Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Rabu, 11 November 2009

Muhasabah Cinta



Wahai... Pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dariMu
Kupasrahkan semua padaMu

Tuhan... Baru ku sadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini kuharapkan cintaMu

Kata-kata cinta terucap indah
Mengalun berzikir di kidung doaku
Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya ilahi....
Muhasabah cintaku...

Tuhan... Kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku denganMu




Semalam aku diberi injeksyen ke 3 untuk treatment lutut ni. Berharap sangat-sangat semoga usaha ini direstui oleh Yang Maha Esa. Semenjak diberi injeksyen pertama hari tu pun dah rasa ada perubahannya di mana bila berjalan taklah sakit sangat macam dulu. Tidak juga berdenyut-denyut dan lengoh. Tidur malam pun tidak lagi diiringi dengan kaki kejang sehingga ambik masa yang agak lama untuk kembali seperti asal.

Itulah ujian Allah pada aku. Namun begitu dalam usia begini aku tetap bersyukur, seperti hasben aku kita, kita patut bersyukur walaupun kita dah pencen kita masih boleh berjalan dan menunaikan ibadah kepada Allah. Boleh lagi ke masjid mendengar ceramah agama dan mengikuti kelas-kelas ilmu.

Pandanglah orang lain yang lebih malang nasib dari kita, berapa ramai kawan-kawan kita yang tidak sebaik nasib kita. Ramai juga kawan-kawan masa belajar dulu dah meninggal dan ada yang terlantar sakit.

Aku bersyukor atas nikmat yang KAU berikan pada ku Ya Allah.

8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Amiin, moga akak sihat dan ceria selalu.
p.c.

ummzaid berkata...

ameen....
jaga diri ye kak.

fzi berkata...

Salam kak ani....
Alhamdulillah... dengan izin Allah moga lutut kak ani makin pulih lepas dapat 3rd injection ini...

Ros Illiyyuun berkata...

Salam kak...

semoga akak cpt sembuh...tahun ini juga merupakan tahun ujian bagi saya...beto kata akak kita mesti pandang orang yang lebih susah, baru kita akan rasa lebih bersyukur. Wasslam.

Kunang-Kunang berkata...

Shima,

Terima kasih atas semangat yang diberi dan mengambilberat bertanya khabar sentiasa.

Semoga Allah merahmati hidup Shima sekeluarga.

Kunang-Kunang berkata...

Zeem, terima kasih atas ingatan dan sudi singgah blog akak ni.

Semoga Allah merahmati hidup Zeem sekeluarga.

Kunang-Kunang berkata...

Walaikumussalam Fzi, terima atas atas doa dan ingatan Fzi pada akak.

Akak minta maaf Fzi jarang dapat masuk blog Fzi sebab pc akak ni tak tahu kenapa bila keluar 'word Verification' akak tak nampak wordnya, jadi terpaksa tukar ke laptop.

Kunang-Kunang berkata...

Walaikumussalam Ustazah Ros. Terima kasih sudi singgah di Blog kak hanim ni.

Begitulah ustazah, hidup kita ni penuh ujian, orang muda ujian cara orang muda, orang yang dah senja macam akak ni, ujian cara orang tua pulak.

Begitulan putaran alam. Semoga hidup ustazah dirahmati Allah selalu.