Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Rabu, 4 November 2009

Di manakah Syurga Dunia



Pernikahan menginsafkan kita
Perlunya iman dan takwa
meniti sabar & redha
Bila susah mendatang
tempohi dengan tabah

Isteri hamparan dunia
Suami langit penaungnya
Isteri bagaikan kejora
Suami bagaikan purnama

Jika isteri memberi hempedu
Suami rela menelannnya
Jika Suami terteguk racun
Isterilah mencari penawarnya

Sungguh isteri rusuk yang rapuh
Berhati-hatilah meluruskannya.



Ada orang kata bila berkahwin, maka akan berkuburlah cinta. Menurut mereka semakin bertambah usia perkahwinan, semakin tipis rasa cinta. Tidak ada lagi kemanisan, kehangatan dan keharmonian seperti yang pernah dirasakan sebelum bernikah dahulu. Segala-galanya menjadi semakin hambar, suram dan tidak berseri lagi seolah-olah sebuah pusara yang sepi.

Betul ker begitu. Bukankah syetan akan menangis setiap kali berlakunya perkahwinan. Itu tandanya perkahwinan itu sesuatu disukai Allah. Rasulullah s.a. w sendiri begitu suka umatnya berkahwin kerana dengan adanya ikatan perkahwinan antara pasangan lelaki dan perempuan maka akan bertambahlah umat Baginda. Umat yang berkualiti.

Jadi pada mereka tak ingin berkahwin kerana takut kehilangan manisnya cinta, ingatlah itulah adalah pendapat syetan. Kalau tak ingin berkahwin sedangkan hati menyintai, silap-silap hari bulan, tak kuat iman, boleh berlaku perzinaan. Bertepuk tangan kemenanganlah syetan.

Pada yang optimis pula, mereka beranggapan bahawa segala kesusahannya, kesenangan, suka duka dalam alam perkahwinan adalah asam garam dalam hidup bagi mencapai surga di dunia ini. Mereka percaya bahawa setiap perkahwinan ada pahit manisnya.

Kata orang yang bijak pandai untuk mencapai syurga dalam berumahtangga, salah satu perkara yang amat perlu ialah kita kenalah menjaga perasaan pasangan. Begitu juga perasaan kita sendiri agar kita sama-sama tidak terluka. Janganlah biarkan perasaan sedih, marah, sayu serta lain-lain perasaan negatif bertapak lama di hati kita. Jangan jadi seperti kata pepetah 'retak menanti belah'.

Betul juga tu, kalau rumahtangga asyik berantakan, suami isteri asyik saling berkecil hati. Macamana nak terbina syorga di dunia ini. Silap-silap haribulan syorga di akhirat pun belum tentu. Mana tidaknya hati tidak tenang untuk beribadat kepada Allah dan tidak mengganggap bahawa semua itu adalah kadaq dan kadar daripada Allah.

Orang selalu berkata 'sedanglah lidah lagi tergigit, inikan pula kita dalam rumahtangga'. Macam-macam ujian yang datang. Hanya ketabahan, kasih sayang dan ikatan cinta yang suci dapat bertahan sesebuah rumahtangga hingga ke akhir hayat.

6 ulasan:

tinta kasturi berkata...

salam,
entri yang sangat penting dalam kehidupan di dunia,
kemaslahatan sebuana,
kesejahteraan dan kedamaian seantero jagat..

kasih dan cinta yg dipupuk istiqamah dlm keluarga mencipta baiti jannati,
suasana berkasih bersayang bercinta dlm keluarga mencetak individu2 dlm keluarga yg mampu berkasih bersayang bercinta dengan manusia, alam dan haiwan sekelilingnya

jadi
hilanglah benci dendam permusuhan
hilanglah pencemaran alam
menjauhlah peperangan
menjauhlah jenayah sini sana


indahlah dunia
bila keluarga..
menjadi syurga.

"Dan orang-orang yang berkata: "Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami istri-istri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa." (25:74)

en_me berkata...

cinta tak semestinye bersatu kannns.. salam akak kunang2 ittewww

Kunang-Kunang berkata...

Terima kasih tinta kasturi sudi singgah diblog saya ni.

Terima kasih juga sudi memberi ulasan yang sangat baik.

Kunang-Kunang berkata...

En_me, terlanjur bercinta biar samapi berumah tangga, kata dalam lagu aishah.

ubilepih berkata...

Semoga Allah memberkati hidup puan sekeluarga.

Kunang-Kunang berkata...

Terima kasih atas doa ubilepih tu.

Terima kasih juga sudi singgah sini.