Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Isnin, 30 November 2009

Rahsia Cermin Mata Hitam



Ku pakai kaca mata
Tiap hari dan masa
Ramai orang bertanya
Mengapakah sebabnya


Itu antara lyric lagu bertajuk Kaca Mata oleh Rafeah Buang. Lagu zaman pop yeh yeh. Rafeah buang kata dia berkaca mata sebab tak tahan bertentang mata dengan pemuda mata keranjang. Tapi ada banyak lagi sebabnya selain itu.

Saya suka tengok orang berkaca mata hitam. Nampak segak dan lawa bagi lelaki dan nampak cantik serta bergaya pada wanita.

Berkaca mata hitam ni selain untuk melaram banyak lagi gunanyakan. Kaca mata hitam juga banyak menyimpan rahsia sepemakainya. Terutamanya orang yang sakit mata. Mereka memakai cermin mata hitam untuk mengelak orang tahu yang mata dia tu bengkak dan merah. Kalau orang tahu dia sakit mata, orang akan lari jauh-jauh.

Teringat masa kerja dulu, kalau datang ofis ketika sakit mata rakan sepejabat akan kata:

Kalau non malay dia kata "ayoooo you sakit mata, bahaya you know, you better go home, nanti kita semua kena wooooo". Tak jaga langsung perasaan kita.

Kalau melayu beralas juga sikit" baik kau jumpa doktor dan rehat di rumah, nanti mata kau makin sakit dan melarat". Hu hu hu pada hal dalam hati suruh kita pegi jauh-jauh takut terjangkit dia. Tapi untuk tidak mengejikkan hati kita dan sebab kita orang islam masih percaya bahawa "Allah yang berkuasa atas segalanya", dia cakaplah baik-baik. Boleh dikira ikhtiarlah jugak tu supaya tidak berjangkit.

Kadang-kadang kecik juga rasa hati. Tapi buat-buat senyum.

Selain untuk melaram dan menyorok sakit mata, ia juga boleh melindungi sesuatu rahsia atau kekurangan yang ada pada wajah khasnya mata sipemakai. Macam-macam rahsialah. Almaklumlah.

Itu ringkasan cerita kaca mata hitam. Cerita sebenarnya yang nak saya sampaikan ialah mengenai anak perempuan saya dan anaknya diserang sakit mata. Kesian saya tengok. Mata kedua-duanya dah macam mata drakula. Bengkak dan merah. Berkurunglah di rumah takut berjangkit orang lain. Si emak MC 2 hari, si anak tak ke tadika.

Sakit mata ni memang sangat menyiksakan. Rasanya semua orang pernah merasanya. Siksanya bila bangun tidur di waktu pagi, mata tak boleh bukak. Tertutup habis. Meraba-raba mencari air. Dapat air baru terang penglihatan.

7 ulasan:

endiem berkata...

sakit mata mmg menyiksakan lebih lebih lagi jika cuaca panas terik.

Tanpa Nama berkata...

ye betul tu.moga anakanda dan cucunda kak Ani cepat sembuh dan sihat.
p.c.

Kunang-Kunang berkata...

terima kasih endiem dan pc.

Hari ni nampak ada kurangnya.

puteri berkata...

pkai spek mata hitam juga ad klbihan trndiri spt mymbunyikan aktiviti....

tdo

he.he

Kunang-Kunang berkata...

He he betul-betul, terutama masa pegi kursus atau hadir seminar.

Terima kasih putri sudi singgah.

en_me berkata...

me ponn dah volle pakey spek hitam sejak mata kena 'laser' .. ekeke

Kunang-Kunang berkata...

boleh sajer en-me.