Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Isnin, 27 Julai 2009

Seminar Rasm Uthmani

Pagi Sabtu 25 Julai baru lepas, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah atau lebih dikenali sebagai Masjid Negeri telah mengadakan satu seminar untuk menjelaskan mengenai Rasm Uthmani.

Memandangkan aku salah seorang murid tua yang sedang mengikuti Kelas Talaqi Tinggi Al Quran di Masjid ni jadi aku diwajib hadir. Maka hadirlah aku ke seminar ni. Tiga orang Pembentang Kertas Kerja iaitu Mantan Imam Besar Masjid Negeri dan dua orang pensyarah dari Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS)telah membentangkan kertas masing-masing.

Selepas menghadiri seminar ini fahamlah aku serba sedikit tentang mashaf Al Quran dalam Rasm Uthmani. Menurut pembentang kertaskerja sekarang ini di Malaysia umat islam diminta membaca Al Quran dalam kaedah penulisan Rasm Uthmani kerana ia merupakan satu kaedah penulisan yang diwahyukan oleh Allah s.w.t kepada Rasulullah s.a.w..





Keluar dari bilik seminar ni aku rasa jelaslah sikit dengan apa yang dikatakan Rasm Uthmani, Rasm Qiyasi (Imlai atau Rasm Majid), dan Rasm Arudi.

Dan tahulah aku sekarang bahawa aku sekarang tak boleh duduk lama-lama macam masa aku kerja dulu. Dari pagi hingga petang semasa seminar berjalan tu, tak tau berapa kali aku terlelap. Huuuuuh tak tahan sungguh. Syetan dok bergantung kat mata agaknya, negantuk saja-saja.

Khabar Dari Sahabat

Pagi tadi terima sms dari shima, dia kata anak kak Dib yang bongsu sakit dah 12 hari di hospital terkena jangkitan kuman di paru-paru. Aku juga terima berita itu dari Dib sendiri pagi tadi.

Dari kejauhan ni hanya doa jerlah yang dapat aku hulurkan semoga Allah menyegerakan penyembuhan anak bongsu Dib. Aku masih ingat wajah anak bongsunya tu. Manis dan hansem. Doa ku juga semoga Dib tabah dan kuat menghadapi dugaan Allah ini.

Ahad, 26 Julai 2009

Eh Eresya Dah Besarlah



Happy Birthday Eresya

Kek Birthday Eresya yang Nekma beli





Kesian Eresya lama tunggu Nekma, Tokbah dan Paksu Alam tiba

Macam biasa nekma belikan Eresya Kek. Petang tu Eresya tunggu nekma lama yer. Maaflah nekma dan tokbak lambat sikit tiba rumah eresya sebab rumah eresya jauh dari rumah nekma.



Tahun ni pada 22 Julai Eresya sambut birthday yang ke 3 di rumah mama Eresya di Shah Alam 2. Eresya dah tak tinggal dengan nekma lagikan. Dah hampir 2 bulan Eresya pindah rumah eresya sendiri. Semenjak Eresya dan kakak tak tinggal di rumah nekma, rumah nekma dah sunyi, sesekali jer kedengaran adik Kaisah menangis.



Mari kakak pulak potong kek birthday Eresya. Birthday kakak lambat lagi

Birthday Eresya kita celebrate antara keluarga sahaja. Semoga Allah berkati hidup Eresya dunia akhirat dan diberi kesihatan yang baik. Amin.

Rabu, 22 Julai 2009

Teluk Lipat Kini

Tiap kali balik kampong, aku mesti ke Pantai teluk Lipat. Dulu Rumah aku di Kampong Teluk Lipat. Tapi selepas sekolah menengah kami pindah tinggal dikampong yang jauh sikit dari Pantai Teluk Lipat tu.

Balik baru-baru ni aku pegi juga ke sana, tengok laut, tengok ombak.







Pemandangan Pantai Teluk Lipat disatu petang selepas hujan. Gambar-gambar ni aku snap masa balik baru-baru ni.

Senangnya Minta Cerai...............

Petang tadi tiba-tiba aku rasa nak telefon adik aku di Puchong bertanya khabar. Aku pun tekan nombor telefon dia. Berbunyi, tapi orang belah sana tak jawab. Adalah lebih kurang 4 kali aku call.

Jadi aku telefon pulak adik ipar ku. Mereka dah lama tak datang kerumah. Masing-masing (maksud aku adik aku suami isteri) menguruskan hal sendiri. Adik ipar aku jawab panggilan aku. Aku tanya tentang adik aku, dia kata adik aku kerja. Sekarang ni susah nak nak jumpa dia, selalu tak ada kat rumah.

Kami bercerita khabar masing-masing, tiba2 adik ipar aku kata perkahwinan anak lelaki dia iaitu anak saudara aku sedang goyah dan ribut taufan sedang melanda. Katanya menantunya minta diceraikan. Punca perselisihan "cemburu" kerana anak saudara aku tu selalu balik lambat. Menurut kata anak saudara aku pulak, dia balik lambat kerana kerja. Tapi isterinya tak percaya.

Sebagai ibubapa memang kita susah hati bila rumahtangga anak kita jadi bergoyang. Kata adik ipar aku, anak saudara aku tu bersedia dah nak melafazkan .......... bila2 masa. Tapi adik aku suruh dia sabar dulu. Fikirkan anak yang seorang tu.

Belum apa-apa si isteri dah beritahu mak mertuanya (adik ipar aku tulah) yang jika bercerai, anak dia ambik, rumah pun dia ambik sebab nama dia. Aku sebenarnya dah lama geram dengan perihal rumahtangga anak saudara aku ni. Semua duit gajinya bini dia ambik semua. Tiap-tiap hari isterinya akan beri RM10.00 untuk belanja. Duit pada mak bapak tak payah beri. Kalau anak saudara aku beri gaji kurang dari biasa, siap bersoal jawab. Aku rasa anak saudara aku sebagai suami harus pandai mengemudikan rumahtangganya.

Wahai anak saudara ku dan isteri. Kenanglah saat manis masa kawin dulu. Alangkan aku maklong mu ni masih ingat peristiwa pegi ke Baling kenduri kau kawin. Balik dari Baling aku terbaring di wad 3 hari kerana demam panas terkena jangkitan kuman pada pundi kencing. Aku deman panas yang teruk. Disitu tidak ada kemudahan air bersih tapi air dibekalkan dari sungai berhampiran yang ditakung didalam sebuah kolah yang besar dan bila masuk ke kolah airnya masih kuning.

Moga-moga mereka berdua berdamailah semula.

Aduss aku dah ngantuk. Nak tidur dulu nanti esok aku cerita yer.

Selasa, 21 Julai 2009

Aduhai Tasik Banding - sambung

Ada orang kata, lalu dilebuhraya Gerik ni kadang-kadang terserempak dengan kumpulan gajah liar. Tapi kata mereka gajah-gajah tu sekarang dah bertamaddun sikit berbanding dulu. Cuma pesan mereka kita jangan hon bila terserempak dengan mereka. Takut dia terperanjat dan melatah. Nahas. Ada juga orang kata kadang-kadang gajah-gajah tu lepak di tepi lebuhraya.









Ini gambar tempat jeti awam. Gambar ni saya snap dari atas jambatan

Disinilah kami berhenti untuk berehat serta minum teh. Masa kami berenti tu waktu tengahari. Nasi campor juga ada dijual disini. Pemandangan sangat menyejukkan mata memandang. Subhanallah cantiknya ciptaan Tuhan.

Kami meneruskan perjalanan. Jam 6.00 petang kami tiba di Kuala Terengganu. Sholat khosar dan jamak maghrib dengan isyak di rumah adik ipar aku di Gong Badak. Semasa lalu di Felda Belara, hati terkenang seseorang. Sayang aku tak dapat meluangkan masa menemuinya. Semoga kita jumpa lagi.

Malam tu lebih kurang jam 8.00 malam kami berlepas ker dungun.



Ketika tiba di Kuala Ibai, KT sempat snap gambar masjid terapung di terengganu. Nama tak ingat, Masjid Tengah Intan Zaharah ker apa.

Tiba di Dungun kira-kira jam 9.30 malam.

Sambong perjalanan balik kampong

Harap2 internet ni tak buat hal lagi. Ni nak sambong cerita.





Ini rasanya semasa kami melalui puncak klian gunung.

Semasa melalui jalan ni, dari jauh aku nampak seekor binatang sedang berdiri ditepi jalan, aku tenung, tenung binatang tu, nampak macam kambing, tapi aku fikir ada ker kambing dalam hutan, sampai dekat aku tengok yang Allah ada muncung, hasben aku kata babi tunggal, gemok. Uuiiiiiii seram aku.

Kami teruskan perjalanan melepasi Lenggong dan menempuh gerik yang aku rasa terlalu jauh untuk sampai ke Jeli, sempatlah juga ambik gambar2 yang pada pandangan aku cantiklah kan:



Memandangkan inilah pertama kali kami melalui jalan ni petunjuk jalan ni amat penting, hinggakan aku nak pejam mata pun takut terlepas silap masuk jalan lain. Kemana-mana akulah tukang baca petunjuk arah. Hasben aku dalam KL pun kalau aku terlelap dia boleh silap simpang.



Ini bila tiba berdekatan Tasik Belum

Pemandangan di Tasik Belum ni akau tak boleh nak ambik gambar penuh sebab tak boleh berhenti atas jambatan. Takut orang sodok.



Weh ini pun mustahak ni. Kalau datang hajat, tak diikutkan susah dibuatnya.



Berenti setakat ni dulu, nanti ada lapang aku pastekan gambar tasik banding.

Cantik dan mempersonakan

Ingin nak kongsi pemandangan di sepanjang perjalanan dari Taiping ke dungun di Terengganu. Mungkin aku jer yang ulu sikit mengenai jalan gerik ni. Semenjak lebuhraya ni dibuat, inilah pertama kali aku melaluinya untuk balik ke dungun.

Selepas selesai kenduri dan aqiqah Kaisah dan memandangkan hasben aku kata dia larat memandu ke kampong melalui Gerik, wah gembira sungguh hati aku ni. Ini kerana dah lama aku menanam impian nak melalui jalan ni. Lebuhraya Gua Musang dari KL ker Kota Bharu dah banyak kali aku melaluinya.

Kami bergerak dari Batu Kurau menuju Gerik melalui jalan biasa (jalan bukit2, gunung?). Jalanya cantik tapi sempit dan mendaki. Sesekali jer terserempak dengan kereta lain. Kebanyakannya pancuan empat roda. Inilah antara jalan2 kecil dan mendaki yang kami lalui:



Alamat internet buat hal, nanti sambung yer..........

Sabtu, 18 Julai 2009

Membuat Aqiqah Untuk Kaisah

Rasulullah SAW bersabda :

Dari Samurah ra, sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda : “Setiap anak yang baru lahir tergadai (menjadi tanggungan) dengan aqiqahnya sampai disembelih (aqiqah) itu untuknya pada hari ketujuh, dicukur dan diberi nama.” (HR. Ahmad, Imam Empat dan Disahkan oleh At-Turmudzi).


Pada 5 Julai baru-baru ni Dzulkarnain telah melakukan tanggungjawabnya sebagai ayah kepada anak perempuannya Ain Nur Kaisah dengan membuat aqiqah anak sulungnya ini. Ketika itu usia Kaisah dah menjangkau 47 hari. Afdhalnya aqiqah dibuat pada usia si anak 7 hari tapi atas sesuatu sebab aqiqah untuk Kaisah tidak dapat dilakukan selepas 7 hari. Kami mengadakan sedikit kenduri kecil sempena mengerjakan aqiqah Kaisah. Disebabkan pada masa itu Kaisah dan ibunya berada di rumah datuk dan nenek mereka di Batu Kurau Taiping, jadi aqiqah itu pun dibuat disitu.





Tok Wan Kaisah dan saudara mara di sana sedang melapah daging aqiqah untuk dimasak sebelum dijamu dan diberikan kepada jiran-jiran dan saudara mara.

Memandangkan daging aqiqah sunat dimasak terlebih dahulu dengan sedikit rasa manis jadi daging kambing tu kami masak kurmak. Daging aqiqah itu disunatkan masak sedikit manis bertujuannya untuk bertafa’ul (menaruh harapan baik) terhadap keelokkan perangai dan budi pekerti anak yang diaqiqahkan.

Apa yang menarik dan susah dilihat di Shah Alam bahkan di kampong aku di dungun ialah semangat kerjasama dan gotong royong masyarakat di Batu Kurau ni masih kuat. Malah saudara mara dan jiran-jiran perempuan yang datang siap membawa pisau masing-masing. Jadi untuk menolong menyiang itu ini tak perlu minta pisau tuan rumah.







Inilah hidangan lauk untuk kenduri tengahari tu sempena membuat aqiqah untuk Kaisah.



Petang tu dijemput juga kumpulan marhaban dari kampong tu. Merdu suara para pembaca marhaban tu.

.

Ahli marhaban di sini taklah berpakaian sedondong seperti yang pernah kita lihat di bandar-bandar seperti shah alam dan lain-lain.

Rabu, 8 Julai 2009

Kasih Sayang Hingga Ke Mati

Alfatihah



Terkedu, sedih, terperanjat. Tak tau aper perasaan sebenar dihati aku ketika menerima panggilan telefon dari adik ipar aku beritahu Abang Leh(AL) meninggal pagi tadi di rumah anak perempuannya di Chalok, Terengganu. Alftihah. Mereka ini adalah saudara terdekat sebelah hasben aku.

Aku dah 3 hari berada didungun ni. Kepulangan ke kampong yang tidak dirancang. Aku kesini melalui Gerik. Kebetulan hari sabtu lepas aku ke Taiping menghadiri kenduri aqiqah cucu aku tu (anak Dzulkarnain). Dan 45 hari usia dia masa tu. Dari Taiping kami meneruskan perjalanan ke dungun, terengganu. Kampong kami.

Setiba disini hajat yang tersemat dihati ingin berjumpa AL sebagai tanda simpati kami di atas pemergian isterinya Abang Dong (AD)(Orang Terengganu panggil kakak dengan panggilan Abang) ke rahmatullah lebih kurang 40 hari yang lalu. Aku dan hasben tak dapat balik menziarah arwah pada masa itu kerana hasben aku sendiri pun tidak sihat dan baru sahaja keluar dari hospital. Jadi balik kali ini kami berhajat sangatlah nak menemui beliau.

Tak tercapailah hajat kami mengunjungi AL kerana beliau telah terlebih dahulu menemui Penciptanya pagi tadi di rumah anak perempuannya di Chalok. Lebih kurang 44 hari peninggalan AB. Menurut ceritanya semenjak ketiadaan AB, AL selalu kelihatan murung dan bersedih. Maklum mereka ni sentiasa berdua-duaan kemana sahaja mereka pergi termasuklah ke masjid dan ketika menghadiri ceramah-ceramah agama serta kenduri kendara.

Pada pandangan kami mereka berdua merupakan pasangan yang romantis dan bahagia. Kedua-duanya berusia dalam linggungan awal 60 an. AB disahkan mengidap kanser usus. Kami semua mengetahui hal ini sekitar bulan Shawal tahun lepas. Semenjak itu AB keluar masuk hospital. AL begitu sedia menjaga AB yang sakit. Allah menentukan segalanya, pada awal bulan Mei baru-baru ni AB menghembuskan nafas terakhir disisi suami tercinta dan anak-anak tersayang. Pergilah seorang wanita yang banyak berjasa kepada insan-insan yang pernah menjadi murid-muridnya termasuk aku dan suami.

Jenazah AL akan dikebumikan hari ini juga sebaik tiba di dungun nanti. Semoga arwah AB dan AL dimasukkan ke dalam gulungan roh orang-orang yang solihin dan sodhigin. Amin.



Kesepian