Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Isnin, 9 November 2009

Sebuah Perjalanan



Pagi semalam, Ahad 8 November 2009 kira-kira jam 7.30 pagi seperti biasa aku keluar dari bilik menuju ke beranda untuk menyiram pokok bunga yang bergantungan di situ. Sebaik tiba di pintu, anak aku Zulaikha yang kebetulan bermalam di rumah beritahu "mama ain (Dzulkarnain) ke Bentong, kawan dia yang datang semalam meninggal. Aksiden.

Tergaman, tak tau apa nak diucapkan, akhirnya terucap dari bibir "Innalillah hiwainna ilahirajiuun". Terduduk rasa, terkedu, sedeh dan macam-macam perasaan yang sukar digambarkan.

Baru Hari Sabtu kelmarin dia ke rumah untuk mengajak Dzulkarnain ke rumah kawan-kawan di sini. Dia datang dari Raub. Tak tau nama sebenar, tapi dari semenjak dia di universiti lagi setiap kali datang ke rumah, Dzulkarnain akan panggil dia 'Pak Lah' berasal dari Kelantan.

Rupanya selepas melawat kawan-kawan di Shah Alam dan Serdang, dia kembali ke Raub dengan menunggang motosikalnya. Tiba di persimpangan Bentong dia terlanggar divider dan Allah Maha Mengasih telah menjemput Dia kembali. Jenazahnya diuruskan di hospital Bentong dan di bawa ke Kampongnya di Gua Musang untuk disemadikan.

Masih terbayang di mata ni dia bersalam dengan hasben aku, dan semua yang ada di rumah. Semasa dia menghidupkan motorsikalnya untuk balik, berdetak di hati aku "jauhnya naik motor, kenapa tak naik bas".

Tak pajang rupanya usia mu. Rupanya itulah kali terakhir dia ke rumah dan hajat bertemu kawan-kawan juga untuk kali terakhir.

Selamat jalan Pak Lah semoga Allah mencucuri rahmatNYA keatas roh mu. Amin.

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

innalillahi wainna ilaihi roji'un.
Moga beliau mendapat keampunan Allah dan ditempatkan bersama org2 yg soleh. Amiin.
p.c.

syahbandar87 berkata...

mudah2an yg hidup sentiasa beringat dngn mati hndknye.insyarallah

Kunang-Kunang berkata...

Itulah pc dan syah.

Walaupun bukan anak sendiri, memandangkan dah kenal lama dari mereka ni masih belajar, sedih juga rasanya, akak boleh bayangkan perasaan ibubapa, adik beradik Pak Lah.

Perasaan yang pernah datang pada kak hanim 2 tahun lalu.

fzi berkata...

Innalillah....
Al-fatihah buat arwah...

p/s...kak ani, saya ada e-mail kak ani baru2 ni, may be kak ani tak perasan ada dalam inbox...

Sifu Mirza berkata...

salam kak..

begitulah kehidupan..

mudah-mudahan beliau ditempatkan ke dalam golongan kekasih Allah..

:-)

endiem berkata...

Innalillah hi wainna hilaihirajium..

Kunang-Kunang berkata...

Fzi, Sifu Mirza dan endiem

Terima kasih atas doa untuk arwah.