Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Khamis, 12 November 2009

Pertemuan ahli Kelab POP



Hari ni, pagi-pagi lagi aku dan suami bersiap-siap untuk ke PPUM. Hari ni aku kena buat ujian darah untuk cek gula, buah pinggang, hati dan macam-macam lagilah. Beginilah setiap 6 bulan sekali orang macam aku ni kena buat. Dah masuk kelab POP (Persatuan Orang Pencen), kata kawan-kawan senasib.

Jam 7.30 pagi dah tiba di tempat ambik darah PPUM, ya Allah, baru 7.30 pagi orang dah ramai, pukul berapa mereka ni datang. Aku ambik nombor giliran untuk pendaftaran. Dapat nombor 7143. Waktu tu baru no 70..... sedang dipanggil, kira-kira dalam 80 orang lagi baru sampai giliran aku untuk mendaftar. Itu baru untuk daftar, belum lagi untuk ambik darah, kena tunggu lagi. Di sini siapa yang berusia 70 ke atas dikira usia emas, pesakit usia emas ni akan dipanggil dulu tanpa mengikut giliran. Tak aperlah tu.

Semasa menunggu nombor diambik, aku duduk di salah satu kerusi disitu. Masa tu hasben aku belum tiba sebab dia kena parking kereta dulu. Dia turunkan aku di depan bangunan RUKA. Sedang tunggu-tunggu tu, tiba aku nampak seseorang 'Pak Ayub". Itu kawan sepejabat dulu. Tapi dia dah bersara lebih dari 10 tahun. Sihat nampak dia. Aku panggil dia. Kami bercerita tentang kawan-kawan sesama kerja dulu. Giliran Pak Ayub lambat lagi sebab dia tiba 8.15 pagi.

Lebih kurang jam 9.00 pagi giliran aku tiba untuk ambik darah. Ambik darah ini aku selalu takut sikit sebab aku ni jenis susah nak nampak urat darah. Kena yang betul-betul cekap barulah senang ambik tanpa menyiksa aku. Kali ni aku dapat nurse india, kasar dia ni cucuk ambik darah aku. Sakit....., tapi sabar jerlah.

Selepas nurse ambik darah, aku ternampak member ofis lagi, dia ni pun dah pencen, Ramalingam. Kami bertukar senyum saja sebab dia pun nurse sedang ambik darah. Hai ramai memberi kelab ni.

Selesai ambik darah, hasben aku suruh tunggu depan RUKA lagi, dia ambik kereta. Sementara tunggu hasben aku tiba, aku ke kedai jual buah-buah. Buah-buah disitu selalunya segar-segar.

Sedang aku beli buah tiba-tiba terpandang lagi seseorang, "Kak Rahmah", hampir aku tak kenal dia. Wah bercermin mata gelap dia. He he. Aku tegur dia, seronoknya, dia kata dia baru buat buang catarek mata dia di Hospital Mata Tun Hussin Onn. Tanya kenapa tak buat di PPUM, dia kata lambat. Tertangguh dari tahun lepas.

Kami bercerita panjang. Dia baru balik umrah semasa bulan Ramadhan hari tu dan balik ke sini selepas raya. Alhamdulillah. Kak Rahmah ni ke Mekah mengerjakan umrah setiap bulan Ramadhan. Alhamdulillah murah rezekinya walaupun hanya menerima pencen. Anak-anak yang berikan, katanya.

Ketika berpisah, aku berjanji dengan Kak Rahmah untuk menghubunginya lagi. Sihat dia walaupun dah menjejak usia 67 tahun.

4 ulasan:

Pn Kartini berkata...

Salam Sis:):)
Moga akak sihat ..:):)
Kesian akak ekk...nurse2 ni sepatutnya mesti ada kecekapan..kemahiran dan yg utama ada kelembutan,mesra melayan patient...kan kak??Pe2..sis byk2 rest ek..:)

Kunang-Kunang berkata...

Walaikumussalm Pn Kartina.

Itulah agaknya kalau menjalankan kerja tanpa keikhlasan dan timbang rasa.

Mudah2an Tuhan sedarkan dia ni bila dia sendiri terkena.

en_me berkata...

siannyerr kanns..

Kunang-Kunang berkata...

Apa nak buat en_me, hidup meniti usia senja, banyaklah penyakit singgah.