Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Sabtu, 27 Jun 2009

Michael Jackson (Mikaeel) Sudah Tiada

Tengok tajuk ni mesti terfikirkan wah kak hanim ni macam budak-budak muda tulis pasal Michael Jackson. Sebenarnya masa dulu-dulu memanglah suka jugak dengar lagu-lagu dia yang berentak slow, yang laju2 tu taklah suka sangat.

Memndangkan hari ini Astro melalui siaran CNN buat liputan langsung tentang kematiannya dan masuk jer dalam kereta, Radio 24 (Radio Bernama) pun bercakap cerita yang sama jadi tahulah jugak kisahnya.

Ramai mengatakan dia telah memeluk islam setahun lalu dengan nama Mikaeel. Terjumpa pulak You Tube ni jadi kuatlah kepercayaan yang dia memang seorang muslim.

Innalillah hiwainna Ilaihirajiuun - Dari Allah kita datang kepada Allah kita kembali. Alfatihah untuk roh Michael Jackson yang telah pulang mengadap Ilahi semalam.

Khamis, 25 Jun 2009

Bulan Rejab Datang Lagi

Cepatnya masa berlalu. Rasa baru sangat kita merayakan syawal. Pejam celik, pejam celik rupanya dah sampai kita ke bulan Rejab. Dua bulan jer lagi kita akan berpuasa bila tibanya bulan Ramadhan.

Bulan Rejab bulan yang sangat dimuliakan di dalam Islam. Seperti diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda, "Ketahuilah bahwa bulan Rejab itu adalah bulan ALLAH SWT". Alhamdulillah Allah masih panjangkan umur kita sehingga kita dapat sama-sama menyambut ketibaan bulan Rejab tahun ini

Hari ini merupakan hari kedua bulan Rejab. Aku rasa semalam mesti ramai umat islam yang berpuasa sunat hari pertama dalam bulan Rejab. Sayangnya semalam aku tak dapat berpuasa kerana terpaksa ke PPUM (ada hal yang nak diperiksa). Jadi InsyaAllah jika diizinkan Allah hari inilah baru aku memulakan puasa sunat di bulan Rejab.

Di bulan Rejab nilah masjid-masjid dan surau-surau banyak berceramah tentang malam Israk Mikraj kerana ianya berlaku dalam bulan ini iaitu pada 27 Rejab. Pada malam Israk Mikraj nilah juga solat 5 waktu difardukan ke atas kita umat Islam. Kita selalu diberitahu oleh tok-tok guru kita tentang kisah Rasulullah SAW berulang alik menemui Allah SWT bagi menentukan jumlah sholat wajib terhadap kita umatnya di mana akhirnya tinggallah 5 waktu yang difardhukan kepada kita.

Semoga dengan amalan-amalan tulus ikhlas dan tawwaduk yang kita lakukan dalam bulan Rejab ini seperti berzikir, berpuasa, bersedekah, bertaubat dan lain-lain kebaikan akan membuka luas pintu rahmat kepada kita semua dan harapan kita agar mendapat pengampunan dari Allah SWT keatas dosa-dosa kita yang lalu.

Isnin, 22 Jun 2009

Di Hari Perkahwinannya



Maaflah gambar tak jelas sebab guna handphone saja.

Semalam aku menghadiri perkahwinan anak perempuan kawan sepejabat aku dulu di salah sebuah hotel di Cyberjaya. Jemputan taklah ramai sangat lebih kurang 300 orang agaknya. Pengantin dan mempelai memang cantik dan kacak. Menantunya orang German. Keluarga dan kawan pengantin lelaki datang dari german untuk hadir sama menyaksikan perkawinan ini. Teringat kata-kata nasihat dari kakak pengantin lelaki yang mengingatkan kedua pengantin supaya banyakkan sabar dan memahami hati masing-masing kerana mereka berdua datang dari budaya yang berbeza. Ada masalah sama-sama berbincang.

Aku dan mak pengantin perempuan memang bersahabat baik dari semenjak muda lagi. Sekarang kami berdua dah pencen. Dia buat pencen pilihan dah hampir 10 tahun lepas. Walaupun dia tidak lagi bersama aku di pejabat, tapi kami saling berhubung melalui telefon bila di rumah. Kami bersembang lama-lama. Kata orang kalau masak bubur pun boleh masaklah.

Teringat waktu dulu-dulu semasa sama-sama membesarkan anak-anak kami. Kami sama-sama sedih bila anak deman dan sakit. Kami sama-sama susah hati bila menceritakan kenakalan anak-anak kami semasa mereka meningkat remaja. Dan kami sama-sama mengucapkan syukur bila anak-anak kami berjaya dalam pelajaran masing-masing dan mendapat pekerjaan. Masih terdengar ditelinga aku tangisan dia bila mendapat tahu arwah iskandar meninggal.

Semalam perkahwinan anak perempuan sulungnya. Anak perempuan keduanya baru saja melangsungkah perkahwinan 2 bulan lepas. Wah bayangkan kepenatan membuat persiapan kenduri dalam tempoh 2 bulan. Tapi kegirangan tetap terpancar di wajah dia dan suami setelah anak yang dijaga dengan penuh kasih sayang menemui kebahagiaan masing-masing. Teringat kata-kata suaminya semasa memberi ucapan pengantin. Dia kata semoga dengan perkahwinan kedua anak perempuannya ini akan berakhirlah "screaming and tears" isterinya. Dalamnya makna kata-kata itu. Itulah suka duka dalam membesarkan anak-anak. Semoga anak-anak memahaminya. Jadilah anak-anak yang soleh dan taat kepada ibubapa. Jangan sesekali menderhaka.

Sebagai kawan yang sama-sama melihat anak-anak ini membesar mendoakan semoga pengantin berdua ini akan berbahagia ke akhir hayat. Dan kepada menantunya semoga dia menjadi muslim yang taat kepada perintah Allah. InsyaAllah

Khamis, 18 Jun 2009

Sayur Lemak Putih Pucuk Salang



Inilah rupa daun salang yang nak diceritakan ni. Orang Utara terutamanya orang perak mesti tahukan

Ada sekali tu aku ke rumah besan di Batu Kurau. Kami dijemput makan bersama. Anampak salah satu lauk tengahari tu ialah sejenis ulam yang dijelur. Dan semangkuk salambal belacan. Rupa ulam yang dicelur tu macam daun bayam. Tapi aku pasti itu bukan daun bayam. Aku cuba makan. Wah sedapnya ulan tu di cicah dengan sambal belacan. Pedasnya sambal belacan, tapi sedap.

Aku tengok sakinah yang tak suka makan sayur tu pun beria-ria makan pucuk yang dicelur ni, begitu juga dengan dzulkarnain. Selepas makan aku tanya pada besan aku tu, kata besan aku itulah daun salang. Aku tanya dia sama tak dengan daun salam (selalunya kita masukkan dalam rendang), dia kata lain. waktu balik aku dibekalkan dengan pucuk salang ni yang tumbuh? atau ditanam dibelakang rumah mereka.

Ahad lepas dzulkarnain balik dari Batu Kurau dan mak mertuanya kirimkan aku pucuk salang ni. Hasilnya semalam akau masak lemak putih pucuk salang dengan campur dengan suun. Sedap



Jadi tengahari semalam aku masaklah yang berikut sebagai makan tengahari kami berdua. Simple saya.



Sayur lemak putih daun salang, sambal tumis sotong dan goreng ikan gelama berlada.

Selasa, 16 Jun 2009

Peristiwa Di Bulan Jun

16 Jun 1981

Selepas mengharungi kesakitan untuk bersalin selama 14 jam pada tarikh ini lahirlah Iskandar ke dunia secara pembedahan. Bayi seberat 10.5 lb tu ditunjukkan oleh jururawat kepada ku yang masih dalam keadaan antara sedar dan tidak (kesan ubat bias). Anak kedua ku.

Iskandar membesar seperti kanak-kanak lain, bersekolah, masuk universiti dan bekerja. Pada pandangan ku, dia disukai teman-teman kerana sikapnya yang sentiasa senyum dan suka bergurau.

Tapi rupanya dia dipinjamkan kepada ku selama 26 tahun sahaja oleh Allah. Dia dijemput pergi pada 27 Mei 2007 dalam keadaan yang sangat tragis. Kemalangan dengan kereta kesayangannya. Kereta tu juga terpaksa dikondemkan kerana sudah remuk teruk dan kami sekeluarga tak mungkin sanggup melihatnya kereta itu seandainya dia masih boleh dibaiki. Kesedihan menyelubungi keluarga ku. Konsep pinjaman terpaksa aku akur. Terpaksalah menerima qadaq dan qadar ini dengan tabah.



Dalam Keharuan
Kami Mengiringi Mu Ke Sana
Ke satu Kawasan Sepi
Untuk jasad mu bersemadi

Tinggallah anak ku
Buah hati Mama
Kami, abah mu
Kakak dan Adik-adik mu
Mengiringi Kepulangan Mu
Dengan Doa Dan Harapan
Semoga Roh Mu diterima Allah
Dengan Penuh Pengampunan
Kasih Sayang
Serta Belas KesihanNYA

Pusara Mu Kami Kunjungi
Kami Iringi Doa dengan Bacaan ayat-ayat Suci
Damailah Kamu Di Sana Anak Ku
Dalam Kasih Sayang Pencipta Mu
Itulah Harapan Kami



16 Jun 2007 iaitu lebih kurang 2 minggu dia meninggalkan kami, dengan mengadakan kenduri arwah kami serahkan cincin pertunangan yang dibelinya kepada bakal tunangnya. Itu dah janjinya. Kami tak sanggup menyimpannya. Tarikh hari lahirnya yang ke 26 tahun itu juga adalah tarikh yang telah ditetapkan untuk upacara pertunangan. Kita merancang Allah yang menentukan. Akhirnya tarikh itu bertukar menjadi kenduri arwah.

Hari ini 16 Jun 2009, seandainya dia masih ada dia sudah berusia 28 tahun. Tapi perkataan seandainya tidak patut ada dalam kamus kami lagi kerana dia sudah tiada.

1 Jun 1991

Hari ini lahirlah Salam dalam hidup kami. Sekarang Salam dah remaja. Anak yang amat mirip dengan abangnya yang dah tiada. Allah Maha Kaya, suaranya, tingkah laku, hobinya, cita-cita tersangat menyerupai Iskandar. Sedang berusaha menimba pelajaran untuk menggapai apa yang diidamkan.





Tunggu dapat birthday kek dari Pak Su Alam ker!!

Birthday dia tahun ni kami sambut di rumah sahaja. Sederhana. Semoga Salam dirahmati dan di lindungi Allah selalu. Begitu juga pada anak-anak mama yang lain.

Pada Iskandar, bayangan wajah, gerak-geri mu jelas dimata. Mama doakan semoga Allah memasukkan roh mu anak ku ke dalam gulungan orang-orang yang sholihin dan sodhigin. Amin.

Ahad, 7 Jun 2009

Tidak Pernah Minta DiHalalkan

Pernah tak lalui pengalaman orang-orang yang berhutang dengan kita. Terutama saudara mara sendiri dan keluarga yang rapat. Memandangkan saudara mara yang berhutang, tentulah kita rasa begitu sukar sekali untuk meminta kembali duit ataupun apa saja yang dihutang. Malangnya bila kita tak minta mereka tak pula nak ambik usaha untuk membayar.

Yang tak tahannya, mereka akan datang lagi bila kesesakan. Tak malu dan tak segan sungguh. Tak sampai hati, diberi juga walaupun dalam hati berkata, hutang dulu langsung tak sebut. Sedih pun ada. Tapi mulut tu tak terucap nak tanya tentang hutang yang dulu, dulu dan dulu. Ada orang kata halalkan sajalah. Tak halal pun mereka tidak bayar juga. Bila kita halalkan kita dapat pahala. Tapi macam mana nak halal, mereka tak pernah meminta supaya hutang itu dihalalkan. Dan kalau kita halalkan kita kena beritahu dia. Kalau setakat beberapa ringgit tu tak aperlah, apa hal kalau dah ribu ringgit.

Sebenarnya orang yang berhutang kalau dia meninggal dunia dalam keadaan berhutang dengan orang, dia berdosa.

Jumaat, 5 Jun 2009

Alamak Terkena Ker Aku!!!!!!!!!

Ni saja nak kongsi pengalaman yang agak pelik dilalui semasa perjalanan balik dari Taiping pada hari Selasa lepas. Kami berlepas dari Taiping lebih kurang jam 11 pagi lebih kurang.

Belum pun sampai ke R & R Bukit Gantang, hasben aku tu dah mengantuk sangat. Aku tengok mata dia pejam celik, pejam celik. Aku toleh ke belakang, Dzulkarnain juga sedang nyenyak tidur. Takut juga nak suruh orang baru terjaga tidor memandu. Jadi aku pun tawarkan diri untuk memandu sekejap sementara hasben ku lelapkan mata mengilangkan kelat kata orang.

Ketika tiba di Lebuhraya Cangkat Jering dan pada jalan yang menuruni bukit, aku begitu berhati-hati takut terbabas. Tiba-tiba aku rasa kereta yang aku pandu tu berat dan seolah-olah tak boleh laju. Aku tekan pedal minyak, aku rasa seolah-olah pedal minyak tu tak boleh turun ke bawah. Aku perhati meter kelajuan, 60 meter sejam. Aku tekan lagi minyak, masih tak bergerak. Jarum meter masih menunjukkan kelajuan yang sama. Sedangkan kereta rasa makin berat untuk bergerak.

Aku pelik, rosak ker kereta aku ni, kenapa berat, bukan ker ni jalan menurun bukan mendaki bukit. Aku kejutkan hasben aku, aku tanya dia. "Kita ni sedang menurunkan ke menaik". Dia jawab "kita sedang turun bukit, hati-hati jangan laju". Jadi betullah apa yang aku nampak, kami sedang menuruni bukit. Aku tengok jam lebih kurang 12 tengahari lebih sikit. Aku terfikir sesuatu. Aku tak nak mengaku kalah, aku baca ayat qursi, apabila bacaan pertama selesai aku rasa kereta tu macam meluncur sikit. Aku baca lagi, lepas bacaan kedua, kereta tu ringan semula dan pedal minyak boleh ditekan. Aku tekan pedal minyak perlahan2 untuk pastikan boleh ditekan tidak macam tadi keras jer.

Aku tidak cerita hal ini pada hasben aku sehingga aku tiba di R & R Simpang Pulai untuk kami menunaikan sholat zohor. Hasben aku kata, ada gangguan kot. Maklumlah tengahari..

Rabu, 3 Jun 2009

Amboi Canggihnya

Selepas sholat zohor pada hari Isnin 1 Jun baru-baru ni kami bergerak ke Taiping untuk menghantar Kaisah dan emaknya (menantu aku) menjalani hari-hari pantangnya di kampong halamannya.

Apa yang aku nak cerita ni mungkin tak ada mendenya pada mereka yang sentiasa berulang alik ke utara. 'Nothing new' lah kata orang yang cakap orang putih. Cuma aku yang ketinggalan zaman. Jadi dib, shima, tina dan siapa yang membaca coritan ini jangan gelak yer. Selalunya kalau ke utara aku cukup mengelak supaya tidak singgah berehat dan sholat di R & R Sungai Perak. Ini kerana untuk ke surau atau tandas kita terpaksa mendaki tangga yang tinggi. Jadi pada aku yang sakit lutut ni sangat tak sanggup dibuatnya.

Jadi perjalanan kali ni aku dah pesan awal-awal jangan singgah di R & R Sungai Perak. Tapi kami dah agak terlewat untuk menunaikan solat asar, mau tak mau kenalah singgah juga di situ. R & R seterusnya masih jauh. Takut terlepas waktu asar. Tapi menantu aku kata, tak aper mama, sekarang dah ada eskelater. Wah canggihnya, fikir aku, betul ker ni. Jadi kami pun berhenti di R & R Sungai Perak. Memang betul, rupakan R & R Sungai Perak dah berubah canggih. Ini menunjukkan lamanya aku tak berhenti di sini. Rasanya inilah satu-satunya R & R yang canggih infrastrukturnya di Malaysia






Pemandangan tangga untuk ke surau.



Memandangkan aku suka bunga-bungaan, bunga kertas ni tak terlepas pandang



Kami tiba di Taiping ketika dah nak masuk maghrib.
Alhamdullilah.

Isnin, 1 Jun 2009

Jumpa Opah dan Tok Wan

Hari ini dah 11 hari usia Ain nur Kaisah.

Pagi ni kami bersiap-siap untuk ke Taiping. Kampong Opah dan Tok Wan Kaisah. Kaisah dan maknya akan tinggal di Taiping semasa dalam pantang ni. Jadi kami akan temannya anak aku menghantar isterinya dan Kaisah ke Taiping.

Kesian menantu aku tu, tiap-tiap hari dia terpaksa mandikan anaknya sendiri melainkan pada hari pertama dia balik ke rumah dari hospital. Anak sulung ku yang mandikan Kaisah dengan seliaan aku. Aku tak dapat nak jaga dia dan kaisah dengan sempurna kerana lutut aku ni tak membolehkan aku membuat banyak pergerakan. Tapi aku dah cuba sedayanya menjaga menantu aku tu sebaik mungkin. Semoga dia tidak berkecik hati.

Setiap pagi dan petang aku akan sediakan air mandian untuk dia. Air rebusan campuran daun mengkudu, daun pandan dan daun lengkuas. Menurut kata orang yang tahu mandi dengan air rebusan daun-daun ni boleh menyegarkan badan kerana aroma daunnya tu memang wangi (pada akulah) dan dapat mengeluarkan angin dari dalam badan.

Aku juga panaskan tungku dari batu sungai tiap-tiap pagi dan petang untuk dia bertungku. Aku panaskan tungku tu sehingga panas, dah panas angkat, curahkan air di atasnya dan balut dengan kain yang telah dilapik dengan daun mengkudu. Tujuannya supaya rahim cepat mengecut dan kembali ke saiz normal.

Makannya juga aku hanya bagi dia ikan bakar yang dicicah dengan lada hitam. Sayur juga aku masakkan sup saja dan banyakkan bawang putih, halia dan lada hitam. Kadang2 aku beri juga dia ayam yang dipanggang. Aku ingat pesan mak aku masa dia jaga aku dalam pantang dulu, dia kata elakkan benda bergoreng. Kadang-kadang kesian dia asyik makan nasi dengan ikan bakar jer, aku gorengkan nasi untuk dia, aku cuma letakkan isi ikan. Goreng dengan minyak sedikit sahaja sekadar menumis bawang putih. Masukkan lada hitam untuk memanaskan badan.

Kiranya apa kita buat, apa kita berikan orang dalam pantang makan, tujuannya hanyalah untuk mengeluarkan angin, memanaskan badan dan mengecutkan urat saraf yang dah terkembang semasa proses mengandung dan bersalin.

Aku tahu menantu aku lebih selesa dengan emaknya ketika berpantang. Itu lumrahlah. Beruntunglah sapa yang masih ada emak ketika dalam pantang.