Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Khamis, 17 Disember 2009

Salam Maal Hijrah 1431



Sempena Maal Hijrah esok saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan Salam Maal Hijrah kepada semua sahabat yang selama ini sudi bertandang ke blog saya yang serba kekurangan ini.

Petang ini merupakan penutup bagi tahun hijrah 1430. Saya kira seperti di tahun-tahun yang lalu masjid-masjid dan surau-surau ditempat kita akan mengadakan aktiviti-aktiviti seperti doa akhir tahun dan doa awal tahun menjelang maghrib nanti. Mungkin ada juga masjid-masjid dan surau-surau mengadakan ceramah mengenai maal hijrah.

Sempena menyambut Maal Hijrah ini sama-samalah kita mengingati dan menghayati penghijrahan serta perjuangan Rasulullah s.a.w dan sahabat dalam peristiwa Hijrah dari Makkah ke Madinah. Peristiwa penting dalam sejarah Islam.

Esok 1 Muharam bermulalah lembaran baru dalam hidup kita dah semoga kita sama-sama berhijrah daripada yang baik kepada yang lebih baik. Sesungguhnya kita adalah umat terbaik. Untuk renungan bersama:

Firman Allah ta'ala: “Demi masa, sesungguhnya manusia dalam kerugian, kecuali mereka yang beriman, yang mengerjakan amal soleh, yang berpesan-pesan dengan kebaikan, dan yang berpesan-pesan dengan kesabaran.”

Nabi s.a.w. bersabda; “Berusahalah untuk duniamu seolah-olah kamu akan hidup selama-lamanya dan berusahalah untuk Akhirat mu seolah-olah kamu akan mati esok hari.” - Sahih Muslim

8 ulasan:

a kl citizen berkata...

assalammualaikum

salam maal hijrah juga dari saya

semoga tahun baru ini lebih memberi makna

Pn Kartini berkata...

Salam kak hanim..:)
salam Maal Hijrah..Moga sentiasa diraHmatiNya dan diberkatiNya selalu..
Moga akak jua dianugerahkan kesihatan yang baik..:):)

Ros Illiyyuun berkata...

Salam Kak Hanim :)
Salam maal hijrah..sama-sama kita tingkatkan amalan hari ini agar kehidupan kita hari ini lebih baik dari semalam :).

Tanpa Nama berkata...

salam maal hijrah kak.moga Rahmat Allah sentiasa bersama kita sekeluarga semua.Amiin.
p.c.

INTAN RH berkata...

selamat tahun baru, kak.

Sifu Mirza berkata...

salam maal hijrah buat kak hanim & famili..

moga terus memdapat rahmatNya..

insya Allah..

:-)

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam:

a kl citizen, salam maal hijrah juga dari saya. Terima kasih atas doa cikgu.

Puan tini, salam maal hijrah. Terima kasih mendoakan saya.

Terima kasih Ros, salam maal hijrah juga dari saya.

pc, terima kasih dan salam maal hijrah juga dari saya.

Intan, rima kasih dan salam maal hijrah juga dari saya.

Sifu Mirza, rima kasih dan salam maal hijrah juga dari saya.

en_me berkata...

salam akak tewww..