Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Khamis, 5 November 2009

Tetamu Allah





"Hamba Mu datang menyahut panggilan Mu. Ya Allah hamba Mu datang menyahut panggilan Mu. Sesungguhnya segala puji-pujian dan nikmat dan Kerajaan adalah kepunyaan Mu yang tiada sekutu bagiNya."


Bergemalah Talbiyah dari mulut Jemaah-jemaah Haji. Alangkah indahnya.

Seronoknya tengok beribu-ribu Jemaah Haji Malaysia terbang ke Mekah bagi menyahut seruan Allah untuk menjadi tetamuNYA. Berseri-seri muka masing-masing. Maklum doa yang sekian lama dipanjat akhirnya dimakhbulkan Allah. Kepada yang belum dijemput janganlah sedih, ada hikmah disebaliknya.

Dalam gembira ada juga sedih bila terbaca di Akhbar Berita Harian hari ini mengenai 60 bakal haji termasuk dari Sabah dan Sarawak terkandas di Kompleks Haji Kelana Jaya. Mereka mendakwa nama mereka tidak ada di dalam senarai orang yang akan berlepas. Kesian, macam mana boleh jadi macam ni. Tak tau nak salahkan siapa. Semoga Allah permudahkan penyelesaian masalah mereka.

Tiap-tiap tahun akan ada cerita sedih begini. Agensi-agensi terlibat mendakwa msaalah visa. Tahun ini dengar cerita (termasuk adik ipar aku sendiri) pemberitahuan mengenai pemergian untuk menunaikan fardhu haji terlalu tergesa-gesa. Mungkin sebab itulah visa pun tak sempat siap.

Hari ini adik ipar aku juga berlepas dari Kelana Jaya ke Mekah. Mereka datang dari Terengganu dengan flight malam tadi. Tadi baru telefon dia, katanya Alhamdulillah semua okey. Harap-harap begitulah.

Hasben aku dan adik beradiknya yang lain sekarang berada di Kelana Jaya. Kesian aku tak dapat pegi ke Kelana Jaya memandangkan keuzuran kaki yang belum berakhir. Aku pesan dengan adik ipar aku, doakanlah semoga lutut ku ini semboh untuk membolehkan aku menjalankan ibadat terutama sholat dengan sempurna.

Didoakan semoga semua Jemaah Haji ini mendapat Haji Mabrur.



Gambar ini kami ambik semasa menunaikan umrah bulan Mac/April lalu.

2 ulasan:

pakndak berkata...

bestnya dapat pergi sana, pakndak yg dekat nie pun tak dapat pergi lagi.

Kunang-Kunang berkata...

InsyaAllah Pakndak akan dijemputnya nanti.

Memanglah hati selalu teringat hendak ke sana, kalau boleh tiap-tiap tahun nak pegi paling tidak pun menunaikan umrah.