Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Khamis, 26 November 2009

Salam Aidiladha



Hari ini pagi-pagi lagi saya dah ke pasar Seksyen 16 di Shah Alam untuk membeli daun kelapa nak dibuat sarung ketupat. Memandangkan hari ini baru hari Rabu dan 10 Zulhijjah jatuh pada hari Jumaat ini, tak ramailah sangat orang di Pasar tu. Saya beli awal daun tu supaya saya ada masa untuk mengayam sarung ketupat tu. Esok bolehlah saya rebus ketupat tu sebelah petang. Saya tak larat nak berjaga hingga jauh malam menunggu ketupat masak.

Walaupun ini cuma hari Raya Aidiladha saya akan masak juga sikit-sikit untuk kami sekeluarga dan untuk adik-adik yang kebiasaannya akan datang ke rumah.

Di Shah Alam ni sekarang kita akan nampak lembu-lembu yang nak dikorbankan tu ditambat berhampiran kawasan masjid. Masjid dekat rumah saya ni akan memulakan ibadat korban ini selepas sholat sunat Aidiladha sehinggalah dua tiga hari selepas tu. Pada beberapa tahun lepas ada sebuah masjid di Shah Alam ini menyembelih unta sebagai korban. Tahun ni tak taulah pulak ada unta atau tidak.

Bila sebut Raya Aidiladha mesti kita teringat kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan kesabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah S.W.T. Pada 10 Zulhijjah ni jugalah Nabi Adam dan Siti Hawa bertemu semula di Arafah setelah mereka terpisah sekian lama, dengan menanggung penderitaan sebagai Kafarah atau pembersihan dosa akibat makan buah larangan syurga.

Ketika ini mesti jemaah Haji kita iaitu termasuklah adik beradik kita, saudara mara kita dan sahabat handai kita yang berada di Mekah sedang bersiap untuk berangkat ke Arafah bagi berwukuf dan seterusnya bersiap juga untuk urusan kerja-kerja ibadat haji. Semoga mereka semua mendapat haji yang mabrur.

8 ulasan:

fzi berkata...

Salam Aidil Adha kak ani...
Waaaa.. rajin kak ani wat ketupat ya...saya tak pandai menganyam ketupat ni...tk pandai sebab tak penah belajar buat, tu la pasal...hehe...
Ohh ada yang pernah sembelih unta kat Shah Alam? Ni baru pertama kali saya dengar... camane agaknya rasa daging unta ya kak ani... :)

um. masyitah berkata...

Salam kak
baca entry yang ni buatkan saya teringat pada ibu saya ..rindunya kat ibu saya. Biasanya sehari seblum raya,masa saya sebelum kawin dulu,saya sibuk tolong ibu ke pasar dan sayalah satu-satunya anak yang pandai buat ketupat dari daun kelapa. Bila saya tekde ni,ibu saya yang buat ketupat seorang...

Pn Kartini berkata...

Salam..:):)
Selamat Hari Raya Aidil Adha..
Moga akak diberikan kesihatan yg baik dan bahagia disamping family tersayang

en_me berkata...

salam aidiladha akak ani tewww.. ehehe

Kunang-Kunang berkata...

W'salam Fzi, buat ketupat tak banyak dalam 40 biji jer.

Semalam ada akak ke masjid tu (Orang namakan masjid tu Masjid Unta, sebenarnya nama lain) tapi tak nampak unta di sana. Akak tanya orang2 kat situ dia orang kata dah tak ada unta sebab jawatankuasa masjid dah tukar.

Akak tak pernah rasa daging unta tapi susu dia pernah minum semasa di mekah. Susu unta sedap langsung tak rasa hamis.

Kunang-Kunang berkata...

W'salam ummu. Alhamdulillah sekurang-kurangnya ibu ummu ada juga seorang anak yang pandai anyam ketupa, anak-anak kak ani sorang pun tak mengikut.

Akak buat ketupat ni masukkan pulut bukan beras. Lepas tu direbus dengan santan hingga santan kering. Makan dengan rendang atau serunding. Anak-anak suka macam ni.

Kunang-Kunang berkata...

W'salam pn tini. Terima kasih sudi doakan akak. Semoga Allah juga sentiasa rahmati hidup pn tini sekeluarga.

Kunang-Kunang berkata...

Terima kasih en_me. Selamat menyambut hari raya Aidiladha juga pada en_me sekeluarga.