan hasben dari SALAM tu, aku nampak seorang penguatkuasa MBSA sedang menyampaikan kad-kad jemputan ke MBSA untuk membayar saman parking kerana memparking kereta bukan ditempat letak kereta. Aku pun dijemput juga.

Jadi memandangkan orang tu masih ada disitu, aku pun cepat-cepat jumpa dia, mana tau dia boleh buat sesuatu dengan alasan yang aku beri. Aku beritahu dia aku terpaksa letak kereta di situ sebab tak ada parking. Suami aku ada appointment dengan doktor,dan dia tak boleh jalan jauh, nak tau apa dia jawab "saya tak boleh buat apa-apa, semua dah masuk komputer, nak minta kurang pegi MBSA". Dengan hati yang panas aku kata "kalau saya nak ke MBSA, saya tak kejar awak pagi ni" dan terus berlalu. Sombongnya. Dia tak tahu ker sekarang zaman susah duit. Kayalah MBSA. Aku tengok semua kereta yang parking di tempat bukan tempat letak kereta semua kena saman pagi ni. Selalunya tak pernah saman melainkan kalau tak letak resit parking.

Dengan marahnya umumkan pada diri aku sendiri bahawa aku tidak akan ke MBSA, sebagai warnanegara yang bertanggungjawab walaupun tanpa relaku, aku cuma akan beli Wang Pos RM50 dan pos kepada MBSA. Dia ingat senang nak ke Kaunter MBSA, naik tangga tinggi macam Piramid.

Ustaz Asri Rabbani Pulang Ke Rahmatullah



Alfatihah untuk roh Ustaz Asri vokalis utama kumpulan Rabbani.

Dapat berita ni ketika dalam perjalanan balik dari Kuala Lumpur menuju Shah Alam, aku dengar DJ disalah satu stesyen radio beritahu bahawa Ustaz Asri Rabbani meninggal dunia lebih kurang jam 11.00 pagi tadi.

Suka mendengar zikir-zikir persembahan beliau khasnya dan kumpulan rabbani amnya yang sering dimainkan diradio dan tv. Lagu nasyid Rabbani 'Pergi Tak Kembali' sangat menginsafkan.

Kita juga akan kembali bila tiba masanya.

Rabu, 12 Ogos 2009

Gula Oh Gula

Dari minggu lepas aku nak beli gula dibeberapa kedai yang berhampiran dengan rumah, tapi jawapannya sama, gula tak ada. Sebenarnya aku bukan nak banyak sangat gula. Nak beli sekilo saja. Sekilo tu pun boleh tahan beberapa minggu, sebab kat rumah ni tak berapa minum air manis. Sungguhpun begitu dah dekat nak puasa ni naklah juga gula barang sekilo dua.

Di Giant kata anak aku dihad jualannya. Aku belum ke Giant lagi cuma cari di kedai berdekatan sahaja. Pada sapa-sapa yang banyak menggunakan gula mesti susah hati dengan ketiadaan gula.

Dalam akhbar Utusan hari ni kata, ketiadaan gula akan pulih minggu ini. Betul ker. sama-sama kita tunggu

Isnin, 10 Ogos 2009

Ku Sangka Petrol Rupanya Disel

Hampir 10 hari hasben aku tersiksa kerana gout dan tak dapat kemana-mana. Pagi Ahad semalam merupakan hari pertama dia keluar rumah selain ke hospital. Jadi kami ke Restoran Azira untuk makan lempeng kelapa sebagai breakfast kami pagi tu.

Aku suka ke Restoran Azira di Seksyen 10 ni sebab di situ ada dijual lempeng kelapa, lempeng pisang, lempeng ubi dan roti jala. Selain nasi lemak dan kuih muih, mee rebus Johor dan laksa Johor pun ada dijual sebagai sarapan pagi. Aku perhatikan pengunjung Restoran ni terdiri dari gulungan yang sewaktu dengan aku. Orang-orang yang dekat nak pencen atau dah pencen. Yerlah budak-budak sekarang mana reti makan lempeng. Budak-budak lepas merdeka, mereka kenal piza, burger, dan lain-lain mengikut selera semasa.

Lepas sarapan sebelum balik ke rumah pusing-pusing dulu di area seksyen-seksyen sebelah masjid negeri. Saja-saja ambik angin. Kami lalu ikut tasek Shah Alam, melintasi Masjid Negeri dan area-area situ sehingga pasar seksyen 6. Hasben aku beritahu kereta dah tak banyak minyak, dia nak isi minyak. Kami singgahlah di stesyen minyak Petronas di Seksyen 6. Lepas isi minyak kami bergerak untuk pulang kerumah.

Tapi sebaik keluar dari simpang stesyen Petronas tu tak sampai setengah kilo meter, kereta buat hal, tersengok-sengok macam minyak tak sampai. Hasben aku sempat parking di tepi jalan berdekatan Pasar Seksyen 6. Selepas dicuba hidupkan kereta tu beberapa kali tapi tak berjaya, dia telefon mekanik yang selalu repair kereta kami kalau ada hal.

Bila mekanik sampai dan start kereta tu, kami tengok asap putih brkepol-kepol keluar dari ekszos dimana sebelum ini tidak begitu. Mekanik tu kata mungkin hasben aku tersilap isi minyak disel bukan petrol. Rasa tak mungkin sebab aku pun tengok hasben aku isi minyak petrol. Untuk pengesahan hasben aku pergi balik ke stesyen Petronas tadi menumpang kereta mekanik tu.

Selepas hasben aku pegi tak lama, datang seorang wanita bertanya pada aku, adakah aku isi minyak di stesyen Petronas tu, aku kata yer, dia kata kereta dia pun rosak tak berapa jauh dari kereta aku, dia kata mekanik kata dia silap isi disel dalam tangki minyak kereta dia.

Tak berapa lama lepas tu datang seorang lelaki bertanya hal yang sama dan dia kata kereta dia juga rosak tiba-tiba di kawasan berhampiran. Aku telefonlah hasben aku, dia kata dia dah ada di stesyen tu. Rupa-rupanyanya ramai lagi yang kena. Tuan punya stesyen tu pun baru perasan rupanya lori yang isikan minyak ke dalam tangki minyak di stesyennya pagi tadi telah tersilap isi. Tangki petrol telah diisi dengan disel.

Semua tuan kereta yang menjadi mangsa dijanjikan akan dibayar ganti rugi dan kereta akan dibuat apa yang sepatutnya. Aku balik ke rumah bila anak aku datang jemput. Hasben aku tinggal di stesyen tu tunggu keretanya siap. Agak tengahari baru hasben aku balik. Dia kata kereta aku siap dibersihkan injin dan tangki. Lebih dari 15 buah kereta yang kena termasuk kereta polis. He he apa nak buat, tak pernah terjadi sepanjang menjalani hidup. Dalam berhati-hati terkena juga secara tak sengaja. Salah siapa.

Isnin, 3 Ogos 2009

Wabak H1N1

Tengahari tadi sakinah demam balik. Aku tak sedap hati. Kesudahannya lebih kurang pukul 2 petang aku bawa sakinah ke Shah Alam Medical Hospital untuk mengambil ubat dan kalau boleh aku nak buat test H1N1 untuk dia. Bimbanglah. Tiba di SALAM doktor ambik suhu badannya, memang demamnya masih ada. Batuk dah berkurangan. Cuma selsema dan demam masih ada. Memandangkan dia dah demam selama 4 hari, Doktor cadangkan sakinah buat test darah.

Kami menunggu keputusan blood test bersama 2 orang lagi pesakit yang juga dikenakan membuat ujian darah. Aku perhatikan staf-staf hospital memang memakai topeng tutup hidung dan mulut. Ada juga sesetengah pesakit menggunakannya.

Lebih kurang jam 3.00 petang datang dua tiga orang pemuda india membawa kawannya ke bahagian kecemasan ditempat kami menunggu. Pemuda yang dibawa tu nampak macam teruk sangat. Mata pun dah tak larat nak buka.Aku tengok doktor pakar dan doktor bertugas disitu tergesa2 masuk ke bilik rawatan. Tak lama lepas tu, kami semua diberi topeng menutup mulut sorang satu dan diwajibkan memakainya. Rupa-rupanya pemuda itu suspect H1N1. Kesian, nampak macam teruk, dah tak boleh berjalan sendiri. Mata pun pejam jer. Keluarganya juga tiba tak berapa lama selepas tu. Aku tengok ada ambulan datang, dari percakapan orang-orang hospital kepada keluarga pesakit tu aku dengar mereka kata nak dihantar ker Hospital Sungai Buluh. Semoga pemuda itu survive.

Sebaik sahaja ambulan tu bergerak aku nampak pencuci-pencuci di hospital tu terus membersihkan area berkenaan, siap spray lagi. Masa tu aku dan sakinah masih menunggu ujian darah yang dibuat. Lama sungguh kami menunggu sehingga hampir jam 5.45 petang baru sakinah dipanggil ke Bilik doktor semula. Keputusan darah sakinah normal. Dia demam virus saja. Doktor bagi MC. Kebetulan doktor di PPUM pun dah beri MC pada sakinah untuk 3 dan 4 Ogos. Aku sangat bersyukur pada Allah. Terlepas satu keresahan di hati aku ni.

Balik rumah nampak abah sakinah dah boleh berjalan melepaskan tongkat walaupun masih berpaut pada dinding untuk ke Bilik Air. Mudah-mudahan esok akan bertambah baik.

Tabahkah Aku



Pagi ni tak semena-mena aku rasa sedih dan nak menangis. Akhirnya air mata aku tumpah juga ketika aku bersendirian. Aku rasa berat sangat penanggungan di hati ni. Aku tak boleh bercerita pada sesiapa di rumah ini kerana mereka semua ramai yang tak sihat. Aku pun sebenarnya bukanlah kuat sangat tapi aku terpaksa kuat selagi aku boleh berdiri.

Hasben aku dah 2 hari tumbang. Gout dia menyerang balik. Langgar pantang. Apa nak buat, kadang-kadang senang kita menyuruh orang berpantang tapi orang yang menanggungnya kena betul-betul kuat semangat. Memandangkan goutnya dah pada peringkat teruk, doktor tak beri dia makan ayam, daging waima ikan. Cuma dia boleh makan sayur yang direbus bersama roti atau semangkuk nasi. Kata doktor memandangkan dia pun dah ada masalah dengan jantung dan buah pinggang, dia kena serius dalam menjaga dietnya.

Tiap-tiap hari aku masakkan sup sayur untuk dia. Sedih aku tengok dia makan. Aku tahu dia tak kenyang. Maklumlah selalunya dia memang berselera makan dengan lauk yang belbagai. Sekarang kena bertahan. Aku tahu dia lapar. Terpaksalah buat minuman panas supaya dia boleh makan dengan biskut.

Tadi dalam diam mengalir air mata aku melihat dia berjalan menuju bilik air dengan mengguna tongkat berkaki empat kepunyaan arwah mak aku dulu. Terhenjut-henjut dan mengambil masa yang lama untuk tiba di bilik air yang juga terletak dalam bilik tidur. Beberapa kali dia 'terlepas' kerana tak sempat sampai. Sayu rasanya tengok badannya yang berisi dulu dah makin mengecil (itu memang sepatutnyalah). Tulah bila dia nak makan makanan yang sepatutnya dia tak boleh makan, aku tak sampai hati, aku beri juga. Tapi akibatnya inilah penanggungan dia.

Kebetulan ubat gout dia dah habis, dia tak boleh makan pain killer sebarangan sebab dia dah ada masalah buah pinggag sedikit. Jadi pagi-pagi lagi tadi sebelum pukul 7 pagi aku dah suruh anak aku ambik ubat gout abahnya di Salam Medical Centre. Nasib baik dia orang beri tanpa suami aku pegi sebab dah tak boleh berjalan. Bila dah boleh berjalan nanti, kenalah jumpa doktor lagi. Sekarang ni ulang alik ke hospital PPUM dan Salam Medical Centre dah tahu berapa kali sebulan.

Sakinah juga sedang demam dah 4 hari. Dia balik dari tempat dia belajar. Pagi semalam dah bawa dia ke PPUM untuk screening H1N1 takut juga. Tapi doktor kata tak ada tanda-tanda, kalau demam lagi dalam masa dua hari ni, sakinah kena ke PPUM lagi. Tapi sekarang Alhamdulillah nampaknya dah kebah demam.

Zulaikha anak aku yang sulung pun sedang demam dah seminggu, masih MC hingga kehari ini. Dia demam, sakit kepala, dah buat blood test. Resultnya - Virus.

Agaknya itulah sebabnya hati ini rasa sedih. Tapi aku kena tabahkan hati. Sebenarnya aku sendiri pun bukan sehat sangat. Sakit lutut ni makin menjadi-jadi. Tapi aku diamkan sajerlah. Tak beritahu mereka kerana mereka sendiri pun tak sihat, biarlah aku tanggung sendiri selagi boleh bertahan. Tak tahulah berapa lama. Semoga Allah berikan aku kesihatan yang baik dan kekuatan menanggung semua ini.