Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Rabu, 18 November 2009

Meniti Hari Senja



Selepas sholat zohor tadi. Aku baring dan cuba lelapkan mata, sekejap pun cukuplah, sekadar merehat badan dan minda. Namun mata ni terkelip-kelip tak mahu lelap.

Sejak akhir-akhir ini macam-macam perkara yang singgah dalam fikiran ku. Terutama bila aku keseorangan begini. Kadang-kadang hati merasa sayu tak menentu. Terkenang diri yang sudah menjangkau setengah abab. Macam-macam penyakit dah singgah. Aku sedar bila-bila pun Allah boleh menjemput ku pergi. Memikirkan kematian aku selalu rasa takut. Mana tak takutnya bekalan yang aku siapkan untuk dibawa bersama ke sana tidak sebanyak mana.

Sebagai manusia yang dianugerahkan keistimewaan dan kelemahan berbanding makhluk-makhluk lain, aku seringkala tergoda dan tewas dengan pujukan iblis. Semoga Allah mengampuni dosa-dosa ku dan menerima taubat ku.

“Wahai Tuhan kami, janganlah engkau condongkan hati kami sesudah engkau berikan petunjuk. Dan kurniakanlah kepada kami dari sisi-Mu kerahmatan, sesungguhnya Engkau adalah sebaik-baik pemberi kurniaan.” ( Surah ali-Imran, ayat 8.)

3 ulasan:

syahbandar87 berkata...

takut kpd mati dan sentiasa muhasabah diri menupakan terapi untuk membaiki iman pd diri ini..menanagis di waktu berdoa&solat itu bukanlah kerna jiwa yg sengsara,hati yg resah gelisah, tetapi kerna hati yg dkt kpdNya,hati yg sentiasa dipenuhi ketenangan dan keimanan..maka untunglah orang2 yg sentiasa sedemikian berbanding dngn golongan yg terlupa akan ketakutan dan kesedihan ini
:)

Kunang-Kunang berkata...

Terima kasih syah.

fatim-intan berkata...

Pada usia-usia senja begini..pada waktu-waktu tertentu saya pon ada masanya merasa terlalu takut bila memikirkan ketika akan menghadapi hari kematian..
Serasa kerdilnya diri untuk menemui ilahi..dengan amalan yang tak seberapanya...
Moga Allah menerima diri ini..
Ya Allah..kau ampunilah segala dosaku dan terimalah aku di sisimu...