Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Selasa, 24 November 2009

Sampah Mu Rezeki Ku









Sampah-sampah selepas diselongkar, tengoklah sampah yang dah dipilih dari tempat lain disimpan sementara di rumah berkenaan kerana dia tahu tuan rumah akan balik waktu petang. Dia akan pastikan sampah-sampah tu di ambik sebelum tuan rumah balik

Tut-tut-tut, itu mesti bunyi motor budak bangla yang selalu mengeledah sampah yang kami letak di dalam tong sampah di luar rumah. Apa nak buat sampah yang kita buang tu menjadi sumber rezeki dia orang ni.

Dalam kesian kadang-kadang tu kita rasa juga nak marah. Apa tidaknya sampah yang kita dah ikat dalam plastik elok-elok dan dimasukkan di dalam tong sampah untuk diangkut oleh lori sampah MBSA dikeluarkannya. Di selongkarnya sampah-sampah tu untuk mencari barang-barang yang boleh dapat duit. Walaupun mereka ikat balik plastik-plastik sampah tu tapi mereka tak masukkan balik dalam tong sampah sebaliknya dibiarkan berselerakan di situ.

Di perkitaran rumah saya ni ada beberapa orang bangla yang berebut-rebut menyelongkar sampah. Ada seorang perempuan cina yang selalu terbongkok-bongkok memunggah sampah dari tong sampah kita. Berebut-rebut mereka ni selongkar sampah-sampah tu. Mewahnya negara kita yer, hinggakan sampah pun boleh jadi duit.

Kira-kira sebulan lepas saya ada terbaca dalam sebuah akhbar tentang seorang berbangsa cina lulusan MBA sanggup berhenti dari jawatannya yang tinggi di sebuah syarikat semata-mata ingin menjadi pemungut sampah. Katanya dah ramai kawan-kawan yang berjaya. Katanya dia boleh antara RM4,000 - RM5,000 sebulan.

Dah nama pun orang cerdik. Sekarang dia menulis buku mengenai bagaimana cara nak mendapat harga yang tinggi bagi barang terbuang. Yang bijaknya, dia menjual buku ni melalui internet. Pada sesiapa yang ingin mengetahui rahsia mendapat duit lebih dari barang terbuang kena bayar RM25 bagi satu program.

Macam-macam cara Allah jadikan sebagai punca rezeki kepada kita manusia.

8 ulasan:

um. masyitah berkata...

Assalamualaikum dan salam perkenalan
ya,kadangkala bagi kita benda itu sudah tak punya nilai,namun bagi insan lain ia amat beharga malah mendatangkan sumber kewangannya demi sesuap rezeki halal
salam aidil adha

Shida berkata...

Perasaan saya:
1- Kesian - sampah sarap kita dah buang rupanya masih bernilai pada sesetengah orang.

2-Geram - sebab sampah akan jadi berselerak dan menimbulkan masalah lain.

Salam aidiladha Kak, ke mana raya ni?

Pn Kartini berkata...

Salam Kak..:)

Dalam kita gembira
Ada jua yg bersedih..
Dalam Kita berduka
Ada lagi yy berat dugaannya...
Dalam kita terasa akan kepayahan itu
Rupanya kita masih beruntung..
Berbanding Mereka yang hidup dlm kedaifan..
........yg bisa menginsafi diri...

Moga sis sihat..:)

endiem berkata...

Salam..
ada seorang makcik yang bekerja menyapu di komplek, mencari tin aluminium, kotak dan kertas terpakai untuk mendapatkan pendapatan tambahan. Pernah juga terjumpa seorang perempuan cina yang bekerja di sebuah bank ..mengutip tin tin aluminium.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam um. masyitah. Terima kasih sudi singgah disini. Allah Maha Kaya setiap orang telah ditentukan rezekinya oleh Allahkan.

Kunang-Kunang berkata...

Salam shidah, semoga shidah sekeluarga sihat sentiasa.

Akak raya di Shah Alam saja, Shidah raya di mana.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam pn tini.

Memang kita kena belajar bersyukur dengan apa yang kita adakan.

Selamat Hari Raya Aidiladha juga dari saya untuk puan tini sekeluarga.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam endiem.

Begitulah rezeki datang dari berbagai punca asalkan kita rajin berusaha.

Selamat Hari Raya Aidiladha endiem.