Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Selasa, 17 November 2009

Tak Sayang Anak Ker



Pagi tadi sebaik tiba di kawasan rumah ketika balik dari Masjid Negeri Shah Alam, aku nampak ada polis sedang menahan 2 orang budak lelaki naik motorsikal. Kedua-dua budak ni mungkin dalam usia 13 tahun atau kurang. Budak ni mesti tak ada lesen motorsikal, naik berdua pulak tu dan yang sah tidak memakai topi keledar.

Aku suka mereka kena tahan. Biar mak ayah dia rasa. Aku bukan dengki, bukan busuk hati. Aku kata macam tu, sebab aku memang geram dan dah tak tahan tengok budak-budak kecil ni bermaharajalela naik motorsikal kesana kemari bersukaria. Topi keledar jangan haraplah nak pakai. Kadang-kadang aku tengok budak-budak kecik sangat lagi, mungkin dalam lingkungan usia 11, 12 tahun atau paling tinggi 13, 14 tahun. Dalam usia macam ni mana dia orang layak ambil lesen motorsikal.

Aku selalu berkata dalam hati, mak ayah dia orang tak risau ker biarkan anak menunggang motorsikal walaupun tahu merbahaya dan melanggar undang-undang jalanraya. Langgar undang-undang tak aper, mak bapak duit banyak, boleh bayar. Macam mana kalau eksiden. Kalau mati, tak ker menyesal sepanjang hayat. Memanglah hidup mati Allah yang menentukan, tapi kalau dah tahu perbuatan itu merbahaya kenapa tak larang.





Budak-budak ni kalau kita tegor, wah bukan main dia menjeling pada kita. Kalau boleh nak dilanggarnya kereta kita.

Zaman dah berubah. Dulu zaman aku kecik-kecik, kami bukan saja takut pada mak bapak sendiri kalau buat sesuatu yang merbahaya, tapi takut juga kepada jiran atau kepada orang yang lebih tua dari kita. Walaupun orang tu kita tak kenal. Kalau mereka larang kita ikut.

Dulu, rumah kami terletak di kawasan pantai. Selalulah pegi mandi laut. Mak tak tau. Ayah lagilah tak tahu sebab dia pergi kerja. Kalau mak tau mesti kena marah, silap2 kena pukul. Tapi walaupun mak tak tahu, kita takut juga pada orang-orang tua (dewasa) yang berada di tepi pantai tu. Dia orang akan larang kita mandi-manda di laut tu dan suruh kita balik. Siap ugut lagi kalau tak balik mereka nak pukul.

Mereka berani kata "kalau kau tak balik, aku pukul (selalunya mereka akan pegang kayu), biar mak bapak kau marah kat aku daripada dia orang menangis bila engkau orang mati lemas, menyusahkan orang".

Sekarang ni mana kita berani tegur budak-budak ni. Kalau kita tegur tak payah tunggu mak bapa dia marah kita, budak-budak tu sendiri pun berani marah kita balik. Kalau beritahu mak bapak dia orang pun mungkin mak bapak dia orang akan suruh kita jaga tepi kain kita sendiri.

Satu waktu dulu semasa DYMM Sultan Johor jadi Yang DiPertuan Agong, baginda pernah kata (tengok kat tv), "dalam mendidik anak "biar dia (anak) menangis kerana kita daripada kita menangis kerana dia besok". Baginda bermaksud dalam mendidik anak, biar dari kecik. Kalau perlu dipukul, pukul, jangan besok kita ibubapa yang menangis jika terjadi sesuatu pada anak atau bila anak tu mula tak mendengar cakap.

Ada kebenarannya.

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

orang skg ni kbnykkannya `mind your own business'.kalau apa2 jadi kat anak dia dan melibatkan org lain, tetap disalahkan org2 yg ada melainkan anak dia.
kat kg2 lagi la sampai berempat berlima adik2 kecik naik sekali motor tu ada yg naik i tengh2 jln raya kat kg.kalau ikut hati sya yg darah muda ni (muda ke hehee) nak je blok motor diwoang, then tarik telinga sorang2.pas tu amik kucni motor tu bagi kat balai polis.
p.c.

Kunang-Kunang berkata...

Itulah sebenarnya perasaan akak. Bukan akak suka tu tandanya akan seronok tengok dia orang kena tahan, tapi biar jadi pengajaran kerana kalau berlaku apa-apa. Sedih.

Kita kena tanamkan pemahaman di hati anak-anak kita, kita ikut undang-undang bukan takutkan polis, tapi kerana sayangkan nyawa dan diri kita sendiri. Berlaku apa-apa polis tak aper2.

INTAN RH berkata...

Tu la kak, bdk2 zaman sekrg. Kat skolah anak sy plak, bdk2 bw henpon yg ada gmbo / video lucah...tak ke haru tu.. :(

Kunang-Kunang berkata...

Mewahnya budak-budak sekarangkan Intan.

Tapi sayang kemewahan dan kemudahan yang diadakan hasil dari kemajuana teknologi tak semestinya guna untuk jalan yang berfaedah malan merosak diri sendiri.