Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Isnin, 7 Disember 2009

Perpisahan - Adakah Jalan Terbaik???




"Derhaka sungguh dia pada suami" Adik ipar saya mulakan cerita mengenai anaknya sebaik saja adik beradik yang lain bergerak balik selepas kami berkumpul sempena hari raya aidiladha. Adik ipar saya ni isteri kepada adik saya. Hanya kami berdua saja yang telah bermenantu dan bercucu. Jadi kiranya hanya kami yang faham masalah macam ni.

"kenapa" tanya saya "tak berbaik lagi ker"

"belum, makin teruk ada" sambong dia

Adik ipar saya terus bercerita, nampak sedih dan resah dimuka dia. Sebenarnhya kami jarang bercerita hal anak-anak yang dah berkeluarga melainkan hal yang elok-elok saja. Saya sebagai kakak yang sulunglah yang selalu jadi tempat mencurah apa-apa kesulitan.

"Hari tu kami lenjun mandi gulai siput sedut yang melayang ditendang menantu kesayangan". Terkepil mata saya mendengar. Terkejut ada marah pun ada. Mana pergi sopan santun dan budi bahasa budak ni, fikir saya. Rasa hormat pada suami dan mertua sudah lenyap sama sekali. Rendahnya budi bahasa. Itulah detak hati saya.

Tergenang air matanya, adik saya yang ada bersama-sama kami diam jer tak menyampok. Banyaklah lagi cerita menantunya kesayangannya diceritakannya.

Menurut cerita, kisah ini bermula bila si menantu syak suaminya (anak saudara saya) ada perempuan lain. Semenjak tu mereka selalu bergaduh. Bila ditanya kepada anak saudara saya, kenapa boleh jadi macam ni, dia kata dia dah tak tahan lagi dengan perangai isterinya. Tiap-tiap hari asyik marah dan berleter. Duit ringgit gaji langsung tak boleh pegang, semua si isteri yang kontrol.

Sekarang si isteri asyik mintak. Cerita di atas terjadi beberapa hari sebelum raya haji, di mana kerana terlalu marah sebaik sahaja menantunya tiba di rumah adik saya (ibubapa mertuanya) dan ternampak suaminya sedang makan bersama bersama mertuanya dan adik beradik yang lain, dia terus tendang lutut suaminya. Ketika itu mereka makan dilantai. Bertaburan lauk pauk terpercik kepada mereka yang sedang makan termasuk anaknya (cucu adik saya) yang berusia 4 tahun. Anak tu meraung-raung pedih mata terpercik gulai lemak cili api.

Nak elakkan pergaduhan terjadi depan ibubapa agaknya, anak saudara saya berjalan ke dapor. Masa nilah terdengar pelepak pelepok macam orang sedang tendang menendang. Adik ipar saya meluru ke dapor bimbang anakannya pukul menantunya, rupanya menantunya sedang menendang anaknya. Anaknya tak melawan cuma cuba mengelak saja. Dia siap memekik-mekik kononnya ibubapa mertuanya tidak pandai ajar anak (suaminya) sebab itulah suaminya berperangai macam ni.

Sibapak mertua tak setuju anaknya bercerai kerana bimbang dia tidak akan dapat melihat cucunya lagi. Tapi siibu yang diberikan Allah 1 akal 9 nafsu ni meminta anaknya melepaskan saja isterinya kalau itu yang dia mahu. Dia tak sanggup melihat anak yang dilahirkan, dididik dari sebesar 2 jari diperlakukan menantunya sedemikian rupa.

Saya sendiri terkejut mendengar cerita tu. Tak tahu apa nak kata, tapi sebagai insan yang juga diberikan Allah 1 akal 9 nafsu ni kalau ditanya keputusan saya ketika ini, Saya rasa isteri yang menderhaka ni patut dilepaskan saja.

23 ulasan:

- jinggo - berkata...

kak hanim
13 tahun saya berhadapan dengan keadaan yang sama.
ceritanya sama.
hari ini - mungkin perpisahan tu yg terbaik........
semuga kerja Allah.

IKRAB family berkata...

emmm......berani juga si isteri ni yer.baran juga nampaknya.pernah ke bawak ke kaunseling, kak?
p.c.

Kunang-Kunang berkata...

Saudara jinggo,

Kadang-kadang perbuatan yang berlaku tak terjangkau dek fikiran. Itulah orang kata, kadang-kadang penghijrahan dari satu kehidupan kepada kehidupan yang lain ada hikmahnya tersembunyi.

Kunang-Kunang berkata...

Shima, saya tak nafikan isteri mengamok kerana suami ada perempuan lain.

Tapi supaya lebih adil bukan kerana sisuami anak saudara akak, akak rasa kita kena juga fikir kenapa si suami beralih kepada perempuan lain.

Sisuami seorang budak yang baik, akak kenal dia dari kecik. Sama usia dengan arwah iskandar, rupa pun lebih kurang.

Berkahwin dalam usia muda (23 tahun). Kami nampak hidupnya bahagia, ada rumah sendiri, ada kereta, ada anak. Kalau akak nak minta tolong apa-apa selepas ketiadaan iskandar, dialah orangnya termasuk hantar dan ambik kami dari KLIA semasa kami menunaikan umrah baru-baru ni.

Hati ni jugak luka bila tahu hal macam ni. Malas nak cerita hal isteri dia. Tak baik pulak nanti. Cuma doa akak isterinya dan dia harus berubah demi anak untuk membina hidup baru. Atau kalau berpisahan jalan terbaik, berpisahlah dengan baik. Itupun yang isteri dia minta tiap-tiap hari.

IKRAB family berkata...

moga dipermudahkan urusan oleh Allah dan memberi jalan penyelesaian yg terbaik unutk semua pihak.
p.c.

fzi berkata...

Salam kak ani...
Malam tadi saya dah baca n3 kak ani tapi tak sempat nak tinggalkan komen coz dah lewat malam dah...

Terkedu dengar citer kak ani ni...camtu lah asam garam dalam hidup berumahtangga, kan kak ani...berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul... moga dibukakan hati kedua-dua mereka untuk jernihkan apa yang keruh, leraikan apa yang kusut...orang yang teguh iman InsyaAllah akan tahan dengan ujian ... moga kita semua hamba Allah beroleh kekuatan hadapi ujian bila makin dekatkan diri dengan Allah swt...

INTAN RH berkata...

Tendang, tumbuk, lempang tak jugek menyelesaikan masalah kan. Nasihatkan isteri, apa2 pun muhasabah diri elok2 dan berdoa kpd Tuhan supaya tunjukkan jalan yg betul.

Tanpa Nama berkata...

Salam Kak hani,

Apa kata cadangkan suami (anak saudara kak hani) buat laporan di pejabat agama tentang kelakuan isterinya.

Tindakan anak saudara tu betul sebab dia tak pukul atau balas pukul isteri tetapi isteri yang pukul dia seorang.

Jadi, buat laporan supaya kalau jadi kes kemudian hari, laporan ini boleh dirujuk. Tambahan pula ramai saksi.

Tujuan utama untuk elak cerita terbalik atau masalah lain kemudian hari. Mungkin juga kalau kena gaya, anak dapat kepada bapa jika berpisah.


Prosedur ni, boleh buat tanpa permohonan berpisah...cuba dapatkan maklumat lanjut di pejabat agama...

Pn Kartini berkata...

Salam kak..
Drama kehidupan yg terkdg tidak terfikir oleh kita..di mana hilangnya rasa hormat dan budi bahasa seorg isteri..

Dari Hati berkata...

Salam Ukhuwah utk kak..
TErkedu jugak sue baca entri psl gaduh gaduh suami isteri tu. Sabar nye si suami kan..Dan mungkin ada sesuatu yg suami dia dah buat,,yg amat mengguris perasaan si isteri ..sampai dah hilang rasa hormat dan patuh kat suami dia..Hanya Allah saja yg tahu kisah sebenar kan..

Apa pun, sue doakan semuga kedua dua nya dapat muhasabah diri dan cuba cari ada peluang utk berbaik dan perbetulkan apa jua kesilapan..

Tanpa Nama berkata...

kak Ani, pandangan Tanpa Nama tu mmg betul kak.kalau dia masih sayangkan isterinya masih belum bwk ke kaunseling kan.tp ape pun dia lebih tahu, moga dia dpt buat keputusan yg tepat.
p.c.

Kunang-Kunang berkata...

W'salam Fzi,

Itulah Fzi sebagai orang tua kita rasa susah hati dengan keadaan budak-budak.

Nasib baiklah ibubapa mertua dia jenis yang sabar dan masih mengharapkan anaknya berbaik seperti sediakala. Itulah apa pun yang menantu buat ditelan jer.

Kunang-Kunang berkata...

Tulah intan, rasanya kalau sisuami bersalah sekali pun, janganlah sampai menderhaka.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumusalam saudara tanpa nama.

Terima kasih atas nasihat. Jika perkara itu berlarutan saya akan nasihatkan dia ke pejabat agama. Kami dah nak nasihat untuk dia dapatkan kaunseling tapi nampaknya tak dibuat pun.

Kunang-Kunang berkata...

W'salam pn tini. Itulah seharusnya macam mana marah sekalipun, jangan sampai hilang hormat sehingga ke peringkat menderhaka/

kadang-kadang kita kena juga kaji diri sendiri.

Kunang-Kunang berkata...

W'salam sue,

Terima kasih sudi singgah.

Itulah juga perasaan kak ani bila mendengar berita ni. Semoga Allah lembutkan hati dia.

Kunang-Kunang berkata...

Sebenarnya walaupun sisuami tu anak saudara saya, saya juga tidak setuju dia main kayu tiga di belakang isterinya.

Tapi kadang-kadang terfikir juga yang lelaki ni kalau kita berkeras sangat pun dia akan cari orang yang boleh layan dia dengan lemah lembut. Memang sebagai perempuan tidak ada siapa yang suka.

Saya tidak dapatlah bercerita lebih lanjut tentang menantu saudara saya ni. Cuma apa yang saya boleh kata, si isteri terlalu mengongkong suami dari segala segi. Perkara tidak menghormati mertua tu pun bukan sekali ni berlaku. Bila kita tegur dia kata lelaki tidak boleh kita berlembut, nanti dia naik lemak.

Tapi betul ker falsafahnya tu. Sekarang dah melibatkan ibubapanya pula.

Az pelangi berkata...

Dalam hal macam ni, ada doa untuk lembutkan hati isteri. Kena baca selepas solat isyak 12 kali. Andai ada sayang lagi, dan rasa tanggungjawab terutamanya mengenangkan anak2x...si suami bagi saya patut ambil pendekatan lembut.

Api lawan dengan api...tak menjadi apa2x kak..
Api lawanlah dengan air.
Kalau seorang isteri sudah sampai tahap tak menghormati suami dan taat ( walhal suami seorang yang baik dan setakat ni tidak melakukan perkara2x terlarang), dalam jiwanya sebenarnya ada kekosongan...mungkin penghayatan dalam agamanya.

Si suami kalau dari cerita kak ani, dah lama mungkin berhadapan dengan masalah ni...namun dia masih lagi bersabar tanpa tindakan apa2x iaitu cerai...itu tandanya dia masih ada sayang dan rasa bertanggungjawab.

Tanyalah ustaz yang boleh beri doa tu.
Inilah dugaan para suami hari ni kak ani..
Adakalanya isteri berperangai di depan...
Adakalanya tanpa pengetahuan isteri berperangai di belakang...
Hanya Tuhan saja tempat si suami mengharapkan bantuan..
Kaunselor bagi saya tak dapat beri bantuan apa2x...
Seelok2xnya...orang tua atau saudara terdekat yang boleh dipercayai daripada kedua2x pihak...berkumpul bersama...terutamanya yang boleh memberi sedikit kupasan dari sudut agama...

Kalau ingin jalan terbaik untuk semua pihak terutamanya anak2x, InsyaAllah Allah permudahkan.

Kunang-Kunang berkata...

W'salam Az
Terima kasih atas pandangan Az. InsyaAllah akak rasa akak tahu ayat pelembut tu.

Akak juga mengharap yang terbaik.

Shida berkata...

Saya sekadar membaca dan mengambil iktibar dr kisah orang lain. Memang kalau suami bermain kayu tiga merupakan perkara yg menghiriskan hati isteri, tapi perlakuan isteri sebegitu rupa bukanlah jalan terbaik menyelesaikan masalah malah hanya menambah masalah.

Setiap perkahwinan ada masalah tersendiri. Perpisahan haruslah menjadi pilihan terakhir.

Kunang-Kunang berkata...

Itulah shidah kadang isteri ni dia lupa, bila dia mengahwini seseorang lelaki bererti dia juga berkahwin dengan keluarga sisuami. Kena hormati ibubapa mertua sebagaimana dia menghormati ibubapa sendiri.

az berkata...

Kak ani...akak dah dijemput jadi reader blog saya ye. Kena log in pakai email akak... :)

Kunang-Kunang berkata...

terima kasih Az, InsyaAllah akak akan singgah nanti.