Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Khamis, 28 Mei 2009

Mengeluh

Puas aku cuba lelapkan mata. Tapi nampaknya susah sikitlah malam ni. Masih terdengar-dengar suara Salam, anak bongsu aku bercakap di telefon. Suaranya 'down' sangat. Aku memang sedih kalau tahu anak-anak ada masalah,

Aku yang menelefon Salam tadi. Dah 5 hari Salam di Kampus UIA di Petaling Jaya. Sekarang dia sedang menjalani minggu induksi di UIA. Selama disana tiap-tiap malam dia ada hantar sms. Malam kelmarin dia telefon, suara dia ceria jer.

Tapi malam ni dia macam merungut. Aku tanya dia sedang buat apa. Dia kata tak buat apa-apa, sedang rehat, baru habis program. Aku tanya program apa. Dia jawab, entah. Aku tanya lagi, kenapa jawab entah. Dia kata, entahlah, entah apa-apa programnya. Macam-macam program.

Dia kata lagi, rasa macam nak bawa kipas, kat sini panas. Aku tanya, bilik tak ada kipas ker. Dia kata, ada tapi tak kena dia sangat. Dia kata, Bilik ni kecik sepatutnya untuk 2 orang. Tapi sekarang kena berkongsi 4 orang. Katil 2 tingkat. Dia kena tidor sebelah atas. Aku kata sabarlah. Dia kata lagi kafeteria terlalu ramai orang. Aku pun masih kata, sabarlah. Aku faham aper yang tersirat.

Dia kata selepas semester 1 baru tahu jurusan apa yang akan dia ikuti. Kalau result bagus baru boleh ikut jurusan kejuruteraan kalau tidak kena ambik ICT. Aku tahu dia nak buat kursus kejuruteraan. Sebab tu dia masuk sekolah teknik. Sebenarnya dia juga dapat tawaran belajar ke Matrikulasi Teknikal, tapi dia pilih untuk ke UIA. Sebab dia kata di UIA nanti dia boleh sambung balik belajar Bahasa Arab yang pernah dia belajar semasa dia di SAMBES dulu. Kelmarin mereka dah menduduki peperiksaan bahasa arab dan bahasa inggeris. Esok dia kata ada ujian fardhu ain dan tajwid.

Sebagai ibu, apa yang boleh aku buat selain memujuk dan memberi semangat agar dia tidak merasa tertekan dengan situasi baru yang dialaminya. Aku kata mama akan sentiasa doakan semoga Alam berjaya mendapat apa yang Alam hajatkan. Dia kata, yerlah Ma. Doa mama semoga Salam dapat menyesuaikan diri dengan keadaan baru ini.

Isnin, 25 Mei 2009

Orang Baru

Wah sibok sungguh semenjak hari Jumaat lepas. Kaki ni rasa bagai nak tercabut berdenyut-denyut. Tapi digagahi juga.

Pada jam lebih kurang 3.45 petang pada 22 Mei 2009 baru lalu, lahir seorang lagi member baru dalam keluarga kami. Seorang baby girl seberat 2.95 kg. Ain Nur Kaisah diberi nama oleh ayahnya. Katanya Kaisah ertinya cahaya mata yang cantik dan bijaksana.






3 jam selepas dilahirkan



Gambar terbaru, beberapa minit sebelum catatan ni ditaip.

Ain Nur Kaisah dilahirkan HUKM. Syukur Alhamdulillah atas rezeki dan rahmat yang Allah berikan.

Isnin, 18 Mei 2009

Aduhai Kakak







Gambar-gambar kakak


Kakak ni merupakan hibrid generasi kedua aku. Kak akan berusia 6 tahun september nanti. Kakak juga seperti adik dibesarkan di nurseri yang sama semenjak kakak bayi lagi. Semasa kakak berusia 6 tahun iaitu awal tahun ni, mama dia masukkan dia ke sekolah tadika ABIM di Masjid AlUbidiah yang terletak berhampiran dengan rumah.

Mamanya pindahkan kakak ke tadika ini untuk mengubah angin. Nak suruh kakak berkawan dengan budak-budak lain yang sebaya dengannya pulak. Tak mahulah tadika pun di nurseri yang sama.

Mula-mula kakak okey jer pegi sekolah tadika ni. Tapi selepas kami balik dari umrah bulan April baru ni, dia mula buat perangai tak nak ke sekolah tu. Dia kata nak belajar di tadika tempat dia tinggal dulu. Tiap-tiap pagi menangis tak nak ke sekolah tu.

Mahu tak mahu kakak dihantarlah ke sekolah tadika di mana dia dijaga. Begitulah kakak. Kalau menangis, bingung kita dibuatnya, tak tahu macam mana nak suruh dia berenti. Doa nekma semoga kakak pandai belajar.

Adik Tak Sihat

Umur adik julai ni genaplah 3 tahun. Adik tak berapa sihat. Semenjak Rabu lepas adik tak ke sekolah. Yang adik panggil sekolah tu maksudnya nurseri. Dari kecil kakak dan adik dijaga di sebuah nurseri yang terletak di seksyen 6 shah alam ni. Mama dia kata adik tak sihat. Jadi kakak saja ke sekolah. Kakak ke sekolah tadika. Tahun depan kakak masuk darjah satu.





Adik sedang main game. Lupalah tu yang awak tu demam dan selsema.



Adik kalau suruh posing bila-bila masa jer.

Tapi bila di rumah wah adik tak sakit pun. Dalam batuk-batuk pun sebok nak main game. Tak nak bagi dia menangis, nekmanya, akulah tu, ikut jerlah kehendak dia. Jaga dia taklah susah, dia tak menangis, cuma yerlah budak-budak, kejap nak tu, kejap nak ni. Memandangkan rumah aku ni dua tingkat, mahu longgar jugak lutut aku setiap kali nak menunaikan hajat dia. Bila di tingkat atas, dia nak benda yang ada di tingkat bawah, dah di bawah dia ajak balik naik ke atas.

Kalau kakak yang tinggal dengan nekma boleh tahan sikit. Kakak dah boleh berdikari. Kakak rajin, kalau dia tak ke sekolah, dia tak kacau nekma sangat. Kerja dia mewarna buku dan menulis. Begitulah dari pagi sehinggalah mama dia balik. Lepas tu tengok TV rancangan cerita karton. Kadang-kadang aku geli hati bila dengar dia menjawab soalan-soalan ditv.

Aku pernah beritahu anak ku yang aku tak nak menjaga cucu melainkan kalau budak-budak ni tak sihat ataupun ada hal-hal emergency. Aku tak sanggup nak berenyah dengan dia orang. Lutut aku ni bukan boleh percaya sangat. Lepas tu aku tak mahu aktiviti keugamaan yang aku ikut selepas pencen terganggu. Itu saja saham yang nak aku bawa ke sana bila aku pulang nanti. Alhamdulillah mereka faham

Jangan Permainkan Perasaan Orang

Hari ini dimuka depan dada sebuah akhbar tersiar berita sadis tentang pembunuhan seorang gadis oleh kekasihnya kerana memutuskan cinta dengan lelaki berkenaan dan ingin mengikat tali pertunangan dengan jejaka lain.



Kejadian amuk yang berakhir dengan pembunuhan selalu saja tersiar diakhbar-akhbar dan berita di TV. Kejadian ini terjadi ada kaitannya dengan naluri dan perasaan mereka yang terlibat. Contohnya berita di atas. Apa yang dapat kita andaikan ialah kerana berlakunya cinta tiga segi.

Cinta tidak boleh dipaksa. Setiap manusia mempunyai hak untuk mencintai sesiapa saja yang dia rasa dia suka. Tapi bila perasaan sebelah pihak lagi merasa dirinya dipermainkan dan tidak dapat menerimanya dengan rasional, akan berlakukan kejadian seperti apa yang berlaku pada gadis ini. Kerana itulah terbitnya pesanan orang tua, "berkawan biar seribu, berkasih biar satu". Secara tak langsungnya jangan permainkan perasaan orang. Kalau tak suka jangan nak test market kata orang sekarang.

Setiap dari kita kena ingat, seandainya berkenan pada seseorang baik lelaki atau perempuan selidik dulu orang yang kita berkenan tu. Hak orang ker dia, tunang orang ker, suami atau isteri orang ker dia. Dah jelas semua ni maka seperti kata Raja Lawak Nabil "kau fikirlah sendiri".

Islam sendiri melarang seseorang lelaki masuk meminang ataupun cuba mengurat tunang orang. Hukumnya haram. Allah maha mengetahui akibat dari perbuatan ini. Dia mencipta kita, jadi DIA sudah tahu akibat yang akan terjadi andainya seseorang lelaki itu cuba merampas tunang orang. Apa lagi isteri orang.

Pihak gadis pula jangan cuba permainkan perasaan orang lelaki. Jangan merasa bangga bila ramai pakwe yang nak cuba mengurat awak. Akibatnya buruk sekali jika salah seorang dari mereka rasa dipermainkan. Mana yang boleh bersabar dan menerima sesuatu kekecewaan itu sebagai ujian Allah, Alhamdulillah tapi kepada yang berpegang kepada "biar putih tulang jangan putih mata" buruklah akibatnya.

Sebagai ibubapa tentu kita merasa ngeri dan bimbang kejadian seperti ini. Marilah kita saling berpesan pada anak-anak dara dan anak-anak teruna kita, jangan permainkan perasaan orang dan hak orang jangan diingin.

Bila Waktu Telah Berakhir

Pagi ni ketika merayau ke web Imeem secara tak sengaja terdengar lagu ni dari sebuah kumpulan indonesia agaknya 'opick. Tertarik dengan lirik lagu ni:

Bagaimanakah merasa bangga
Akan Dunia yang sementara
Bagaimanakah bila semua
Hilang dan pergi meninggalkan diri mu

Bagaimanakah bila saatnya
Waktu terhenti tak kau sedari
Masihkah ada jalan bagi mu
Untuk kembali mengulangkan masa lalu

Dunia di penuhi dengan hiasan
Semua dan segala yang ada akan kembali padanya

Bila waktu telah memanggil
Teman Sejati hanyalah amal
Bila waktu telah terhenti
Teman sejati tinggalkan sepi


Kalau nak dengar ada aku pastekan sebelah kanan

Selasa, 12 Mei 2009

Membuka Blog Orhid



Aku sedang membina blog untuk orchid. Kawan-kawan kalau ada masa singgahlah yer di blog orchidrohani, cuci mata.

Orkidnya tak adalah hebat biasa-biasa jer mana yang ada dalam simpanan kak ani.

Rawatan Alternatif

Semalam aku dan hasben ke Beranang untuk berurut dengan seorang Pak Chik yang duduk kat situ. Dia ni terkenal kerana kepandaiannya mengurut cara yang agak berlainan dari orang lain. Cara dia berurut hanyalah dengan menepok2 tempat yang patah atau seliuh, lepas tu dia beri air jampi. Selalunya dia akan pesan, malam nanti kalau ada rasa apa-apa jangan takut, itu tandanya tempat patah atau sakit tu sedang diubati. Dia akan pantang pesakit dari makan, guna atau sapu sebarang minyak di badan termasuk minyak ubat atau minyak urut.

Dulu masa tangan hasben aku patah ketika jatuh di Sarawak tu pun kami ke Beranang juga disamping berubat dengan doktor. Kami juga ke Kuala Terengganu berurut dengan seorang bomoh patah di situ. Ini semua kerana hasben aku tak nak operate dan pasang sekeru ditempat patah. Jadi terpaksalah gunakan cara tradisional.

Sesampainya kami di rumah Pak Chik tu terpandang di pagar rumahnya ada notis tertulis "Sudah Tutup, Harap Maaf". Agaknya Pak Chik ni dah tak ada lagi ataupun sakit. Pak Chik ni sebenarnya dah tua dan mengidap sakit buah pinggang.

Jadi memandangkan hasben ku nak juga mencari alternatif lain selain berubat dengan doktor, akhirnya kami meneruskan perjalanan kami ke Bangi menuju ke Darul Sifa', tempat pengamal perubatan islam yang terkenal tu. Di mana nama Profesor Datuk Dr. Haron Din adalah salah seorang pengamal perubatan islam di sini.

Kami ke sana tidaklah hendak berjumpa dengan Ustaz Haron Din tapi dengan orang lain pun tak aper. Untuk bertemu dengan Ustaz Haron Din hanya hari Selasa setiap minggu. Itu pun aku difahamkan Ustaz cuma ambik 200 orang pesakit sahaja. Jadi sesiapa yang berhajat untuk bertemu beliau, kena menunaikan sholat subuh di sana. Kalau tidak memang tak sempat, orang terlalu ramai nak berjumpa beliau.

Apabila kami tiba di Darul Sifa' waktu baru menunjukkan jam 2 petang lebih kurang. Pesakit dan keluarga masing-masing dah ada menunggu. Nasib baik petang tu orang tak ramai sangat, jadi lebih kurang 3.30 petang kami dah selesai bertemu dengan salah seorang dari pengamal perubatan islam tu.

Semasa perjalanan balik, hasben aku kata, rasa ada perubahan pada tengkoknya. Sebelumnya dia tak boleh menggerakkan lehernya macam biasa, terbatas kerana sakit. Doktor di PPUM kata otot-ototnya tegang. Setibanya di rumah dia kata rasa elok sikit dan hari ini pun tak adalah pulak aku dengar dia komplen sakit tengkok lagi macam sebelumnya bila bergerak terutama bila memusingkan kepala. Alhamdulillah.

Ahad, 10 Mei 2009

Jasa Bonda

Dari semalam dan hari-hari sebelumnya, radio, tv telah menghebahkan bahawa pada 10 Mei adalah Hari Ibu.

Sebagai ibu aku ingin menurunkan lirik lagu jasa ibu khasnya untuk anak-anak ku seandainya mereka menjengok blog ku ini. Inilah curahan hati mama untuk kamu semua anak-anak mama.

Jasa Bonda
Artist: Warisan


Di saat kau lena dia berjaga
Kau bersenang dia bekerja
Untuk mu tiada terbatas
Memberi tidak minta dibalas
Ingin dibinanya untuk mu
Kehidupan yang sempurna
Punya kekuatan jiwa
Punyai maruah

Leterannya dari rasa luhur
Menegur sebelum terlanjur
Itulah yang diwarisi
Pesan ibu terpahat di hati
Beringat-ingatlah berpesan pesan
Untuk kebaikan
Marah bukan kebencian
Tapi tanda sayang

Engkau semakin dewasa
Berjiwa merdeka
Sedang dia semakin tua
Membilang usia
Di saat kau berjaya
Dia tiada berdaya
Semoga kau tak lupa
Jasa bonda

Jumaat, 8 Mei 2009

Orkid

Salah satu hobi aku ialah bertanam bunga. Bunga yang paling aku suka ialah orkid. Di rumah ni adalah serba sikit orkid. Sekarang masih belajar dengan kawan-kawan tentang orkid mengorkid ni. Semenjak dah tak kerja ni bolehlah tumpukan banyak masa sikit pada hobi yang banyak habis duit ni tapi puas bila tengok bunga orkid berkembangan.

Ni antara orkid spesis yang ada kat rumah dan sedang berbunga. Cymbidium Finlay. Begitulah kata kawan-kawan yang tahu. Pada aku dia susah nak berbunga, tapi pada yang arif kata mereka tidak susah.



Ini bunganya lebih jelas. Bunga ni tahan lama juga kembangnya.



Selamat menikmatinya.

Mana Jatuh Dulu

Ini kes ketiga, aku rasa cukuplah setakat 3 kes yer.



Kes ketiga seorang pemuda vietnam disorong masuk ke wad. Ha yang ni bersebelah katil suami aku. Aku tengok dia berlumuran darah, kepala pecah, tangan patah. yang lain tak taulah.

Doktor tanya dia macam mana dia jatuh, tinggi mana dia jatuh. Tapi dia tidak dapat menerangkan dengan jelas disebabkan kurang faham apa doktor tanya. Sebab doktor ni melayu. Terpaksalah doktor tu melakonkan cara-cara dia jatuh, ikut imiginasi doktor tulah. Mana yang betul dia angguk, mana yang salah dia geleng. Lepas tu doktor tu tanya, "mana jatuh dulu, buntut jatuh dulu atau kepala jatuh dulu", pemuda tu diam jer tak faham. Akhirnya doktor tu terpaksa tanya lagi sekali "buntut jatuh dulu ker" sambil tangannya pegang punggung (punggung doktor tu sendiri) "atau kepala jatuh dulu" sambil pegang kepala dia. Akhirnya pemuda tu letakkan tangannya yang tak patah ke punggungnya menandakan buntut jatuh dulu. Susah juga jadi doktor kan.

Selepas x ray dan macam-macam akhirnya dia ni pun dikeluarkan juga dari wad. Wah kawan-kawan dia seronok usung dia bawak balik. Cuma pemuda india tu jer yang tak nak balik. Orang lain semua tak nak tidur di hospital.

Kepala Pusing

Ha ni memang kes kesian. Teringgat diri sendiri yang sering keseorangan di rumah.

Pesakit perempuan cina ni disorong masuk ke wad observation tu lepas maghrib, aku dengar suami dia kata isterinya jatuh pengsan. Macam mana jatuh, berapa jam jatuh pengsan tidak tahu dengan pasti sebab tidak ada orang di rumah ketika itu. Selepas anaknya balik ke rumah petang baru tu dia nampak ibunya pengsan di rumah, terus bawa ke PPUM. Kata suaminya dia ada penyakit darah tinggi dan kencing manis. Sama macam aku.

Doktor tu tanya, macam mana rasa sebelum jatuh. Dia kata "kepala pusing". Lepas tu tak tau. Kesian dia ni sehingga suami aku didischargekan dia masih disitu. Begitulah nasib bila keseorangan di rumah.

Mesti kau orang tertanya-tanya macam mana aku boleh dengar percakapan mereka. Sebab yang masuk kesini kebanyakannya sudah tua dan doktor bercakap dengan kuatnya kalau tidak mereka tak dengar. Kesiankannnn

Auta Punya Orang

Sekarang aku nak sambunglah cerita yang terenti semalam kerana dah mengantuk tu. Cerita pertama tentang seorang lelaki india. Umur mungkin dalam lingkungi akhir 20 an tau awal 30 an.



Dia di sorong masuk ke wad lebih kurang jam 10.00 pagi. Wah siap time masa orang masuk wad. Sebabnya aku tak ada kerja aper, duduk jer tercanguk di sisi katil hasben aku. Aku tengok dia ni teruk, tak boleh bangun langsung. Mula-mula aku sangka dia patah tulang belakang ker aper sebab aku dengar dia cerita pada doktor dia jatuh. Punching line dia 'jatuh'.

Aku nampak ada kawan-kawan dia datang, wah bercerita sakan. Aku terfikir jugak. Eh kawan-kawannya ni tak guna betul, orang sedang sakit teruk asyik cerita hal sign cek, hal failing dan lain2. Kesian sungguh si pesakit ni.

Doktor datang dan pergi, cek badan dia. Kira-kira jam 9.00 malam doktor pakar perubatan datang (selepas beberapa doktor lain periksa, siap kena buat scanning dan x-ray kepala dia). Dari katil suami aku, aku boleh nampak dan dengar dengan jelas percakapan doktor dengan si pesakit ni. Dia speaking london. Oh baru aku tahu kisah sebenar, rupanya maksud 'jatuh' ialah dia jatuh pengsan sebab ambik ubat over dos. Dia ceritalah begitu begini. Lepas tu aku dengar doktor tu suruh dia berjalan, dia kata tak boleh jalan, pening. Pada hal tadi aku tengok dia berjalan pegi tandas siap heret botel drip dia. Lepas tu doktor suruh dia angkat kaki, dia kata tak boleh, dia angkat sikit jer dalam tinggi sejengkal.

Lepas tu doktor suruh dia gosokkan tangan kuat-kuat. Dia tak berdaya gosok tangan dia. Dia gosong tangan dia macam orang baru kena strok. Aku nak gelak. Tapi aku diam jer. Gelak dalam hati. Lepas tu aku dengar doktor kata dia boleh keluar. Dia cakap dengan doktor yang dia masih pening tak boleh balik lagi. Dia tak larat pegi kerja sebab kehilangan blood yang banyak semasa jatuh dan kepalanya luka. Tapi aku tak nampak kepala dia berbalut atau berpelaster. Tapi doktor tu tetap kata dia boleh keluar. Sehingga hasben aku keluar wad, dia masih tarik selimut dan pejamkan mata tak mahu keluar wad. Hai pelik. Kita kalau sebut boleh keluar wad, rasanya masa tu jugak nak terjun katil balik rumah.

Dulu pernah dengar orang kata golongan ni memang kalau masuk wad tak mahu keluar. Tapi itu kalau orang datang dari poor family atau dari estate, takkan dia ni masuk gulung tu.

Ragam Orang Sakit

Kelmarin 6 Mei 2009, hasben aku semalaman tidak dapat tidur. Dia kata setiap kali nak tidur, dadanya di sebelah kiri sakit bagai direntap2. Bimbang juga macam tanda-tanda masalah jantung. Jadi untuk pandangan pakar lain aku bawa di ke Pusat Perubatan UM (PPUM).

Dia ditempatkan di Wad 'Observation' di Jabatan Kecemasan. Segala maknika test dibuat dan beberapa pakar juga datang memeriksa hasben aku tu. Kesian dia, lengan dia dah macam dipatuk ular, berbekas sana sini kerana dicucuk untuk ambik darah. Ehhhhh dracula betul mereka ni. Darah-darah darah di mana-mana jer.........

Akhirnya pada jam 11.30 malam doktor benarkan dia balik kerana penyakitnya dah reda tetapi kena follow up 2 minggu lagi.
Selama lebih 16 jam berada dalam wad observation tu menemani hasben aku, macam-macam pesakit yang masuk dan keluar. Tapi aku betul-betul tapiklah dengan doktor2 dan nurse2 di situ. Aku tengok mereka bekerja tak berhenti2. Bercakap pun hal kerja sahaja. Aku tengok sesetengah doktor tu sudah berada disitu semasa aku masuk jam 7 pagi dan sehingga jam 7 malam mereka masih disitu. Bila tengok macam ni teringat kenyataan Timbalan Menteri Kesihatan yang doktor curi tulang. Kesian mereka.

Sebenarnya yang aku nak cerita ni tentang gelagat pesakit2 di wad tu yang kadang buat aku seram dan kadang2 nak tergelak. Nanti aku cerita satu-satu yer. Tungguu........ mata dah ngantuk ni esok aku sambong....
t

Khamis, 7 Mei 2009

Hilangnya Peri Kemanusiaan



Mangsa ragut seorang wanita tua, meninggal.


Sedih dan kejamnya. Itulah perasaan setiap kali terbaca kisah-kisah jenayah yang makin menjadi-jadi di negara kita ni.

Minggu lepas kita disogok dengan kisah seorang ayah yang mempunyai 3 orang isteri, 10 orang anak sanggup merogol 3 orang anak perempuannya sendiri. Malah yang paling tragis dan kejam sanggup membunuh anak perempuannya yang berusia 7 tahun yang kurang upaya.

Allah Maha Kaya selepas tertanam selama 3 tahun di bawah pokok, perkara yang tersembunyi itu akhirnya terbongkar juga. Kerana nafsu serakah seorang bapa yang sepatutnya menjadi tempat anak-anak berlindung sanggup merogol malah membunuh zuriat sendiri. Dan yang paling geram tu, isteri-isterinya sanggup bersubahat sekali ataupun mungkin isteri-isteri ni di ugut.

Kita juga terbaca tentang kekejaman yang dilakukan oleh mat rempit. Mereka meragut tak mengenal siapa, perempuan mengandung, wanita tua dan apa saja yang terlintas di depan mereka tanpa ada rasa belas kesian. Baru semalam kita terbaca kisah seorang ibu di Klang yang sedang hamil meninggal kerana jatuh dari motosikal apabila mat rempit meragut begnya. Hari ini ada lagi beberapa kes ragut berlaku dan menyebabkan kematian.

Kita sudah tidak boleh berjalan dengan aman lagi di negara sendiri.

Isnin, 4 Mei 2009

Sahabat





Seorang sahabat menjadi penawar dalam duka kita. Kata orang seorang sahabat akan mengiring kita hingga ke liang kubur. Kata orang ketika duka, ketika dalam kesulitan barulah kita kenal siapa sahabat kita. Bidalan ada berbunyi "kawan ketawa senang dijumpa, kawan menangis sukar dicari".

Begitulah bermaknanya seorang sahabat dalam hidup kita. Kalau ada orang kata dia tak perlukan sahabat dalam hidupnya. Rasanya orang ini menipu dirinya sendiri. Tidak mahu menerima hakikat yang dia memerlukan seseorang dalam menjalani kehidupan di dunia ini.

Dalam menjalani kehidupan sebagai seorang pesara, aku mula merasa kehilangan orang-orang yang dulunya aku anggap sahabat ku. Mereka tidak pernah bertanya khabar aku. Tapi rupanya sahabat boleh datang dari mana arah dan masa. Allah telah mengatur segalanya.

Aku rasa begitu bertuah dalam usia yang beransur merangkak senja ini, ada insan-insan yang sudi bersahabat dengan ku. Di saat aku kehilangan teman-teman semasa berkerja dahulu aku didatangi teman-teman lain yang begitu bererti dalam hidup ku. Aku berdoa semoga sahabat-sahabat ku ini sentosa hidup mereka hingga ke akhir hayat.

Keluar Hospital



Semalam sepagi sebok menguruskan hasben aku yang dah dibenarkan keluar hospital. Dia dikehendaki pegi lagi ke hospital kerana doktor nak buat ultrasound, bimbang takut ada benda2 lain yang menganggu. Tak aperlah.

Hari ini cuba rehatkan badan. Mata rasa mengantuk tapi tak mahu tidur, walaupun dah seminggu tak cukup tidur, bila terpaksa tidur di atas 'toto' saja di hospital. Apa nak buat tunggu orang sakit, rasa macam kita sakit sekali.

Terima kasih pada kawan2 yang datang, yang mengirim doa dan semangat untuk memberi kekuatan dalam menghadapi saat2 sedih ini. Hati rasa sayu pun ada. Betapa dikejauhan dan dalam kesedihan ini masih ada sahabat yang menyayangi diri ini. Terima kasih wahai sahabat2 ku semua. Dari alam maya yang dahulunya kita tidak mengenali antara satu sama lain menjadi sahabat yang sentiasa dirindui.

Jumaat, 1 Mei 2009

Masih Di hospital

Hari ini masuk hari ke 5 abang di hospital tu. Tadi doktor datang, nampaknya BP dah stabil. Cuma yang menjadi masalah sekarang virus sebenar masih tidak diketahui. Jadi doktor tidak dapat memberi antibiotik yang khusus untuk virus berkenaan.

Semoga masalah ini dapat diselesaikan dengan segera. Doktor kata besok mungkin boleh keluar hospital.