Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Sabtu, 21 November 2009

Rindu Mengimbau



Khamis baru-baru ni saya ke PPUM lagi untuk pemeriksaan doktor yang mesti dibuat setiap 6 bulan sekali. Keputusannya Alhamdulillah semua baik cuma gula tinggi sikit dalam darah. Hai makin tua makin manis nampaknya.

Sambil menunggu tu saya nampak banyak ibu-ibu atau bapa-bapa yang dah berusia dan berkerusi roda ditolak oleh anak-anak mereka untuk berjumpa doktor. Ada ditolak oleh anak perempuan, ada ditolak oleh anak lelaki dan ada juga ditolak oleh suami.

Terfikir dibenak saya betapa si ibu atau ayah merasa bersyukur mempunyai anak yang bersedia mencurahkan bakti dengan penuh kasih sayang terhadap kedua ibu mereka. Pengorbanan ibu yang bertarung nyawa ketika melahirkannya, memelihara, melindungi serta memberi kasih sayang sepenuhnya kepada anak-anak tetap dihargai. Besarya ganjaran pahala dan balasan yang baik akan tetap diterima oleh si anak.

Bertepatan dengan Hadis Rasulullah:

Dari Abdullah bin Umar radiallahuanhu berkata bahawa Rasulullah sallallahu alaihi wasallam bersabda yang bermaksud:

"Keredaan Allah terletak pada keredaan kedua ibu bapa dan kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan kedua ibu bapa."

Rasulullah juga bersabda"

Dari Anas bin Malik radillahuanhu berkata bahawa Rasulullah sallallahu alaihi wasallam bersabda yang bermaksud:

"Barangsiapa yang suka dipanjangkan umurnya dan ditambahkan rezekinya maka hendaklah ia berbakti kepada kedua ibu bapanya dan menghubungkan silaturahim."

Bila melihat keadaan macam ni, saya rasa sayu tiba-tiba, teringat dan rindukan mak saya. Dulu saya juga seperti mereka. Selama 2 tahun saya juga merupakan orang yang akan menolak kerusi roda mak saya setiap kali dia perlu berjumpa doktor.



Mak saya tinggal dengan saya selepas ayah saya meninggal. Dia yang memang mengidap darah tinggi dan diabetis terkena strok dari pinggang ke bawah ketika berusia lewat 50 an. Mak saya meninggal selepas 2 tahun beliau lumpuh. Mak anak mu ini sentiasa berdoa kepada Allah untuk ayah dan ibu "Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada ibubapa ku sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil"

Saya masih ingat bila emak saya kena strok keadaan memang susah sangat. Maklumlah saya bekerja. Nasib baik masa tu anak-anak saya ada yang bersekolah pagi dan ada yang bersekolah petang. Jadi semasa ketiadaan saya anak-anak sayalah yang menjaga keperluan nenek mereka. Saya pula akan menyiapkan makanan tengahari mereka sebelum ke tempat kerja. Selalunya waktu makan tengahari suami saya yang kebetulan pejabatnya di Shah Alam akan balik ke rumah.

Peristiwa ini dah 9 tahun berlalu. Tapi kerinduan dan ingatan pada mak dan ayah saya masih kuat terutama bila saya melihat orang-orang tua.


"Dan kami wajibkan manusia berbuat kebaikan kepada kedua ibubapanya; Ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah". (Surah Al-Ahqaf Ayat 15)

8 ulasan:

a kl citizen berkata...

assalammualaikum

salam ziarah

Pn Kartini berkata...

Salam Sis..:)
Alhamdulillah...semua baik..
Cuma jaga pemakanan sis..Moga sis diberikan kesihatan yg baik:)

Kunang-Kunang berkata...

Walaikumussalm kl citizen, terima kasih sudi singgah.

Kunang-Kunang berkata...

Walaikumussalm Pn tini,

Terima kasih sudi singgah. InsyaAllah tini dan terima kasih juga atas nasihat yang diberi.

Ros Illiyyuun berkata...

Salam :)

Saya doakan agar Kak Hanim sihat selalu..
Syurga di bawah telapak kaki ibu. Hendaklah kita berbakti kepada ibu selagi dia ada, bila dah tiada kita pula yang akan menyesal sekiranya tidak sempat berbakti. Wassalam

Kunang-Kunang berkata...

Itulah Ros, pada sesiapa yang masih mempunyai ibubapa, berbaktilah dan sayanglah kepada mereka.

Memandangkan muka ibu kita sudah diberi pahala apa lagi jika kita menyayanginya dan berbakti padanya.

um. masyitah berkata...

Salam Sis
terharu kan melihat anak-anak yang sudi membantu ibubapa mereka..kerana saya lebih disayat kepiluan kerna selalu juga melihat seorang tua berjalan terbonkok keseorangan,ada yang sendirian menolak wheel chair..namun saya syukur sebab di wajah mereka terpamer ceria kerana hati mereka bila bicara dengan saya,mereka baik sangka pada Allah...

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam umm masyitaha.

Beruntunglah pada yang masih mempunyai ibubapa didunia ini.

Terima kasih sudi singgah.